buku

4 Perkara yang boleh menghapuskan Amalan Ibadah

Tahukah kita bahawasanya amalan ibadah yang kita lakukan akan gugur dan terhapus jika kita melakukan perbuatan yang melanggar perintah Allah SWT.

Di antara amalan yang tersebut adalah :

1. Hasad Dengki
Hasad Dengki adalah : Tidak suka atas suatu nikmat yang diberikan oleh Allah kepada manusia baik itu tetangganya, temannya, kerabatnya, sahabatnya, saudaranya, keluarganya, dan bahkan ia berusaha suatu saat nanti membuat mereka semuanya menjadi susah.

orang yang ada hasad dengki itu senang melihat orang yang lain susah dan sangat susah/ kecewa melihat orang yang lain senang.

Penyakit ini biasanya berjangkit pada orang-orang yang bergelut dalam dunia politik, bisnes, dalam dunia pekerjaan, keluarga, bahkan di kalangan orang-orang berilmu pun hasad dengki masih berlaku juga .

2. Ghadhab (Marah).
Sikap pemarah dan emosi merupakan sikap negatif yang wajib dijauhi kerana sikap marah yang tak terkawal, akan dapat menggugurkan amalan-amalan soleh yang kita lakukan.

3. Ghibah (mengatakan keburukan orang lain ).
Ghibah atau istilah lainnya adalah “GOSIP”, hal ini bukan suatu yang asing lagi di kalangan masyarakat kita.

Ghibah yang pada hakikatnya adalah membicarakan hal orang lain (tanpa ada maksud dan tujuan tertentu) yang apabila didengar oleh orang yang sedang dibicarakan. orang tersebut akan merasa malu, merasa tersinggung dan marah.

4. Takabbur (Sombong).
Takabbur atau sombong adalah orang yang merasa dirinya paling baik, bahkan orang yang sombong ini tak mahu menerima kebenaran walaupun dirinya itu salah.

Takabbur ini merupakan sifat iblis. sebagaimana iblis yang amal ibadahnya sangatlah luar biasa kepada Allah SWT, Bahkan Allah SWT dulu mengangkat iblis ini ke syurga dan dijadikan pimpinan para malaikat.

Namun ketika Allah SWT menciptakan Nabi Adam dengan dibekali berbagai pengetahuan, dan memerintahkan kepada seluruh malaikat untuk bersujud padanya, termasuk juga iblis, ttp ibils enggan keraba adanya sifat takabbur pd iblis dan iblis diperintahkan keluar drp syurga…

Wahai saudaraku, itulah antara 4 perbuatan yang akan menghapus pahala amal ibadah kita. Maka dari itu kita berusaha untuk menjauhinya serta memperbaiki kualiti amal ibadah kita, kerana ianya akan mendatangkan kerugian apabila pahala ibadah kita ini rosak hanya kerana empat penyakit tersebut.

Ya Allah jadikan kami sebagai hambaMu yang mampu untuk melakukan perubahan-perubahan menuju ke arah kebaikan. Jauhkan kami ya Allah dari perbuatan yang akan merosakkan amal ibadah kami. Mudah-Mudahan Engkau terima amal ibadah kami dari sebarang kecacatan. Aamiinn Yaa Robbal ‘Aalamiin !!!!!

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Dato SBY..
Serebdah..

Jangan Lupa Klik Sini
Tips untuk menjadi pelajar yang berjaya 1. Kita mesti percaya bahawa kita pada asalnya berjaya
Intipati Kuliah Subuh Ustaz Halim Nasir al Hafiz di Masjid Husnul Khatimah, Kg Semerah Padi.
Apa yang menarik tentang burger king menyarung castom Mc Donald. Ini berlaku di ketika perayaan Halloween
Kalau di Sarawak amalan suap menyuap suami isteri dimulakan semasa persandingan. Kini barulah saya faham

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: