ceritatauladan dan pengajaran

5 Cara Berderma Secara Kreatif

Saya ingin kongsikan kisah penderma kreatif kepada pembaca blog ini. Kisah ini mungkin menjadi dorongan kepada pembaca yang hendak mengikut cara mereka berderma.

Berderma bukan menyebabkan miskin tetapi menambah kekayaan. Boleh baca konsep sedekah yang digalakan oleh Rasulullah. Sedekah boleh menyebabkan terhindar dari bala bencana.

Baca kisah ini.

#1. Derma Motosikal  Second hand

Kisah ini adalah kisah seorang usahawan yang selalu menderma motosikal second hand yang telah dibaiki dan diberi kepada insan-insan yang telah beliau kenalpasti. Dia biasanya akan membuat derma yang luarbiasa begini pada bulan puasa. Katanya ramai yang memiliki motosikal lama dan nak menderma motosikal lama mereka. Tapi tidak tahu siapa mereka nak bagi.

Kebetulan masa duduk di surau, saya dengar dermawan ini bersembeng dengan anak seorang Cikgu. Mereka bincang tentang motosikal  yang sudah tidak digunakan oleh bapanya. Lebih 4 tahu dah tidak digunakan.

Motosikal telah lama terbiar. Biasanya dia akan beli motosikal tersebut dengan harga yang dipersetujui. Beberapa kali juga mereka yang mengetahui niat baik dermawan ini mereka tidak ambil duit walau satu sen.Mereka juga berniat nak beramal. Peratusan pemilik motosikal ini beri motosikal mereka adalah tinggi pada bulan puasa.

Dermawan ini akan bawa motosikal itu ke bangkel.  Dia gunakan guna lori atau pikup sendiri. Kos baikpulih selalunya bergantung kepada keadaan motosikal tersebut. Beliau selalu belanja dalam Rm600 – Rm1000 untuk membaikpulih motosikal ini.

Siapa yang mendapat keutamaan beliau.

  1. Kaki masjid atau surau; sebab setiap kali mereka guna motosikal ini dermawan ini juga dapat pahala.
  2. Tiada transport nak hantar anak ke sekolah; anak-anak adalah aset kepada ibubapa ganjaran untuk membesarkan anak ini terutama bawa merekake sekolah, pahala dikongsi siapa yang menderma motosikal.
  3. Mereka yang memerlukan untuk pergi bekerja;Nafkah yang mereka dapat akan memberi satu erti kehidupan dan membolehkan hidup mereka lebih baik. Kalau dulu tidak sempat nak solat berjemaah di masjid dan surau sebab tempat kerja jauh dan terpaksa guna pengangkutan awam.
  4. Pendapatan rendah;ini adalah kreteria penting. Saya tak tanya beliau. Kerana saya tahu jawapan standard beliau. Derma saja jangan fikir sangat. Jangan minta payslip. Kita boleh rasa dan buat pertimbangan sendiri.
  5. Keutamaan adalah kepada kenalan beliau; ini juga penting sebab kita kenal mereka.

#2. Berderma di gerai ais kacang atau cendol

Kisah seorang yang suka mencari peluang berderma. Saya terserentak dengan apa yang dikatakan beliau. Dia bukannya seorang jutawan.

Tak payah tunggu kaya baharu lah nak berderma.

Allah uji kita dengan apa yang kita ada.

Allah nak lihat dengan wang yang ada bolehkah kita diuji lebih lagi

sebelum uji kita dengan ujian lebih besar . Ujian kekayaan.

Kisah pergi ke sebuah pekan kecil di sekitar Lundu, Sarawak. Apa yang menarik selesai solat zohor sebelah masjid di bandar kecil lundu ada gerai jual cendol.  Beliau pergi ke mak cik jual cendol tersebut dan bagi sejumlah wang yang boleh digunakan untuk membeli cendol.

Dia minta mak cik jual cendol mencari budak-budak atau orang yang dia boleh bagi cendol percuma.  Hari panas siapa yang tak nak makan cendol ais. Gerai yang lengang menjadi ramai orang.

Ini adalah peluang dan kesempatan yang saya lihat digunakan oleh dia untuk bersedekah dengan cara kreatif.

Kebaikan yang boleh difikirkan;

  1. Gerai mak cik tadi sudah buat promosi cendol free. Nampak tak, ia akan menjadi sebutan penduduk sekitar. Di samping bersedekah perniagaan mak cik tadi bertambah maju.
  2. Kalaulah ramai yang berbuat begini maka perniagaan mak cik ini menjadi bertambah maju sebab ramai yang dah test cendol dia. Mungkin sebelum ini mereka tidak pernah merasa kelazatan cendol tersebut.

5 Cara Berderma Secara Kreatif

#3 Berderma nasi Lemak di Gerai atau stall

Saya tidak ingat dimana saya baca berderma dengan nasi lemak. Konsep sama macam cendol di atas. Caranya mudah kalau nak berderma  dengan nasi lemak.  Carilah nasi lemak yang sedap yang dijual oleh mak cik di tepi jalan. Sebaiknya tempat budak sekolah pergi ke sekolah.

Beli untuk sendiri dan  beli lebih sikit. Bagi tahu mak cik tersebut untuk sedekahkan kepada budak-budak sekolah yang lalu lalang di situ. Mudah kan.

Ini akan membantu mak cik tersebut meningkatkan perniagaan nya. Allah maha kaya. Dia bagi rezeki kepada siapa yang dikehendaki. Banyak memberi maka banyak juga akan diterima. Mungkin bukan di dunia tapi pasti di akhirat insyallah. Mak cik mungkin tidak faham konsep tersebut, tapi kalau di lihat limpahan rezeki yang di dapat setelah membantu berderma. Pasti dia akan ubah konsep pemikiran dia masa berjual.

 

#4 Berderma di sekolah

Konsep bersedekah disekolah ini selalu dibuat oleh para guru yang prihatin kepada anak muridnya. Ada guru yang beli roti dalam tin dan minta kantin buat air untuk anak murid mereka minum. Mereka bayar untuk anak murid mereka. Bukan setiap hari tapi istiqamah juga lah.

Kisah seorang cikgu perempuan yang meninggal semasa kren jatuh di mekah adalah seorang cikgu apa beliau meninggal budak-budak complain tidak ada air sirap free lagi masa rehat. Selama ini pihak kantin sekolah merahsia siapa yang berderma. Setelah kematian beliau barulah satu sekolah tahu.

Ada cikgu yang saya kenal buat sarapan untuk anak-anak nya lebih dari biasa. Dia akan bawa ke sekolah dalam bekas-bekas kecil dan di agih-agih kepada anak murid yang di jumpa. Siapa-siapa yang bertuah pagi tu.

Ramai anak-anak ini tidak sarapan pagi. kasihan katanya.

Mulia sungguh cikgu-cikgu ini. Ini tidak termasuk bahan-bahan yang mereka fotokopi dengan duit sendiri. Banyak lagi yang saya dengar. Sehingga bekas-bekas student mereka yang susah yang sedang belajar di Universiti dan dapat tawaran belajar ke luar negara pun mereka buat collection kumpul duit. Tanya saya sekolah mana?

Ada juga ibu bapa yang pergi ke kantin yang bayar kuih dan nasi lemak untuk pihak kantin sedekah kepada anak-anak murid.

#5 Berderma “Bagi saja jangan fikir”

Pernah anda didatang oleh hamba Allah yang menjual tisu, orang buta atau susah yang menjual sesuatu. Kalau di kuching mak cik jual kuih sarabana dan pelbagai kuih kering.  Biasa kita dengar, tidak makcik, tak beli. Sudah beli, Sudah ada.

Kawan saya kata bagi saja berapa yang kita nak bagi, jangan halau atau kutuk mereka.  Mungkin benar mereka memerlukan wang tersebut. Harap mereka akan mendoakan kita.

Bagi saja jangan fikir macam-macam. kena tipu lah apa lah, biarlah dia dengan tuhan yang selesaikan kes-kes tipu ni. Seringgit dua nak tipu pun jangan fikir sangatlah.

Pernah sekali saya ke Pekan Baru Indonesia, perbuatan pemandu texi van tersebut banyak menginsafkan saya, van tersebut terbuka. Seorang budak peminta sedekah naik di dalam van tersebut sambil menyanyi menghiburkan penumpang. Dia menadah tangan. Beberapa orang dalam van tersebut tidak bagi wang tapi pemandu tersebut yang bagi. Selepas dia bagi peminta sedekat tersebut pergi ke van texi lain pula. Saya terfikir, wow ini satu pengajaran buat saya.

Jangan Lupa Klik Sini
Saya terbaca satu post dari Tuan Abdul Razak Abdul Rahim dalam group whatapp. Nak kongsikan
Adoi kisah ini viral di whatapps. Saya kongsikan kepada yang tidak berpeluang membaca. Kisah menarik.
Sifat di bawahadalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah
Post ini adalah post untuk meningatkan supaya tidak membuka aib iab orang lain. Ada beberapa

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: