buku

4 Peringkat Dakwah Secara Rahsia Rasulullah S.A.W

Dakwah Rasulullah SAW terdapat empat peringkat, peringkat yang pertama Dakwah secara rahsia. Peringkat kedua dakwah secara terbuka dengan menggunakan lisan tanpa peperangan yang berlangsung sehingga hijrah ke madinah Al-Munawwarah. Peringkat ketiga dakwah secara terbuka dengan memerangi orang kafir yang memulakan peperangan terhadap Rasulullah SAw dan umat islam,ia berlangsung hingga perjanjian hudaibiah. Peringkat keempat dakwah secara terang-terangan dan memerangi mereka-mereka yang menghalang jalan dakwah yang dibawa serta mereka yang menyembah berhala. Diperingkat inilah syariat Allah Swt dan jihad mencapai tahap.

فَٱصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ ٱلْمُشْرِكِينَ

Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.

Pengisian tazkirah menceritakan kepada kita empat peringkat dakwah Rasulullah SAW. Semoga dapat kita berkongsi sedikit ilmu kepada para pembaca yg dirahmati Allah Swt InshaAllah….

Akibat Orang Yang tidak hiraukan Akhirat

يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّ وَعْدَ ٱللَّهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَا ۖ وَلَا يَغُرَّنَّكُم بِٱللَّهِ ٱلْغَرُورُ

Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah Syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).

۞ قُلْ يَٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ustaz Zulhaidi
29 Muharram 1437H
11 November 2015

Jangan Lupa Klik Sini
Tips untuk menjadi pelajar yang berjaya 1. Kita mesti percaya bahawa kita pada asalnya berjaya
Intipati Kuliah Subuh Ustaz Halim Nasir al Hafiz di Masjid Husnul Khatimah, Kg Semerah Padi.
Apa yang menarik tentang burger king menyarung castom Mc Donald. Ini berlaku di ketika perayaan Halloween
Kalau di Sarawak amalan suap menyuap suami isteri dimulakan semasa persandingan. Kini barulah saya faham

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: