KULIAH SUBUH OLEH AL FADHIL USTAZ HAFIZ BIN SALLEH (USIM) DI SURAU MUALLIMIN

Text di bawah telah dikongsikan oleh saudara Abdul Razak Abdul Rahim.

Kuliah daripada Al Fadhil Ustaz Hafiz bin Salleh dari Usim. Semoga mendapat manufaat.

*INTIPATI KULIAH SUBUH OLEH AL FADHIL USTAZ HAFIZ BIN SALLEH (USIM) DI SURAU MUALLIMIN, DESA GURU, KUCHING PADA 31 OGOS 2016.*

Keistimewaan 10 Pertama Bulan Zulhijjah dan Keistimewaan  Al Quran
✅Peristiwa yang akan berlaku pada *11 September 2016* iaitu hari yg sangat besar dalam Islam iaitu Hari Arafah, maka dihimpun di situ 2 ibadah iaitu:

  1. Wukuf yakni berkumpul di satu tempat iaitu di Padang Arafah. Padang Arafah adalah tempat yang makbul doa seseorang.
  2. Pada mereka yang lain ialah berpuasa. Puasa pada hari tersebut dihapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
    Allah akan kurniakan 2 tahun pengampunan dosa dari Allah swt.
    Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Qatadah rahimahullah bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
    صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والتي بعده .
    *“Berpuasa pada hari Arafah karena mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya”.*
    ✅Dalam setahun ada 365 hari, apakah hari yg paling disukai oleh Allah swt? Tak ada hari di mana amal2 soleh amat disukai Allah melebihi 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah. Contohnya di sunatkan puasa pd hari khamis, amalan solehnya berpuasa pada hari Khamis dalam 10 hari pertama Zulhijjah, maka ganjarannya adalah lebih besar.
    ✅Jihad fi Sabilillah pun tidak boleh setanding amalan ibadah 10 hari pertama Zulhijjah. Para sahabat  akan melipat gandakan amalan mereka pada tempoh tersebut.
    روى البخاري رحمه الله عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام – يعني أيام العشر – قالوا : يا رسول الله ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء
    Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, rahimahullah, dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : *Tidak ada hari dimana amal shalih pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun”.*
    ?Ibadah qurban dan aqiqah, biasa dilaksanakan pada Hari Raya Qurban. Cuma ibadah qurban boleh dilakukan pada hari tertentu dalam bulan Zulhijjah, manakala aqiqah boleh dilaksanakan sepanjang tahun.
    ?Ibadah Haji hanya dilakukan pd bulan Zulhijjah dan kembarnya Umrah boleh dilakukan sepanjang tahun.
    ?Ibadah Qurban, *Ibrah Surah Al-Kautsar*
    إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ
    *Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).*
    فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
    *Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).*
    إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
    *Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).*
    *Huraian*:

Al Kautsar ada 2 maksud .
1. Pertama maksudnya *banyak*. Allah telah beri macam-macam kepada Rasulullah saw dari anak yatim menjadi menjadi pengembala seterusnya menjadi peniaga. Diangkat darjatnya menjadi Rasul. Pada ketika mereka telah dipulau dan ini cabaran kepada orang Islam dan Baginda saw dan akhirnya dapat diselesaikan.
Baginda juga dikurniakan bagi melakukan Isra’ dan Mikraj. Baginda dikurniakan juga bandar Madinah.
Apabila Allah swt beri banyak nikmat kepada Baginda, maka Allah suruh laksanakan solat dan ibadah Qurban.
Telaga Kautsar air nya sumber dari syurga Allah. Mereka yg meminumnya tidak akan haus sampai bila-bila. Rupanya lebih putih dari susu. Manis lebih dari madu. Tebingnya diperbuat dari mutiara.
Baginda saw amat gembira kerana Baginda dapat beri air kautsar kpd umatnya nanti. *Sesungguhnya Baginda Rasulullah saw amat sayang kpd umatnya.*
*Nikmat kehidupan, nikmat harta, Islam, nikmat iman, nikmat taqwa dan lain-lain nikmat yg tak terhingga diberikan oleh Allah swt perlulah disyukuri.*
✅Ibadah khusus yg disarankan dengan amalan soleh dan paling agung pada tempoh 10 hari pertama Zulhijjah itu, maka banyakkan ibadah kepada Allah swt, banyakkan tahlil  لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ (Laa ilaaha illallah) dan tahmid اَلْحَمْدُلِلّهِ

(Alhamdulillah) dan Takbir  اَللّهُ اَكْبَر (Allahu Akbar). Boleh Tasbih  سُبْحَانَ اللّه (Subhanallah).
Perbanyakkan *4T*, iaitu Tahlil, Tahmid, Takbir dan Tasbih pada masa ini. Dan teruskan juga selepas 10 hari pertama Zulhijjah sebagai amalan.
✅Takbir Hari Raya belum confirm bila kita nak mulakan dan hanya dapat diputuskan pd 29 Ramadan. Takbir selepas Maghrib hingga sebelum takbir Solat Hari Raya. Manakala takbir Hari Raya Qurban bermula bermula Subuh 9 hingga sebelum Maghrib 13 Zulhijjah.
✅Kita yg berdakwah, kita perlu amalkan terlebih dahulu kemudian terangkan amalan tersebut kpd keluarga kita dan mereka yg lainnya.
2. ? *Keistimewaan Al Quran*
Dimulakan dengan soalan, kalau Hari Raya Aidilfitri, kita suka dengar lagu apa?

Bila kita suka, kita akan hafal lagu tersebut..
✅Apakah surah yg paling kita suka?

Siapa qari yang paling kita suka bacaannya?

Apa yg kita cinta, itulah yang kita kenal.
Begitu juga Al Quran. Baca Al Quran kerana ia beri syafaat kepada pembacanya.
عَنْ أبي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يَقُولُ :

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ، فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ.

رواه مسلم

Abu Umamah al-Bahili ra berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :
*”Bacalah al-Qur’an karena ia akan memberikan syafaat kepada para ‘sahabatnya'”.*
Hadis sahih, diriwayatkan oleh Muslim (hadis no. 1337).
Hadis ini bagai pujukan dan rasa kasih sayang Baginda Rasulullah saw kepada umat Baginda. Untuk itu Baginda saw anjurkan kita membaca dan amal Al Quran.
✅Banyak fadhilat membaca Al Quran. Membaca Surah Al lkhlas, pahalanya sama dengan membaca sepertiga Al Quran.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ لِأَصْحَابِهِ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَقْرَأَ ثُلُثَ الْقُرْآنِ فِي لَيْلَةٍ فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِمْ وَقَالُوا أَيُّنَا يُطِيقُ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ اللَّهُ الْوَاحِدُ الصَّمَدُ ثُلُثُ الْقُرْآنِ
Dari Abi Sa’id, ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada para sahabatnya, *‘Apakah salah seorang dari kalian mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur`an dalam satu malam?’ maka hal ini memberatkan mereka, dan (mereka) bertanya: ‘Siapakah di antara kami yang mampu, wahai Rasulullah?”*
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda: *”Allahul-wahidu shamad adalah sepertiga Al-Qur`an”.*

[Shahih Bukhari no. 5015].
✅Sesiapa yang baca 10 kali Surah Al Ikhlas, dibina sebuah mahligai di syurga Allah swt. Mahligai di syurga fully furnished.
Rasululllah SAW bersabda:  *“Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.”*

(HR: Imam Ahmad & Imam Adarimi.)
✅Surah Al Mulk pada mukasurat 562, Juzuk 29, Baginda takkan tidur sebelum baca Al Mulk dan As Sajadah.
Dari Jabir *”Sesungguhnya tidaklah Rasulullah shollallohu alaihi wasallam tidur hingga membaca surat As Sajadah dan Surah Al Mulk.”*

(HR. At Tirmidzi)

 

✅Surah Al Mulk akan jadi penghalang Azab Kubur. Ia ada adalah insuran di alam barzah. Al Mulk ini juga akan setia kepada pembacanya di alam barzakh hingga sebelum kita dimasukkan ke dalam syurga.
Dari Abdullah Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu berkata:

 

*“Barangsiapa membaca tabarakalladzi biyadihil mulk setiap malam, maka Allah menghalanginya dari azab kubur. Kami dahulu pada zaman Nabi shallallahu alaihi wasallam biasa menyebut surat Al-Mulku dengan Al-Mani’ah. Sesungguhnya ia benar-benar berada dalam kitab Allah. Ia adalah satu surat barangsiapa membacanya setiap malam maka dia telah memperbanyak pahala dan memperbagusnya.”*

(HR. An-Nasa’i )

 

✅Ayatul Kursi- Apakah ayat Al Quran yg paling agung.
Dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, *“Wahai Abul Mundzir, ayat apa dari kitab Allah yang ada bersamamu yang paling agung?” Aku menjawab, “Allahu laa ilaha illa huwal hayyul qayyum.” Lalu beliau memukul dadaku dan berkata, “Semoga engkau mudah memperoleh imu, wahai Abul Mundzir.”*

(HR. Muslim no. 810)
Menjadi sunnah Rasulullah baca Ayatul Kursi selepas solat fardu.
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, *“Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.”*

(HR Ath-Thabrani)
Kita dgn syurga tiada penghalang kecuali kematian. Maksudnya, tidak ada yang menghalanginya masuk syurga ketika mati.
✅Ayatul Kursi juga pelihara diri kita hingga dari waktu solat tersebut hingga waktu solat berikutnya kalau dibaca. Kerja fardhu kita kena jaga.
?Moga kita beroleh manfaat dari perkongsian ilmu ini iaitu 10 hari pertama Zulhijjah serta ambil peluang untuk tingkatkan ibadah pada hari- hari tersebut dan moga juga kita beroleh syafaat dari pembacaan dan pengamalan Al Quran.
Wassalam

ARAR

Jangan Lupa Klik Sini
Intipati Kuliah Maghrib oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan Mohamad di Surau Darul Muallimin, Desa
* ? *BEDAH KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH : Sekilas Tentang Awal Kematian & Larangan
INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ABDUL HAKIM ABDUL SATAR DI SURAU MULLIMIN DESA
Dunia dan seisinya sering kali kita dengar bila ceramah dimasjid dan surau. Hidup di dunia

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: