info perniagaan

3 Francais Alternatif kepada McDonald Belum ada di Malaysia

Apabila anda memikirkan francais burger, fikiran anda mungkin segera pergi kepada nama-nama besar seperti McDonald dan Burger King. Tetapi sebenarnya ada banyak alternatif lain dalam industri. Sesetengah memenuhi niche tertentu, manakala yang lain hanya bertujuan untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada peminat burger.

1)  Big Smoke Burger

Pemilik Big Somke Burger ini adalah Mustafa Yusuf yang berasal dari Somalia dan menetap di Canada.  Bermula di lokasi restoran enam belas kerusi tunggal dibuka di King Street, Toronto pada tahun 2007, Burger ini dinamakan Craft Burger semasa penubuhannya sebelum ditukar kepada Big Smoke Burger pada tahun 2011.  Mustafa Yusuf pada mulanya adalah seorang pencuci pingan sebelum naik ke Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif. Selain di 11 tempat di Canada Big Smoke Burger juga terdapat di Box Park Dubai, The Walked Bahrin, Ghirnatah Riyadh, Al Ghadeer Riyadh, Divonne Complex Kuwait dan New York City.

Jenama Big Smoke Burger itu tidak dapat dinafikan dan berbeza daripada yang lain pek burger – secara konsisten melebihi jangkaan tetamu dengan burger yang benar-benar luar biasa dan tersendiri burger dengan hanya menggunakan bahan segar yang berkualiti tinggi. Terdapat lebih kurang 12 jenis burger dari ayam ke daging dengan pelbagai topup yang diberi pada burger ini.  Menu apa yang best sangat di sini. Berdasarkan lamanweb Big smoke Burger ini.

Download PDF maklumat lanjut 

2) Wayback Burger

Wayback Burger adalah salah satu dari rangkaian berkembang paling cepat di pasaran burger  dengan lebih daripada 200 lokasi dalam satu kawasan dan 76 pada masa ini beroperasi di seluruh Amerika Syarikat.  Restoran Wayback Burger pakar dalam burger, kentang goreng dan milkshake. Terdapat juga menu lain seperti hot dog, ayam dan sandwic. Francaisi wayback Burger mempunyai pilihan untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan, termasuk pandu-lalu, penghantaran, katering dan mengutip dana. Kini terdapat lebih dari 28 buah negara, dengan lokasi di Timur Tengah dan Afrika Utara.  Lokasi terbaru adalah di Argentina.

Apa yang menarik pada wayback burger ini adalah kita boleh buat sendiri burger dengan topping, patties dan cheese. Download menu dan wayback Burger .

3) Good Stuff Eatery

Good Stuff Eatery® mula dibuka di Capitol Hill di Washington, DC pada bulan Julai 2008. Ia adalah restoran keluarga yang kini diurus oleh generasi ke tiga. Tidak banyak yang boleh kita fahami dari laman web mereka tentang sejarah restoran burger Good Stuff Eatery ini.  Restoran ini sukar nak di buka di Malaysia kerana mereka menggunakan mendapatkan sumber bahan mentah dari pengusaha tempatan di US dengan bahan-bahan semulajadi seperti telur organik dan susu organik.  Sukar nak dapat bahan organik di Malaysia.  Kalau nak buka dengan bahan di eksport maka jawabnya akan golong tikar nanti. Good Stuff Eatery mempunyai kawalan kualiti bahan-bahan mentah yang ketat kerana mereka ada kontroller khusus untuk menjaga kualiti bahan-bahan.

Apa yang menarik Good Stuff Eatery dikunjungi oleh Presiden Obama bersama lima orang kakitangan beliau pada tahun 2011 dan membuat pesanan makan tengahari di Good Stuff Eatery di Capitol Hill.

image from nytimes.com

Chef selebriti Spike Mendelsohn mahu membawa pelanggan ke Good Stuff Eatery restoran Burger keluarga beliau. Bekas peserta Top Chef session ke empat yang juga pemilik kepada Good Stuff Eatery, Béarnaise and We dan We dan The Pizza.  Spike Mendelsohn mencipta Prez Obama Burger. Menu Prez Obama Burger dibuat dari ayam turkey  ini telah ditambah dalam menu  pada tahun 2009, sempena nama first lady Michelle Obama yang kerap kali melawat ke Good Stuff Eatery restoran Burger.

Download resipi Prez Obama Burger Spike Mendelsohn.

image :qsrmagazine.com

Chef selebriti Spike Mendelsohn menyatakan Good Stuff Eatery berkonsep Restoran burger keluarganya. Beliau bangga kerana pengalaman membuka restoran Good Stuff Eatery  di Washington, D.C  benar-benar memberi mereka pengiktirafan negara.

Kini terdapat Good Stuff Eatery id Riyadh.  Gulf Restaurants & Parks Company Ltd membuka lokasi antarabangsa yang Good Stuff Eatery di Riyadh pada Khourais Road. Menu kegemaran adalah Toasted Marshmallow Milkshake dan Original Free Range Chicken Burgers.

Ketiga-tiga restoran ini ada potensi di buka di Malaysia. Ini kerana mereka telah membuka restoran di negara arab tidak mustahil boleh di buka di Malaysia.

Jangan Lupa Klik Sini
Bisnes Burger  telah berkembang seperti cendawan tumbuh di Kuching. Banyak stall tepi jalan menjual burger di Petra
Burger yang sedap adalah bergantung kepada sauce yang meletup. Jarang-jarang kita lihat stall burger menggunakan
Ebook ini mengandungi resepi membuat 4 jenis tart iaitu Bluberry Cheese Tart, Tart Telur, Tart
Branding perniagaan merupakan satu eleman pemasaran yang penting. Semakin banyak orang lihat dan dengar jenama

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: