Catatan Sdra ARAR

​Sejarah Sarawak Darul Hana Oleh Ustaz Solhi, Uwais

Catatan yang dikongsi oleh Saudara Abdul Razak tentang sejarah Sarawak melalui forum  perkongsian ilmu:-

1. Sarawak pernah menjadi negeri berdaulat ‘Sultan’ di bawah sistem pentadbiran kesultan:an Brunei. Sultan Brunei telah melantik adindanya Sultan Pengiran Tengah untuk menjadi Sultan di Sarawak. Bagindalah sultan pertama & sultan terakhir di Sarawak.

2. Sarawak juga pernah menggunakan ‘Darul’ seperti di semenanjung (Darul Aman, Darul Takzim, Darul Ehsan, Darul Khusus, Darul Iman, Darul Naim dll) dengan panggilan Sarawak DARUL HANA.

Hanya negeri yang menjunjung pemerintahan ISLAM sahaja boleh menggunakan ‘Sultan’ & ‘Darul’ ini.

3. Di Miri, masjid pertama telah dibina dalam kurun ke-19 M di tebingan sungai Miri dan boleh memuatkan lebih kurang 100 orang jama’ah. Masjid yang kedua pula dibina dalam era sebelum Perang Dunia ke-II dan boleh memuatkan kira-kira 200 orang jama’ah.

4. Di Santubong, bukti-bukti sejarah menunjukkan bahawa tempat tersebut adalah sebuah kota-pelabuhan (port city) kerajaan tua Sarawak yang penting sejak abad ke-7M lagi. Begitu juga halnya di Samarahan, Kalaka, dan Sadong.

5. Di Sibu, nama Rosli Dhobi sudah pasti suatu nama yang amat dikenali sehingga ke hari ini kerana jasanya. Oleh sebab keikhlasannya berjuang mempertahankan maruah agama dan tanah air, terus dikenang oleh rakyat melampaui zamannya.

Demikian juga Sharif Masahor yang terkenal dengan penentangannya terhadap pemerintahan Brooke.

6. Kedatangan Keluarga Brooke ke Sarawak telah mengakibatkan pengaruh dan kuasa pembesar-pembesar Melayu Islam di Sarawak menjadi lemah dan beransur-ansur pupus sama sekali ketika era penjajahan British.

7. Sewaktu makan, saya didatangi seorang Pensyarah dari UiTM Sarawak. Menambahkan lagi isi perbincangan dalam forum tadi. Beliau mengatakan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Sarawak juga membuat kajian tentang ini. Didapati, bukti-bukti peninggalan sejarah di Sarawak berusia lebih awal daripada Batu Bersurat di Terengganu!

Ini beterti, Islam lebih awal sampai di bumi Sarawak berbanding Semenanjung Tanah Melayu.

8. Secara peribadi, saya kagum dengan bumi Sarawak dahulu. Saat ia digelar SARAWAK DARUL HANA!

Hari ini, tugas siapa yang akan mengembalikan semula kegemilangan ini? Jika tidak batang tubuh KITA SENDIRI yang memulakan tugas ini.

9. Sedih apabila ramai di kalangan masyarakat Melayu Islam yang tidak mengetahui tentang ini. Sudahlah tidak tahu, tidak pula mahu ambil tahu tentang ini, tentang sejarah umat KITA yang gemilang ini. Yang dihilangkan ‘Chapters’ nya. Supaya kita jadi keliru, rendah diri, dan hilang arah tuju.

10. Saya mengira intipati forum semalam sangat penting untuk komuniti muslim di Sarawak.

NANG BAGUS GILAK MUN DAPAT DIPOLAH MASJID-MASJID SEKITAR. ????

#TheMissingChapters

#Muslim1stClass

#SarawakDarulHana
C&P

Jangan Lupa Klik Sini
Mana perginya negeri melayu Sarawak yang hilang. Hari ini mendengar ceramah Datu Sanib Said tentang
* ? *BEDAH KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH : Sekilas Tentang Awal Kematian & Larangan
INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ABDUL HAKIM ABDUL SATAR DI SURAU MULLIMIN DESA
INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ROSLAN HAMID DI SURAU MUALLIMIN DESA GURU, KUCHING.

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: