10 Nasihat Baik Pada Bulan Ramadhan

1# TAQWA

Sahabat sekalian, sebagai muslim kita perlu bijak meletakkan diri kita di dalam mencari KEBAHAGIAAN. Secara reality bahagia kepada dunia iNI  tidak akan kekal dan ia boleh berubah2. Misalnya jika paras rupa yg cantik itu jadikan asas kebahagiaan maka apakah akan kekal bahagia sekiranya paras yg cantik itu menjadi tua @ sebaliknya? jika kaya dijadikan sebagai asas bahagia maka apakah kita akan bahagia jika kita ditakdirkan menjadi miskin di kemudiannya?. Apakah pasangan yg kita pilih itu akan menjadikan kita bahagia setelah berlalu 10 tahun kemudiannya? hakikatnya bahagia dunia itu tidak akan mampu untuk dikekalkan.

JUSTERU kebahagiaan yang kekal itu adalah apabila kita menjadikan diri kita TAQWA kepada Allah SWT mendekatkan diri kepada Allah SWT itu akan pasti menjadikan diri kita bahagia apabila mencintai sesuatu yg kekal.

BERTAQWALAH..

 Bulan Ramadhan

2# ACCESS TEKNOLOGI  UTK KHATAM AL QURAN

Manfaatkan pelbagai aplikasi utk memudahkan proses menghatamkan al quran  sprt mendengar dan menyemak vacaan al quran .
Jdkan aplikasi al quran sbg “hot item” yg sentiasa di buka sepnjng ramadan .
Kebykkan org begitu laju membuka whatsapp, instagram, FB , twitter dan berbagai lg….so tukarkan trend,   jdkan al quran sbg aplikasi yg plg  kerap di access.
Lazimkan diri utk menyemak bacaan al quran samada melalui Hphone , dvd dan sbgnya.

Istiqamahlah dlm membaca al quran supaya momentum  kita sentiasa memecut bknnya mengecut….

 

3#INTEGRITI

Perlakuan amalan2 yg tidak berintegriti semasa bekerja boleh mencacatkan kesempurnaan dan keberkatan dlm bekerja. Cuba fikirkan , adakah adil jika kita menerima upah atau gaji , ttp kita tidak melaksanakan kerja kita dgn beretika, amanah dan displin….adakah gaji kita berkat dan halal ?
Wang gaji  yg kita peroleh itu utk kita gunakan bg menyara kehidupan isteri dan anak2.
Sesungguhnya pekerja yg berintegrit akan meletakkan syariat islam sbg pegangan semasa bekerja .

Ambillah kesempatan d bln ramadhan pd kali ini utk menjana diri kita agar menjadi muslim berintegriti yg benar2  dan bertakwa  kpd Allah S.W.T…

 

4# TADARUS AL QURAN

? Adakah terdapat jadual A-Quran yang dicadangkan khusus untuk bulan Ramadan? Agar ramadhan kali ini benar2 membawa kebaikan dan kita semakin dekat kepada Allah melalui al Quran maka ambil langkah2 berikut:

☪ Bahagikan masa anda dengan al Quran kepada tiga sesi:

1⃣. Untuk khatam, caranya baca dgn bertajwid tanpa membaca tafsir hanya hayati mana2 makna yg faham secara asal. Cuba khatam sekali paling kurang di sepanjang Ramadan.

2⃣. Baca terjemahan/tafsir utk tadabbur ayat2 nya bermula dari surah al Baqarah atau mana2 surah pilihan. Mungkin boleh baca dua atau empat muka setiap hari dan bila habis Ramadan sambung lagi sampai khatam tadabbur semua al Quran.

3⃣. Masa untuk menghafal ayat2 atau surah-surah pilihan setiap hari 5 ayat khususnya ayat yg telah di tadabbur semasa dalam kelas-kelas sebelum Ramadan. Targetkan sepanjang Ramadan dapat paling kurang 5 surah pilihan seperti al Mulk,  al Sajadah,  al Kahfi dan surah2 lazim juzuk Amma atau target satu juzuk dari awal surah al Baqarah.

☪ Kalau di lakukan ketiga-tiga langkah di atas hingga habis Ramadan kita akan dapat nikmat dan ganjaran yg besar.

Setiap sesuatu ada masa yang khusus untuknya dan RAMADAN ialah masa yang khusus untuk AL-QURAN. Jadikan memahami Al-Quran matlamat hakiki kita Ramadan kali ini.

 

5# RAMADHAN….MASA UTK BERUBAH

Berhijrahlah diri dari sikap yang buruk dan pengaruh jahiliyah kepada acuan Islam yang pastinya memandu kita mewujudkan Islam yang harmoni lagi cemerlang dan berpeganglah kepada al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk hidup kita. Kikislah minda yang tidak bersesuaian dengan agama agar hidup kita akan diredhoi oleh Allah dan mendapat keampunan-Nya.
Setiap detik di dalam kehidupan itu amatlah bermakna dan setiap apa yg kita lakukan di dunia akan dijanjikan balasan samada baik atau buruk.

Adalah menjadi satu kepastian bahawa kita akan mengakhirkan kehidupan yg sementara ini dengan sebuah kematian yg amat menakutkan @ mengembirakan tatkala Allah SWT tidak akan memungkiri janji untuk tidak akan diundurkan masa kematian itu walaupun sesaat.

INGATLAH bahawa untuk mendapat sesuatu yang bernilai itu ia MESTI diusuli dengan usaha & pengorbanan…

 

 

6# RAMADHAN — Istiqomah Melakukan Amal Soleh

Di dalam ayat yg mahsyur dan pendek yg menjadi surah yg paling kerap kita baca, iaitu Allah SWT memberi peringatan yg penting  terhadap masa….

DEMI MASA sesungguhnya manusia itu di dalam KERUGIAN, KECUALI MEREKA YG MELAKUKAN AMAL SOLEH DAN BERPESAN2 KEPADA KEBENARAN & BERPESAN KEPADA KESABARAN.
Dunia adalah kampung sementara kita dan akhiratlah kampung yang kekal abadi. Justeru dikampung  yang sementara ini kita perlu menyediakan bekal yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan ke alam2 berikutnya agar kita mampu untuk sampai ke destinasi yg kekal abadi itu dengan jayanya.

 

7# RAMADHAN BULAN YG MULIA

Bulan ramadhan al-mubarak adalah bulan yang sangat mulia di dalam islam. Berada di dalamnya menjadikan kita sebagai tetamu Allah SWT yang istimewa yang mana kita akan di hidangkan dengan makanan rohani dan jasmani oleh Allah Swt.
Setiap DETIK di dalam bulan ini amat beharga dan tidak sama seperti bulan2 yg lain.

Jangan buang masa untuk terlalu memikirkan masalah2 dunia yg bertali arus dan tak sudah2 itu, sedangkan dibulan ini kita dekat dengan keampunan Allah tatkala gunakan kesempatan dibulan ini untuk memperhebatkan DOA .Kita terhidang dengan peluang kemustajaban DOA.

“TANPA ILMU PASTI LAYU, TANPA TARBIYAH PASTI REBAH”

 

 

8# Muhasabah Diri
Setiap manusia pasti akan tidur. Itulah fitrah manusia yang normal. Dalam Islam, tidur juga merupakan suatu ibadah.
Sebelum tidur, kita fikir kembali apa yang telah kita lakukan atau kerjakan. Adakah hidup kita hari ini telah kita lakukan sesuatu yang bermakna untuk diri kita, agama, masyarakat dan negara. Inilah yang dikatakan muhasabah diri dan ia sangat dituntut dalam Islam.

Tidur juga diistilahkan seperti mati iaitu mati seketika. Jadi eloklah kita merenung kembali amalan kita seharian sebelum kita “mati seketika” ini. Ada juga “mati seketika” yang menjadikan mati untuk selama-lamanya. Sesungguhnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan.

Jadi baiklah jika kita muhasabah diri dan seterusnya beristighfar.
Harapan semoga tidur kita akan diberkati oleh Allah dan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Moga hari esok dan hari-hari akan datang lebih baik dari hari ini.

 

 

9# LAILATUL QADR

Manusia yg berkesempatan melalui bln ramadhan adalah manusia yg sngt beruntung. Bln ramadhan ialah bln yg melimpah- limpah di dlmnya keberkatan.
Dlm bln ini terdpt suatu keistimewaan yg diberikan khas kpd umat Nabi Muhammmad SAW. Ia tidak dikurniakan kpd umat2 sblmnya. Ia adlah hadiah dari ALLAH SWT sbg tanda kasih dan sygnya kpd hambanya d akhir zaman yg penuh dgn ujian dan cabaran. Ia adalah satu waktu yg di pilih khas oleh Yang Maha Tinggi utk direbut oleh hambanya.
Ia adalah mlm al-Qadr atau selalu disebut sbg Lailatul Qadr.

Berdoalah kita supaya dipertemukan dgn Lailatul Qadr…

 

10#Jangan Meninggalkan Zikir

 

Kepada sahabat-sahabat semua, marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta penuh dengan keyakinan dan keikhlasan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat.

Salah satu jalan untuk mengingati Allah SWT ialah dengan berzikir, oleh kerana itulah umat Islam digalakkan memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT jika mahu hampir kepada-Nya. Zikir adalah amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut serta disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Ianya merupakan rangkaian iman yang harus disempurnakan oleh semua umat Islam dalam keadaan khusyuk dan tawaduk. Allah SWT berfirman yang bermaksud,“Dan sebutlah (nama) serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya) dan dengan tidak pula mengeraskan (menyaringkan) suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk (menjadi) dari orang-orang yang lalai.” (Surah al-‘Araaf [007], ayat 205).

Semoga bermanaafat..

Dato SBY..
Serendah..

Jangan Lupa Klik Sini
Intipati Kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Awang Kushyairi bin Awang Sapri di Surau Darul
Intipati Kuliah Maghrib oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan Mohamad di Surau Darul Muallimin, Desa
Perarakan sebelum berbuka puasa. Kalau itu cerita pelik dan ganjil yang berlaku. Mereka ini sudah
Berbuka puasa yang meriah bukan saja di Malaysia dengan Bazar Ramadhan tetapi di kota London.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: