Dato SBY. Serendah..

5 Artikel Tentang Dunia Dan Akhirat

Dunia dan seisinya sering kali kita dengar bila ceramah dimasjid dan surau. Hidup di dunia adalah sementara sementara akhirat jugalah kekal abadi.
Manusia mudah lupa dengan dunia. Manusia melihat dunia suatu yang kekal sedangkan manusia akan mati juga.

Betapa ruginya manusia yang hanya melihat dunia dan lupa persediaan untuk ke Jannah firdaus. Syurga tertinggi.

Artikel dibawah ditulis oleh saudara Datu SYB

1# Jangan jadikan diri kita rugi dunia dan rugi akhirat

Susah dunia tidak semestinya kita akan susah di akhirat dan senang di dunia tidak semestinya yg kita akan senang di akhirat.
Justeru jadikan diri kita senang di dunia dan senang di akhirat. Senang dunia maksudnya kita senangkan diri utk beribadah, melakukan sedekah serta mudahkan urusan insan lain.
2 perkara yang apabila kita berat utk melaksanakannya maka kita belum sampai tahap iman yang berkualiti , 2 perkara yg dimaksudkan itu adalah solat dan bersedekah. Usahalah utk solat di awal waktu dan rajinlah bersedekah. Bersedekah adalah antara bukti keimanan bagi insan2 yg ikhlas jiwanya.
Jaga solat sunat tahjud, jaga sunat witir dan juga solat sunat fajar.
Semoga bermanfaat..

2# MELAYARI KEHIDUPAN DUNIA

Para saudara mara dan sahabat sekelian , duduklah seketika dan bayangkan  saat saat ini  dan pilihlah mana yang kita nak..sementara ada di atas dunia ini, kita masih ada platform utk menghalakan hidup kita supaya “esok” kita tidak berenang dalam air mata darah dan nanah kerana menyesal. 

Sesungguhnya, Jika ada diantara kita yang menyekutukan Allah dengan kesyirikan besar dan tidak sempat bertaubat sebelum kematian, akan mengakibatkan kekekalan di dalam neraka.

Rasulullah SAW…. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas titian sirat. Antaranya adalah 

…Banyakkan bersedekah.(ketika senang atau susah)

Dan Melazimkan diri hadir ke masjid (untuk solat berjemaah dan menuntut ilmu).

Berhati-hatilah membuat pilihan dalam kita melayari kehidupan agar kita sentiasa bertambah dekat dengan NYA. Jangan semakin lama kita melayari kehidupan, kita semakin menjauhkan diri daripada-NYA. Nau’zubillahi min zalik..

Semoga ada manafaat utk kita renungkan dan amalkan dalam meneruskan kehidupan pagi ini.

3#CINTA DUNIA

Kemuliaan dunia adalah dengan harta, dan kemuliaan akhirat adalah dengan amal soleh

Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri rahimahullahu berkata:“Telah sampai kepadaku bahwasanya akan datang satu masa kepada umat manusia di mana pada masa itu hati-hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Fikirlah bahawa dunia ini suatu yang kamu cintai tidak akan kekal selamanya, tidak abadi pasti fana. Jika hal ini telah benar-benar kamu sedari tentu kamu tidak akan melupakanNya walau sekejap pun. Namun kebanyakkan tidak ada manusia yang mengingatkan hal itu. 

Mudah2an kita semua tidak keliru dan terpedaya dgn kemanisan2 dan nikmat2 dunia yg hanya bersifat sementara serta sehingga terlupa akan matlamat hidup sebenar serta lalai dari mengingati Allah.. *Ingatlah bahawa khabaran2 tentang Hari Akhirat itu sesungguhnya adalah BENAR.,kiamat itu benar., syurga dan neraka itu benar., alam barzakh itu benar., siksa dlm kubur itu benar., sakarotul maut itu benar..* Dan kedatangan MAUT itu amatlah benar sekali kerana JANJI ALLAH  itu adalah BENAR2 DAN PASTI dgn tiada sedikitpun keraguan padanya.. 
BERTAQWALAH…

4# JANGAN JADI HAMBA DUNIA

Boleh berjaga sampai 2,3 pagi untuk duniawi tapi sayang tak boleh berjaga untuk bersujud dan mengadu kepada Maha Pencipta.

Ingat jika sanggup bersusah payah untuk dunia maknanya kita hamba dunia.

Tapi kalau kita sanggup bersusah payah untuk Allah itulah tandanya kita hamba Allah.

Kata hamba..hamba kena la susah payah untuk tuannya.siapa tuan kita?Allah ialah tuan kita.

Dari Zaid bin Tsabit Radhiyallahu anhu , ia mendengar Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Barangsiapa tujuan hidupnya adalah dunia, maka Allâh akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di kedua pelupuk matanya, dan ia tidak mendapatkan dunia kecuali menurut ketentuan yang telah ditetapkan baginya. Barangsiapa yang niat (tujuan) hidupnya adalah negeri akhirat, Allâh akan mengumpulkan urusannya, menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina. ”

Peringatan untuk diri yang dhaif…

5#MUDA DI DUNIA HANYA SEKALI

“Waktu ni lah kita nak rasa nikmat masa muda, nanti tua dah tak larat” 

Begitulah luahan mereka yg menganggap tempoh muda sbg masa bersuka ria sepnjng masa. Inilah strategi syaitan , membisikkan ke dlm hati anak muda bhw kematian masih jauh, tangguhlah dahulu taubat .  Kematian x kenal usia, jika tiba masa dan ketikanya, seseorg pasti diambil nyawanya.
Wahai anak muda, rugilah kalian jika mrninggal dunia dlm  keadaan berlumuran dgn dosa maksiat dan x sempat bertaubat. Menyesal di akhirat kelak adalah penyesalan yg tiada kesudahannya.
Sesungguhnya ALLAH suka org tua yg kuat beribadah   namun ALLAH lebih suka kpd org muda yg kuat beribdah…
Semoga bermanfat
Dato sby…

Serendah

Jangan Lupa Klik Sini
JADILAH HAMBA ALLAH YG BERTAQWA Istiqomah amat terkait dengan MUJAHADAH. Apa itu mujahadah? Menahan diri
Kewajiban Solat dan kehidupan dunia memang suatu yang seiring. Tidak dapat dipisahkan. Sahabat saya kongsi
1# TAQWA Sahabat sekalian, sebagai muslim kita perlu bijak meletakkan diri kita di dalam mencari
KHATAM AL QURAN - LEBIHKAN HUJUNG MINGGU Jangan mencari kesibukkan yang lain pada hari minggu.

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: