Info agamaTazkirahUSM - Sihabuddin Muhaemin,

26 KEISTIMEWAAN KOTA MADINAH AL-MUNAWWARAH.

Apa keistemewaan Kota Madinah?

Sudah 9 hari USM tidak berkongsi TAZKIRAH dengan para  pembaca kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan.

Pada 12 Rabiulawal semalam. USM dan rombongan memulakan perjalanan untuk melakukan ibadah umrah. Dengn perjalanan di kota Madinah terlebih dahulu.

Semalam adalah malam 12 Rabiulawal, selepas check in dan makan malam. USM Terus menuju ke masjid Nabawi untuk sholat isyak dan ziarah ke makam Rasulullah SAW. 

Pada TAZKIRAH hari ini USM ingin berkongsi sedikit tentang  Keistimewaan Tanah Haram Madinah: 

Madinah asalnya bernama Yastrib merupakan kota  suci umat Islam kedua. Nama lain Madinah adalah
1. Thabah
2. Thayyibah.

Adapun sempadan Tanah Haram Madina yang disebutkan dalam hadits Rasulullah SAW adalah: 

1. Dari arah utara dan selatan ialah sejauh 12 batu iaitu di antara ‘Ayr dan Thur. Rasulullah SAW bersabda : 

الْمَدِينَةُ حَرَمٌ مَا بَيْنَ عَيْرٍ إِلَى ثَوْرٍ

Ertinya:
“Tanah Haram Madinah adalah di antara ‘Ayr dan Thur”. (HR Bukhari, Muslim, Turmizi, Ahmad dan al-Baihaqi).

‘Ayr  adalah nama sebuah bukit yang terkenal di Madinah. Sementara Thur ialah sebauh anak bukit yang teletak di sebelah Bukit Uhud di utara Madinah. Bukit Uhud adalah termasuk dalam Tanah Haram Madinah.

2. Dari arah timur dan barat pula juga sejauh 12 batu iaitu di antara 2 kawasan berbatu hitam di kedua-dua belah pihak berdasarkan hadis Rasulullah SAW ; 
 
حَرَّمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا بَيْنَ لَابَتَيِ الْمَدِينَةِ

Ertinya:
“Rasulullah SAW telah menjadikan kawasan yang terletak di antara dua kawasan yang berbatu hitam di Madinah sebagai Tanah Haram. (HR Muslim dan al-Baihaqi)

Perbatasan Tanah Haram Madinah adalah 12 batu dari segenap penjuru, timur-barat dan utara-selatan.

Kelebihan kota Madinah banyak  disebutkan di dalam hadits Rasulullah SAW, Diantaranya adalah :

1. Allah SWT menjadikan Madinah sebagai tempat masuk yang benar.  

Allah SWT berfirman dalam surah  Al-Isra, ayat 80:

وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا

Ertinya:
“Dan katakanlah (Muhammad), Ya Rabbku, masukkan aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar,” (QS. Al-lsra’: 80)

2. Kota Madinah di-idhafah-kan (di sandarkan) kepada Nabi SAW.

Allah SWT berfirman dalam  surah Al-Anfal, ayat 5:

كَمَا أَخْرَجَكَ رَبُّكَ مِن بَيْتِكَ بِالْحَقِّ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ لَكَارِهُونَ

Ertinya:
“Sebagaimana Rabbmu menyuruh¬mu pergi dari rumahmu dengan kebenaran,” (QS. Al-Anfal: 5).

3. Madinah adalah tempat yang di berkati dan  tempat yang penuh dengan kebaikan.
 
Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّهَا طَيْبَةُ يَعْنِي الْمَدِينَةَ وَإِنَّهَا تَنْفِي الْخَبَثَ كَمَا تَنْفِي النَّارُ خَبَثَ الْفِضَّةِ

“Ianya adalah Thaibah iaitu Madinah. Ia mengenepikan segala keburukan sama seperti api yang menghilangkan kekotoran pada emas. (HR Muslim).

4. Sesiapa yang sabar hidup di Madianh atau mati di Madinah, akan mendapat syafaat Rasulullah SAW.
 
لَا يَصْبِرُ أَحَدٌ عَلَى لَأْوَائِهَا فَيَمُوتَ إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا كَانَ مُسْلِمًا
Ertinya:
“Sesiapa yang sanggup dan sabar menanggung kesukaran tinggal di Madinah, lalu dia mati (di Madinah), maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi di hari kiamat, jika dia seorang Muslim. (HR Muslim).
 
Dalam hadits yang lain Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَمُوتَ بِالْمَدِينَةِ فَلْيَفْعَلْ فَإِنِّي أَشْهَدُ لِمَنْ مَاتَ بِهَا

“Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah)”. (HR Muslim). 

5. Makan kurma atau kurma Ajwah  di Madinah akan terhindar daripada racun dan sihir.

Rasulullah SAW bersabda: 

مَنْ أَكَلَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ مِمَّا بَيْنَ لَابَتَيْهَا حِينَ يُصْبِحُ لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ حَتَّى يُمْسِيَ

“Sesiapa yang makan 7 kurma pada waktu pagi di Madinah tidak akan mendapat kemudharatan drp racun sehingga waktu petang. (HR Muslim).
 
Dalam hadits riwayat yang lain :

مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً لَمْ يَضُرَّهُ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ سُمٌّ وَلَا سِحْرٌ

Ertinya:
Sesiapa makan 7 kurma ajwah setiap pagi, dia tidak akan mendapat kemudharatan drp racun dan sihir pada hari tersebut. (HR Bukhari).

6. Tempat berkumpulnya iman (Islam).

 َ إِنَّ الْإِيمَانَ لَيَأْرِزُ إِلَى الْمَدِينَةِ كَمَا تَأْرِزُ الْحَيَّةُ إِلَى جُحْرِهَا

Ertinya:
“Sesungguhnya iman akan berkumpul di Madinah sebagaimana berkumpulnya ular ke sarangnya. (HR Bukhari).
 
7. Bebas daripada fitnah  Dajjal dan penyakit ta’un.

Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ رُعْبُ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ لَهَا يَوْمَئِذٍ سَبْعَةُ أَبْوَابٍ عَلَى كُلِّ بَابٍ مَلَكَانِ

Ertinya:
Tidak akan masuk ke Madinah Dajjal, di situ (Madinah) ada 7 pintu, setiap pintu dijaga oleh 2 malaikat. (HR.  Bukhari).
 
Dalam hadits riwayat yang lain :

لَا يَدْخُلُ الْمَدِينَةَ المَسِيحُ وَلَا الطَّاعُونُ

Ertinya: 
“Dajjal dan penyakit taun tidak akan masuk ke bumi  Madinah”. (HR Bukhari). 

8. Allah SWT telah menjaga penduduk Madinah daripada perancangan jahat musuh dan memeliharanya daripada amalan bida’ah.

Rasulullah SAW bersabda: 

مَنْ أَرَادَ أَهْلَ هَذِهِ الْبَلْدَةِ بِسُوءٍ يَعْنِي الْمَدِينَةَ أَذَابَهُ اللَّهُ كَمَا يَذُوبُ الْمِلْحُ فِي الْمَاءِ
Ertinya:
Sesiapa yang hendak berbuat jahat  (tipudaya) kepada penduduk Madinah, nescaya Allah akan mengazabnya (menghancurkannya) sebagaimana larutnya garam dalam air.  (HR. Muslim dan Ahmad).
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَدِينَةُ حَرَمٌ فَمَنْ أَحْدَثَ فِيهَا حَدَثًا أَوْ آوَى مُحْدِثًا فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ لَا يُقْبَلُ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَدْلٌ وَلَا صَرْفٌ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi saw. beliau bersabda: Madinah itu adalah tanah haram. Barang siapa yang berbuat bidaah di dalamnya atau melindungi seorang pembidaah, maka ia akan terkutuk dengan laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia dan Allah tidak akan menerima taubat serta tebusannya pada hari kiamat”. (HR Muslim).

9. Segala barang dagangan diberkati. 
 
Rasulullah SAW bersabda:

قَدِمْنَا الْمَدِينَةَ وَهِيَ وَبِيئَةٌ فَاشْتَكَى أَبُو بَكْرٍ وَاشْتَكَى بِلَالٌ فَلَمَّا رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَكْوَى أَصْحَابِهِ قَالَ اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْمَدِينَةَ كَمَا حَبَّبْتَ مَكَّةَ أَوْ أَشَدَّ وَصَحِّحْهَا وَبَارِكْ لَنَا فِي صَاعِهَا وَمُدِّهَا وَحَوِّلْ حُمَّاهَا إِلَى الْجُحْفَةِ
Ertinya:
“Kami tiba di Madinah, ketika kota tersebut dilanda wabah penyakit sehingga Abu Bakar dan Bilal mengeluhkan keadaan itu. Ketika Rasulullah saw. menyaksikan keluhan para sahabatnya, beliau berdoa: Ya Allah, jadikanlah kami sebagai pecinta Madinah sebagaimana Engkau membuat kami mencintai Mekah bahkan lebih besar lagi, bersihkanlah lingkungannya, berkatilah untuk kami dalam setiap sha` serta mudnya (sukatan) dan alihkanlah wabah penyakit (Madinah) ke daerah Juhfah”. (HR Muslim).

10. Binatang buruan di kawasan ini adalah haram diburu, dan pokoknya  yang masih hidup dan tumbuh sendiri dan bukan ditanam oleh manusia haram ditebang/potong.

 لَا يُخْبَطُ وَلَا يُعْضَدُ حِمَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنْ يُهَشُّ هَشًّا رَفِيقًا

“Tidak boleh dipatah atau dipotong pokok di kws larangan Rasulullah SAW, tapi boleh kalau dikaitkan daunnya dgn cermat. (HRiwayat.  Abu Daud).

11. Sholat di Masjid Nabawi sama seperti 1000 sholat. 

Rasulullah SAW bersabda:

صَلَاةٌ فِيمَسْجِدِي هَذَا خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik drp 1000 solat di tempat lain selain daripada Masjidil Haram. (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik).
 
12. Di galakkan untuk bermusafir ke masjid Nabawi.

Rasulullah SAW bersabda:

 لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ مَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِي هَذَا وَالْمَسْجِدِ الْأَقْصَى.

Ertinya:
“Tidak perlu seseorang itu bersusah payah bermusafir kecuali untuk menuju 3 masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidku (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa. (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)..

13. Mendapatkan syafaat bagi sesiapa yang menziarahi kubur Nabi SAW.

RasulullahSAW bersabda:

مَنْ زَارَ قَبْرِى وَجَبَتْ لَهُ شَفَاعَتِى

Ertinya:
“Sesiapa yang menziarah kuburku, Wajib ke atasnya Syafaatkku. (HR ad-Daruqutni).

14. Menziarahi kubur Nabi SAW seperti menziarahinya semasa hidupnya.

Rasulullah SAW bersabda:

من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي

Ertinya:
Sesiapa yang menziarahiku sesudahku mati (kuburku), maka seolah-olah dia menziarahiku semasa aku masih hidup. (HR. Ad-Daruqutni dan al-Baihaqi).

15. Antara kubur dan mimbar Nabi  terdapat Raudhah  (taman-taman Syurga Allah SWT di dunia).

RasulullahSAW bersabda: 

مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ

Ertinya:
“Tempat di antara Kuburku dan Mimbarku (Raudah) adalah salah satu taman daripada taman syurga”. (HR. Ahmad, Nasaie, Baihaqi dan Tabarani).

16.  Allah SWT memilih Madinah sebagai tempat hijrah, tempat tinggal, dan tempat meninggal Nabi SAW.

17. Allah SWT menjadikan Madinah sebagai tempat lahirnya daulah Islam.

18. Rasulullah berdoa agar beliau dapat mencintai Madinah sebagaimana beliau mencintai Makkah atau lebih dari itu.

19. Penduduk Madinah merupakan penduduk yang mendapatkan syafaat pertama dari Nabi setelah itu baru penduduk Makkah.

20. Pahala kebaikan yang dilakukan di bumi Madinah dilipatgandakan, seperti shalat, berpuasa, dan bersedekah.

21.  Madinah tidak pernah sepi dari ulama, orang bijak, dan orang yang taat beragama hingga Hari Kiamat.

22. Peringatan yang sangat pedih bagi orang yang menzhalimi atau menakut-nakuti penduduk Madinah.

23.  Siapa di antara kaum Muslimin yang meninggal di Madinah, dia akan dibangkitkan dari kuburnya sebagai orang yang aman (dari siksa).

24.    Allah SWT memilih penduduk Madinah untuk menjadi penolong Allah SWT  dan Rasulullah sehingga mereka menjadi ahli penolong dan tempat berlindung.

25.  Disunatkan untuk bermukim di dekat Madinah karena dapat meningkatkan darjat keimanan dan kewibawaan.

26. Kiblat Masjid Nabawi dan Masjid Quba merupakan kiblat paling lurus di muka bumi.

Demikianlah sebahagian daripada kelebihan kota  Madinah. Masih banyak lagi kelebihan yang tidak dapat di  sebutkan dalam  TAZKIRAH ini.

Ya Allah jadikan ibadah umrah dan ziarah di kota Madinah ini  sebagian amal ibadah kami. Mudah-Mudahan ziarah kami melayakkan diri untuk meraih syafaat nya nanti pada hari kiamat. Aamiinn Yaa Robbal ‘Aalamiin !!!!!

Wallahu A’lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

TERIMA KASIH. 
(Madinah, Jumaat 13 Rabiulawal  1437 H).
  
(Madinah, Jumaat 25 Disember 2015).

Jangan Lupa Klik Sini
Tidak terasa 6 hari sudah USM berada di bumi Makkah al-Mukarramah dan hanya berbaki dua
Kesombongan manusia. Kenapa? Allah SWT menciptakan manusia dengan kelebihan masing-masing. Namun tak sepatutnya Manusia menyombongkan
Hati yang salim adalah hati yang bersih dan selamat dari segala bentuk perkara yang menyalahi
Manusia dalam menjalani kehidupan, tidak dapat melarikan diri dari pada ujian dan cubaan Allah SWT. 

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: