buku

10 KELEBIHAN AKHLAK MULIA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.

Islam datang untuk menyempurnakan akhlak dan budi pekerti manusia dari jahiliyah kepada Islamiyah. Rasulullah SAW di utuskan Allah SWT untuk memperbaiki dan menyempurnakan akhlak manusia.

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ (وَفِي رِوَايَةٍ صَالِحَ) الأَخْلاَقِ.

Ertinya:
“Sesungguhnya aku (Nabi SAW) diutus (Allah SWT ) untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (dalam riwayat yang lain dengan lafadz untuk memperbaiki akhlak)” (HR. Bukhari, Ahmad dan Al-Hakim).

 1)Akhlak Mulia >>> Download PDF sini
Buku Berakhlak Mulia

(Faqîhuz Zamân Muhammad bin Shâlih al-‘Utsaimîn Rahimahullâhu wa Askanahu al-Jannah al-Fasîh Dialihbahasakan oleh : Abū Mūsâ al-Atsarî)

2) Akhlak Mulia >>>>Download PDF 2

Hampir sebulan USM tidak berkongsi ilmu, Pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin berkongsi sedikit tentang hikmah mempelajari akhlak dalam kehidupan umat Islam, diantaranya adalah :

1. Akhlak akan mengangkat martabat manusia di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Al-Qur’an surah Al-Mujadalah ayat  11:

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَٰتٖۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ .

Ertinya :
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu  pengetahuan dengan  beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (QS. Al-Mujadalah : 11)

2. Akhlak dapat mengajak manusia kepada jalan kebaikan.

Dengan akhlak, manusia akan ditunjukkan jalan untuk  membentuk pribadi yang mulia, menuntun kepada akhlak yang baik dan terpuji.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Qalam ayat 4 :

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٖ

Ertinya :
Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung. (QS. Al-Qalam : 4).

3. Akhlak akan menyempurnakan  iman seseorang.

Akhlak mulia adalah merupakan bentuk kesempurnaan iman seseorang.

Rasulullah SAW bersabda:

إنما المؤمنون إيمانا أحسنهم خلقا.

Ertinya:
“Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya. (HR. Tirmidzi)

Hadits di atas, menunjukkan bahawa  orang yang sempurna imannya adalah orang yang baik akhlaknya.

 

4. Orang yang berakhlak akan memperoleh keutamaan pada hari kiamat.

Manfaat dan tujuan yang lain dari mempelajari akhlak adalah untuk  mendapatkan akhlak mulia. Dengan mendapatkan akhlak yang mulia, maka akan memperoleh darjat yang terhormat di hari kiamat nanti.

Rasulullah Nabi Muhammad saw. :

ما من شيءٍ أثقلُ في ميزان العبد المؤمن يوم القيامة من حُسن الخلق. وإن الله يبغض الفاحش البذي.

Ertinya :
Tiada sesuatu yang lebih berat timbangan seseorang mukmin di hari kiamat daripada akhlak yang baik. Dan Allah sangat benci kepada orang yang kotor (keji) mulutnya dan kelakuannya.” (HR. Tirmidzi)

 

5. Akhlak akan dapat  membina keluarga yang sejahtera.

Akhlak  merupakan faktor yang penting dalam membina dan menegakkan kehidupan keluarga yang sejahtera dan bahagia zahir dan batin.

Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah Ar-Rum ayat 21:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ.

Ertinya:
“Dan di antara ayat-ayat-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa nyaman kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu mawadah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir”. (QS. Ar-Rum : 21).

 

6. Akhlak yang baik akan dapat membina kerukunan hidup berjiran.

Dengan mempelajari akhlak  akan dapat membina kerukunan hidup berjiran.

Rasulullah SAW bersabda:

لا يدخل الجنة من لا يأمن جاره بوائقه.

Ertinya :
Tidak akan masuk surga, orang yang membuat jirannya tidak rasa aman karena kejahatannya. (HR. Bukhari dan Muslim)

 

7. Mempelajari akhlak akan dapat membina remaja yang  berakhlak mulia .

Pada umumnya kenakalan remaja  berpunca kerana    akhlak yang buruk. Sebaliknya  remaja yang berprestasi, sopan santun dan berhasil mencapai cita-cita mereka adalah kerana manfaat dari akhlak yang mulia dan luhur budi pekertinya.

Rasulullah SAW  bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَعْجَبُ مِنَ الشَّابِّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَةٌ

Ertinya:
“Sesungguhnya Allah SWT  benar-benar kagum terhadap seorang pemuda yang tidak memliki shabwah”. (HR. Ahmad, ath-Thabrani).

Shabwah ertinya: pemuda yang tidak memperturutkan hawa nafsunya, dengan membiasakan dirinya melakukan kebaikan dan berusaha keras menjauhi keburukan. (Lihat kitab “Faidhul Qadiir” (2/263).

 

8. Akhlak akan dapat membina pergaulan yang baik dalam masyarakat.

Manfaat akhlak adalah untuk membina pergaulan dalam  masyarakat . Akhlak mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan bermasyarakat. Orang yang berakhlak rendah akan dijauhkan dari pergaulan masyarakat. Dan dimanapun ia berada banyak orang yang membencinya.

Allah SWT berfirman  dalam Al-Qur’an Surah an-Nisa ayat 58 :

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الأمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا.

Ertinya:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikna amanat kepada yang berhak menerimanya.” (QS. An-Nisa: 58).

 

9. Akhlak akan dapat merealisasikan pembangunan bangsa dan negara.

Tujuan dan manfaat  mempelajari ahklak adalah dapat mewujudkan pembangunan negara.

Akhlak merupakan salah satu faktor yang wajib ada atau mutlak dalam pembanguan bangsa dan anak bangsa. Oleh sebab itu hendaknya pembangunan akan lebih baik apabila pemimpin dan warganya berakhlak mulia sehingga pembangunan negara akan tercapai dengan baik.

Syauqi Bey, dalam gubahan syairnya berkata:

وإنما الأمم الأخلاق ما بقيت فإن همُ ذهبت أخلاقهم ذهبوا.

Ertinya :
suatu bangsa dikenal (berjaya) karena akhlaknya.  Bila akhlaknya rosak, maka rosaklah bangsa itu.”

Dapat dikatakan bahwa kejayaan atau kehancuran suatu bangsa terletak pada akhlak rakyatnya. Apabila rakyat   berakhlak mulia, akan terkenal bangsa itu. Namun apabila bangsa itu rosak akhlaknya, hancurlah bangsa itu.

 

10. Mempelajari akhlak akan melahirkan kedamaian   antara negara di dunia.

Apabila para pemimpin dunia berakhlak mulia dan bijaksana, nescaya masyarakat dunia akan merasakan kebahagiaan dan perdamaian.

Namun sebaliknya, apabila pemimpin dunia itu rosak akhlaknya, besar kemungkinan  akan terjadi peperangan yang tentunya akan membawa  korban jiwa dan kerosakan  harta benda.

Apabila akhlak mulia ini tidak dimiliki oleh para pemimpin dunia dan juga masyarakat dunia seluruhnya maka akan membawa kehancuran dunia baik di darat, laut maupun udara. Hal yang demikian ini adalah akibat dari perbuatan-perbuatan manusia yang tidak bertanggung jawab akibat pengaruh dari hawa nafsu jahat yang tidak terkendalikan.

Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an surah Ar-Rum ayat 41:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ .

Ertinya :
“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (QS. Ar-Rum : 41)

Dengan demikian jelaslah bahwa kehidupan di dunia ini tidak dapat dilepaskan dari akhlak para pemimpinnya. Apabila dunia ini dipimpin oleh orang yang berakhlak mulia, maka perjalanan kehidupan dunia ini akan aman damai dan  sejahtera.

Itulah beberapa tujuan dan manfaat mempelajari akhlak yang bersumber dari Kitabullah dan dalil hadits Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua dikarunia Allah SWT  menjadi hamba yang terbaik, berakhlak dan berbudi pekerti yang luhur dan terpuji.

Yaa  Allah karuniakan kepada kami akhlak yang mulia. Jauhkan dari diri kami  keluarga kami  serta pemimpin kami dari akhlak yang tidak  baik. Mudah-Mudahan hidup kami, keluarga kami serta masyarakat kami akan mendapatkan keberkatan serta taufiq dan hidayah-Mu. Aamiinn Yaa Robbal ‘Aalamiin !!!!!

Wallahu A’lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM – Sihabuddin Muhaemin.

PROMOSI:
Telah TERBIT Buku USM yang  pertama bertajuk “NIKMAT HIDUP BERTUHANKAN ALLAH” penerbit KARYA BESTARI dari kumpulan KARANGKRAF. Harga senaskah Rm26 (semenanjung)”Dan Rm29 (Sabah dan Sarawak) atau boleh di dapati di kedai buku MPH dan kedai buku pilihan di seluruh Malaysia.

TERIMA KASIH.
(Shah Alam, Jumaat 26 Rabiul akhir 1437 H).

Jangan Lupa Klik Sini
Intipati Kuliah Subuh Ustaz Halim Nasir al Hafiz di Masjid Husnul Khatimah, Kg Semerah Padi.
Intipati Kuliah Subuh Ustaz Halim Nasir al Hafiz di Masjid Husnul Khatimah, Kg Semerah Padi.
Intipati Kuliah Subuh Ustaz Halim Nasir al Hafiz di Masjid Husnul Khatimah, Kg Semerah Padi.
Intipati Kuliah Subuh Ustaz Halim Nasir al Hafiz di Masjid Husnul Khatimah, Kg Semerah Padi.

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: