bukuceritasejarah

5 fakta Menarik Datu Sanib Tentang 6 Negeri Melayu Sarawak yang Hilang

Mana perginya negeri melayu Sarawak yang hilang. Hari ini mendengar ceramah Datu Sanib Said tentang sejarah Sarawak.

Siri syarahan SAMAceramah telah disampaikan oleh Datu Dr. Hj. Sanib Hj. Said di Pusat Sumber Tun Openg, Kuching pada pagi 5 November 2016.

5 fakta Menarik Datu Sanib Tentang 6 Negeri Melayu Sarawak yang Hilang

photo:melayusarawak.org.my

Seramai lebih dari 70 orang telah memenuhi bilik seminar untuk mendengar syarahan bertajuk – Asal-Usul Sarawak:  6 Negeri Yang Hilang.

Ceramah Datu Dr.Hj Sanib Said bertempat di Pustaka Tun Openg mengupas dan membuktikan 6 Negeri Melayu yang hilangtiada dicatat dalam buku sejarah Malaysia dan Asia Tenggar tetapi hilang dari ingatan dan budaya Melayu Sarawak. Beliau menunjukkan bukti seperti tulisan syair melayu dalam bahasa jawi dan catatan dari negeri cina. Mungkin banyak lagi yang menarik. Contohnya beberapa kerajaan melayu ini diperintah oleh pemerintah perempuan. 4 beradik yang pandai bersilat dan memerintah. Saya tidak ingat di negeri mana. Banting kalau tidak silap saya.

Semasa sesi soal jawap juga ada peserta menyatakan nenek moyang dia dipindahkan dari banting ke Lingga oleh penjajah. Ada tuai rumah iban masih mengiktiraf beberapa tanah di kawasan banting adalah milik orang melayu. Ia telah lama bagaimana nak membuktikannya kecuali ada dokumen yang dapat mereka tunjukkan. Saksi orang lama mungkin sudah tidak ada lagi di dunia ini.

Pengurus Besar Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Datu Dr. Sanib Said adalah sejarahwan Sarawak yang tidak asing lagi merujuk kepada sejarah Sarawak.

Perkongsian ini adalah untuk membuktikan kedudukan negeri melayu yang hilang.

Kewujudan Negeri Melayu di Sarawak bermula 600 hingga 1600 tahun masihi. Dr. Sanib membuktikan kewujudan negeri-negeri ini dengan mencari dengan membuat penafsiran manuskrip Melayu-Jawi yang ditemui dalam simpanan orang perseorangan dan bahan dari seluruh kepulauan Borneo hingga ke Kalimantan.

Fakta 1.

Negeri pertama yang ditemui adalah Negeri Saribas daripada Syair Cetera Tarsilah Abang Gudan Dangan Temenggong Kadir Negeri Saribas.  Negeri Saribas telah didirikan oleh Temenggong Kadir dari Kesultanan Brunei pada tahun 1530 dan kemudian diteruskan oleh Datuk Gudam.

Berdasarkan fakta pengorangan bermula dari afrika. Orang melayu berasal dari afrika.

74000 sm tahun lalu berdasarkan kajian debu. Dunia masa itu ada 6 tahun malam. Gen melayu adalah kombinasi afrika, India dan china menurut kajian.

Ras yang besar adalah Melayu adalah yang terbesar pada masa itu.

Arkipelago melayu wujud pada masa itu.
80 peratus Melayu Muslim di pulau Borneo. 20 peratus cina.

Fakta 2

Pendapat dayak bukan bangsa awal kecuali datang dari langit. Kerana penghijrahan adalah terawal. Niah 4000 tahun jumpa tengkorak. Kajian dna menunjukkan ia adalah wanita niah.

Orang yang mula datang Sarawak mesti datang melalui pantai. Ini adalah pendapat yang sering dinyatakan oleh pengkaji sejarah di dunia.

Fakta 3

Orang yang awal menerima temadun adalah orang yang dipantai.

Banting adalah negeri yang baru dijumpa di Sarawak.

Fakta 4

Datuk Merpati membuka negeri di Kuala Santubong. Santubong adalah negeri abad ke7 600 masihi hingga ke 13 (1200). Berasal dari kajian tembikar bertan tahi besi. Bukti dalam laporan cina 1304 sha hu chung bererti lautan batu karang dalam mandarin. Bukan dialek Hakka san choo bong bererti king of the pigs. Ini tidak diterima oleh Datu Sanib cerita dusta. Bahasa rasmi adalah bahasa mandarin.

Fakta 5

Semenjak itu terbuka ruang ilham menemukan Negeri Santubong (600M), Negeri Samarahan (1200), Negeri Kalaka (1365), Malano (1365) dan Banting (1511).

Jangan Lupa Klik Sini
Catatan yang dikongsi oleh Saudara Abdul Razak tentang sejarah Sarawak melalui forum  perkongsian ilmu:- 1.
Perkongsian saya hari ini adalah benda simple yang mungkin tidak di share oleh orang lain
Serapi Garden yang terletak di jalan Satok memberi pilihan yang menarik kepada pengemar makan-makan di
Mat Cangkol viral di media social. Buat post ni untuk hiburan semata-mata. Koleksi ini adalah

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: