Info agamatauladan dan pengajaran

30 Tanda-Tanda Hati Kotor

Sifat di bawahadalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk diatas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.

1. _Gelisah walaupun tiada masalah.

2. _Selalu berbangga dengan diri sendiri._

3. _Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain._

4. _Tidak amanah dan mungkir janji._

5. _Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya._

6. _Suka mengumpat dan membuka aib orang lain._

7. _Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya._

8. _Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang._

9. _Suka menyakiti hati orang dengan sindiran._

10.  _Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang_

11. _Menyampaikan ilmu dengan riak._

12. _Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain._

13. _Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk._

14. _Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa._

15. _Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)_

16. _Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada_

17. _Solat yang tidak khusyuk._

18. _Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik._

19. _Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir._

20. _Cinta kepada duniawi dan materialistik._

21. _Mudah bersangka buruk terhadap orang._

22. _Membesar besarkan hal yang remeh temeh._

23. _Suka bergosip dan menabur fitnah._

24. _Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi._

25. _Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia._

26. _Pendendam._

27. _Penting diri dalam semua hal._

28. _Berpura-pura dan suka membodek._

29. _Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain._

30. _Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.

AR

image

Jangan Lupa Klik Sini
Saya ingin kongsikan kisah penderma kreatif kepada pembaca blog ini. Kisah ini mungkin menjadi dorongan
Adoi kisah ini viral di whatapps. Saya kongsikan kepada yang tidak berpeluang membaca. Kisah menarik.
Post ini adalah post untuk meningatkan supaya tidak membuka aib iab orang lain. Ada beberapa
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: