​2  Fasa dalam Bisnes Puan Ainon Mohd

Pesan Puan Ainon Mohd semasa bisnes kita baru dibuka, banyak masalah akan berlaku. 

Semuanya problem fasa startup. Semuanya perlu diselesaikan.

Apabila kita dapat menyelesaikan problem-problem fasa startup, maka bisnes kita dapat survive.


Dapatlah kita melepasi fasa paling sukar dalam bisnes di mana 93% bisnes bungkus dalam tempoh 3 tahun selepas memulakan operasinya.
.

Apabila kita sudah melepasi fasa startup, kita pun masuk ke dalam fasa bisnes berkembang.
Macam-macam problem akan timbul dalam fasa berkembang. Problem dalam fasa ini amat berbeza daripada problem fasa startup.
Dalam fasa ini statistik 93% itu akan naik menjadi 95% dalam tempoh 5 tahun sejak bisnes itu mula beroperasi.
.
Dalam fasa berkembang inilah kita tersangkut!
Meskipun kita sudah dapat menyelesaikan problem-problem dalam fasa startup, kita tidak tahu bagaimana menyelesaikan macam-macam problem dalam fasa berkembang.
Problem-problem fasa berkembang sangat berlainan. Kita tidak pernah mengalaminya lagi.
Di sinilah pentingnya kita membawa masuk orang luar yang mempunyai pengalaman mengurus syarikat yang sedang berkembang.
.
Banyak majikan kecil mengeluh panjang.
Antara puncanya, pekerja mereka bekerja tak pakai otak! Itu kata si majikan.
Meskipun pekerjanya lulusan kolej dan universiti, tetapi mereka cuma menunggu arahan.
Mereka bekerja dengan cara pasif, tidak mahu bekerja dengan cara proaktif. Kalau tidak diarahkan, mereka tidak berfikir sendiri.
Akibatnya, majikan makan hati! Tak berbaloi dengan jumlah gaji yang dibayar.
.
Pekerja menjadi pasif disebabkan cara-cara majikan mengemukakan respon setiap kali pekerja melakukan kesilapan.
Apabila pekerja silap, majikan menyiasat apa yang telah berlaku sehingga kesilapan itu berlaku. 
Majikan mahu tahu di mana yang salahnya, dan siapa yang bersalah.
.
Dalam Teknik Nabi, kita tidak menyiasat kesilapan yang berlaku. 
Kita selesaikan sahaja situasi itu. Jalan terusss!
Ingat, pekerja menjadi pasif disebabkan oleh kita sendiri.
+ Mereka itu bukan tidak mahu BERFIKIR.
+ Mereka itu takut DIPERSALAHKAN!
.

Jangan Lupa Klik Sini
Apa yang menarik tentang burger king menyarung castom Mc Donald. Ini berlaku di ketika perayaan Halloween
Kalau di Sarawak amalan suap menyuap suami isteri dimulakan semasa persandingan. Kini barulah saya faham
Kedai gunting lelaki milik orang bumiputra dan Melayu sedikit. Hampir tidak ada. Itu yang saya
Memang sukar nak percaya kini telah ada produk untuk menyediakan produk makanan segera dengan mudah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: