10 Burger Paling Sedap di Kuching

Bisnes Burger  telah berkembang seperti cendawan tumbuh di Kuching. Banyak stall tepi jalan menjual burger di Petra jaya Kuching dan  di sekitar Kuching.  Bisnes Burger  ini menawarkan burger klasik, burger bakar dan Burger gaya Amerika.  Tergerak hati saya nak cari Burger mana yang sedap di Kuching.

Apa yang saya lakukan adalah saya pergi sendiri ke Stall Burger ini dan membeli burger.  Saya juga ada pergi ke beberapa gerai Stall Burger yang saya nyatakan di bawah.  Anda mungkin tidak bersetuju dengan apa yang nyatakan di bawah.  Kalau ada komen sila post dibawah. Thanks.

Burger paling sedap di Kuching yang saya nyatakan di sini adalah berdasarkan feedback yang diterima oleh pelanggan di facebook burger tersebut.

Burger yang saya nyatakan ini adalah burger stall tepi jalan yang saya rasa saya nak kongsi. Ia juga dipilih berdasarkan hiasan dari persembahan yang digambarkan oleh photo-photo yang diambil oleh pelanggan mereka.

Lokasi Burger paling sedap yang dinyatakan dalam post ini adalah di sekitar Petra Jaya, Kuching. Apa yang saya lihat adalah laman-laman facebook ini tidak ada post-post baru.

Saya juga dapati beberapa stall Burger paling sedap ini sudah tidak ada lagi dilokasi seperti dinyatakan dalam map here.com dalam facebook. Tak tahulah. Saya juga pergi ke lokasi tersebut untuk membuat permerhatian dan membeli burger ini.

Burger sedap sudah tidak lagi beroperasi di tempat asal

Ada beberapa burger yang sedap sudah tutup seperti di Taman Sukma di depan 4 deretan kedai lama sudah tidak beroperasi.  Ada juga Stall Burger contohnya Batu Lintang Homemade Burger , Burger Bakar Geng dan Prosperity Burger Jalan Astana sudah tidak beroperasi.  Walaubagaimanapun Batu Lintang Homemade Burger  adalah milik warga desaguru iaitu iaitu Abang Long Faizal telah memaklumkan dalam FB mereka. Anda masih boleh order melalui telefon. 

#Special No1. Burger Zaidil Desaguru

Ramai juga yang tidak mengenali burger di lokasi desaguru. Kalau anda pergi ke google map, search desaguru anda akan dapat tahu lokasi Burger Zaidil.  Burger Zaidil ini memang sedap terutama Chicken Homemade Burger di mana resipi sama macam Batu Lintang Homemade Burger. Buka pada jam 7.00 malam hingga 11.00 malam.  Telefon Puan Khamisah Achoy (016-6642440).

Setelah meneliti laman facebook burger paling sedap di Kuching saya dapati kebanyakan mereka tidak ada website sendiri. Kalau kita lihat jenama Burger ternama bagi 3 Burger yang tidak ada di Malaysia di US kita dapati persembahan dan maklumat tentang sejarah burger mereka jelas dinyatakan dalam website mereka. Lokasi kedai mereka pun jelas dinyatakan dalam map.

Walaubagaimanapun burger paling sedap di Kuching ada ruangan page di Facebook. Kelemahan yang ketara adalah mereka tidak mempunyai alamat yang jelas dan map yang boleh menunjukkan tempat bisnus Burger mereka. Laman FB yang tidak update.  Sudah tutup pun tak bagi tahu pelanggan.

Burger paling sedap ini sangat subjektif nak dinilai. Apakah kreteria yang dipilih.  Mungkin ada burger yang saya terlepas pandang.  Ini mungkin kerana saya tidak dapat cari di Google atau Facebook.  Burger yang paling sedap diketegorikan kepada

  1. Mempunyai laman facebook dan social media untuk berkominikasi dengan pelanggan.
  2. Mempunyai poster dan stall yang memberi maklumat yang berguna kepada pembeli.
  3. Kesedapan burger termasuk topping dan sos yang mereka guna.
  4. Kelainan dalam persembahan dalam perhisanan burger
  5. Memberi nilai tambah yang special kepada pelanggan.
  6. Kecekapan dan kecepatan mereka membuat burger.
  7. Layanan yang ikhlas, peramah dan pemurah.
  8. Kebersihan gerai.

Burger Sedap # 1) Burger Banjir Samariang

Burger Banjir Samariang ini terletak di Lorong Temenggong Hj. Gobil. Beroperasi  dari 7.30 malam sampai 12 malam. Apa yang special dengan burger ini adalah ia mempunyai kuah. Kalau roti canai banjir kita tahu macam mana kan. Ini Burger Banjir. Burger yang sedap tapi lokasi nak beli ke dalam menyukarkan orang nak cari. Bukan mudah nak cari. Walaubagaimanapun dibawah ini saya tunjukkan map.  Susah-susah call no ini 010-766 2197 untuk tempahan.

Lokasi Burger Banjir Samariang

Burger Sedap # 2) Astana Grill Burger

Homemade Grilled Beef Burger diproses sendiri oleh ahli keluarga AGB di kediaman, 136, Jalan Layang-Layang, Kampung Malaysia Jaya,93050,Kuching. Masa perniagaan adalah dari pukul 6.30 pm – 11.30 pm pada Isnin hingga Sabtu.  Ia terletak di Jalan Astana, Petra Jaya,93050,Kuching. FB Astana Grill Burger. Saya pergi ke lokasi Burger ini pada malam semalam. Saya dapati Burger ini sudah tidak ada di sini. Tidak adalah poster yang tergantung walaupun ada gerai makan. Laman FB pun tidak update lagi.  

Peminat Burger Grill Astana ini minta supaya mereka membuka branch di kawasan lain. Perlu ada satu perancangan secara teliti sama mereka hendak mempromosi dan membuka cawangan lain. Burger ini memang sedap dan saya sendiri pernah merasa.

Burger Sedap # 3) Cahaya Damai Grill Burger

Cahaya Damai Grill Burger adalah satu-satu yang mempunyai kedai yang tetap bukan stall burger atau gerai kecil.  Burger Cahaya Damai Grill  terletak di Bandar baru Samariang, Petra Jaya.  Saya dapati dari segi menu dan keselesaaan kepada pengunjung adalah suatu kreteria yang menarik minta saya meletakkan Cahaya Damai Grill Burger ini antara Burger terbaik. Ramai kawan-kawan kata burger ini sedap.  Saya pernah juga cuba dan rasanya boleh tahan.

Pelbagai menu dihidangkan di sini. Terdapat menu lain seperti nasi lemak, Nasi goreng,pelbagai jenis mi dan burger.

lokasi CAHYA DAMAI GRILL Burger

 Burger Sedap #4) Mierul Home Made Grilled Burger

Kalau anda nak merasa satu kelainan dalam Homemade Grilled Burger anda boleh berkunjung ke Homemade Grilled Burger yang terletak di hadapan sekolah rendah SK Encik Buyung, Petra jaya Kuching.  Harga homemade burger ni adalah RM4.50 sahaja dengan roti yang lembut dan sedap.

Burger ini memang sedap dan rasanya macam tak cukup makan satu biji, sebab saiznya tidak lah besar mana. Apa yang saya puji adalah order sangat cepat. Malam semalam  saya beli chicken Burger.  Apa yang saya dapatnyatakan wow cepat dan sedap. Anda boleh lihat sendiri di sini. foursquare.com

Google Map

Burger Sedap #5) Shaza Homemade Grilled Burger

Ramai yang komen Burger Shaza Homemade Grilled Burger ini sedap dan murah.  Mengunakan patty sendiri dan rasanya memang wow.  Shaza burger di shoplot tepi jalan Sultan Tengah Semariang (wiezy trading) bersebelahan restoran Jari Juri.  Apa yang menarik dipaparkan oleh laman FB Shaza Burger mereka akan mendermakan setiap Hari Khamis Malam Jumaat (mula selepas Maghrib) Shaza Burger akan mengadakan JUALAN SAMBIL BERAMAL, burger dijual  semurah RM1.00 setiap jualan kami pada hari tersebut 10% akan kami dermakan pada Masjid mahupun Surau berdekatan (akan diusahakan berlainan masjid atau surau setiap minggu).  Ini ada ikrar mereka.

Sehingga tarikh post ini dibuat saya dapati map yang ditunjukkan dalam facebook Shaza Homemade Grilled Burger masih tidak dikemaskini.  Kalau kita lihat Facebook tersebut ia masih di Semeriang Batu bukan di Jalan Sulatan Tengah.

Burger Sedap 6) Burger Pandi

Ini adalah Burger yang saya suka kerana burger pantas dibuat. Mereka buat banyak stok. Kadang kala kita tidak ada masa nak tunggu. Mereka selalunya buat lebih dan bagi pelanggan yang tidak ada masa nak tunggu boleh dapat cepat.  Burger yang di sajikan dalam menu dari burger biasa ke homemade Burger.  Layanan En Pandi dan kakitangan di stall tersebut memang bagus. Pelanggan di layan dengan baik. Kadang kala apabila pelanggan ramai kita kena bersabar sedikit tapi ia dikira berbaloi juga menunggu.  Ini adalah stall burger yang terawal di Petra jaya.  Kewujudan stall ini memang sudah senonim dengan Kampung Tengku, Perumahan Fasa II.  Anda masuk ke perumahan fasa II melalui lampu isyarat lebih kurang 100 meter akan berjumpa Dewan. Dihadapan sedikit dari dewan sebelah kanan anda akan dapat lihat gerai Burger Pandi. Lokasi Burger dalam google map ini adalah di dua lokasi. 

Jangan Lupa Klik Sini
Apabila anda memikirkan francais burger, fikiran anda mungkin segera pergi kepada nama-nama besar seperti McDonald
Burger yang sedap adalah bergantung kepada sauce yang meletup. Jarang-jarang kita lihat stall burger menggunakan
Ebook ini mengandungi resepi membuat 4 jenis tart iaitu Bluberry Cheese Tart, Tart Telur, Tart
Branding perniagaan merupakan satu eleman pemasaran yang penting. Semakin banyak orang lihat dan dengar jenama

8 thoughts on “10 Burger Paling Sedap di Kuching

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: