2 Perkara Berlindung kepada Allah Memohon Bantuan

Hanya kepada Allah sahaja kita mohon pertolongan dan menjauhi dari kekafiran dan kefakiran. Harta yang kita ada semuanya milik Allah dipinjamkan kepada kita. Berlindunglah dengan Allah daripada hutang piutang yang tidak boleh diselesaikan. Ini adalah ringkasan tasikrah subuh dari Ustazah Noorzila Omar dibawah. Semoga mendapat manufaat.

اللهم اني اعوذبك من الكفر والفقر اللهم اني اعودبك من عذاب القبر لاالهالاانت

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada Mu dari kekafiran dan kefakiran, Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari azab kubur, tidak ada Tuhan selain Engkau.

اللهم اني اعو ذبك من الهم والحزن واعو ذبك من العجز والكسل واعوذبك من الجبن والبخل واعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال

Ya Allah, aku berlindung pada Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada Mu dari sikap bakhil dan pengecut, dan aku berlindung pada Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang..

Doa-doa ini menyebut mohon berlindung dari kefakiran, dari cengkaman hutang..
Siapakah yang berhutang? Mereka ialah kalangan miskin yang keperluannya tidak mencukupi, yang perlu merayu memohon bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Yang menyedihkan, ada yang memberi alasan takut berusaha kerana takut kaya.. takut hubbudunya..

Ketahuilah sahabatku, umat Islam terlalu besar untuk bercita cita kecil kerana perjuangan Islam perlu kepada orang orang kaya yang dapat menginfakkan kekayaan mereka ke jalan Allah..

7 dari 10 sahabat Rasullullah yang dijamin syurga adalah dari kalangan jutawan dan dermawan..
Contohilah Saidina Umar yang menyatakan dunia dan kekayaannya di tanganku, Allah di hatiku.. InsyaAllah kekayaan akan menjadi jambatan ke Syurga Allah swt..
Wallahualam.

Ustazah Noorzila Omar
08 November 2015 Ahad
26 Muharram 1437H
Group Usrah Muslimat

Dihantar oleh:  Ustaz Zulhaidi

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُحِلُّوا۟ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ وَلَا ٱلشَّهْرَ ٱلْحَرَامَ وَلَا ٱلْهَدْىَ وَلَا ٱلْقَلَٰٓئِدَ وَلَآ ءَآمِّينَ ٱلْبَيْتَ ٱلْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَٰنًا ۚ وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَٱصْطَادُوا۟ ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا۟ ۘ وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu – mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).

Ustaz Zulhaidi
26 Muharram 1437H
Renungan Sejenak

Dihantar oleh: Ustaz Zulhaidi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

reverse phone lookupTattoo DesignsSEO
%d bloggers like this: