ceritaInfo ProdukReview

7 Cerita tentang Kerusi Plastik No 7 Sangat Kreatif

Pelbagai cerita yang menarik tentang kerusi Plastik yang boleh saya kumpul untuk bacaan anda. No 7 mungkin sangat menarik dan saya simpan di akhir.

#1 Kenapa Kerusi Plastik ada Lubang?

Akibat daripada tekanan maka pencipta kerusi plastik meletakkan lubang di bahagian tempat duduk. Apa yang menarik adalah kebanyakan lubang kerusi plastik adalah bulat bukan segi empat. Saya ada tanya dengan seorang yang pakar tentang kerusi, dia menyatakan bahawa lubang berbentuk bulat akan memberi tekanan yang kurang jika dibandingkan dengan lubang yang segi empat. Al-Hinai, Al Kindi, and Shamsuzzoha (2018) menjayakan tujuan lubang dibuat adalah untuk mengelakkan haba yang menyebabkan berpeluh, menjengkelkan, dan  in adalah keperluan yang diperlukan oleh pelajar untuk memberi keselesaan kepada mereka.

kerusi plastik

 

#2 Dipukul dengan kerusi Plastik

Kisah ini adalah kisah rumahtangga dimana isteri tersebut mengandung 5 bulan dipukul dengan kerusi plastik oleh sang suami. Suami beliau dikatakan seorang yang panas baran.  Marah sampai menyiksa perempuan yang mengandung memang tidak masuk akal. Itu lah kisah rumah tangga. Kesalahan dikatakan membiarkan rumah tidak bersapu dan alasan wanita tersebut bahawa dia terlampau penat.

Kisah diceritakan oleh sang isteri dalam FB beliau dan di pick up oleh blogger kisahrumahtangga.my dalam artikel beliau. Malangnya saya tidak dapat mengesahkan cerita ini kerana dia tidak menyatakan FB wanita tersebut.

 

#3 Seorang Jurutera Jumpa cara untuk sisa Plastik untuk dijadikan kerusi Plastik.

Kisah dipetik berkenaan seorang jurutera di Filipina yang membuat kitar semula sisa plastik untuk dijadikan kerusi plastik. Jurutera ini bernama Winchester Lemen. Beliau adalah jurutera mekanik dari Davao City di Filipina. Sebagai seorang yang prihatin, beliau tahu mengenai Laporan Program Alam Sekitar PBB yang mencadangkan bahawa Filipina cenderung menghasilkan sekitar 6875 tan plastik setiap hari.  Dia bertemu dengan orang yang sanggup membayar kilangnya jika dia boleh mengitar semula plastik dan membuat sesuatu daripada itu.

Idea itu muncul di dalam fikirannya, jadi dia mula mengumpul, mencarik, membersihkan dan mencairkan plastik, memasukkannya ke dalam acuan dan membuat sesuatu daripada itu – iaitu kerusi kecil yang cantik.

Produk itu kemudian dipasang, kemudian disandarkan dan dicat. Beliau menjalankan projek yang dipanggil Envirotech Sisa Kitar Semula. Pengunjung yang telah mencadangkan idea itu membeli 200 kerusi ini.

Seterusnya dia  mengemukakan cadangan itu kepada Herbert Bautista, Walikota Kota Quezon. Sejumlah dana Hijau telah ditubuhkan untuk projek itu. Sekarang, pokok tidak dipotong untuk membuat kerusi kerana plastik kitar semula digunakan untuk kerusi-kerusi ini.

dana hijau kerusi plastik

Credit: Winder Recycling Company/Facebook

#4 Cari tersepit lubang Kerusi Plastik

Kisah berlaku yang saya petik daripada dayakdaily.com pada 4 Januari 2019 lalu dimana kisah berlaku di Tadika Kampung Tiee, Serian, Sarawak.  Pihak Tadika terpaksa memanggil bomba untuk mengeluarkan jari kanak-kanak tersebut. Sebaik tiba anggota bomba cuba menenangkan budak tersebut dan menggunakan cara khas untuk mengeluarkan jari yang tersebit. Gambar menunjukan tidak ada peralatan khas seperti yang dinyatakan oleh blog di atas. Mungkin menggunakan minyak atau air sabun sahaja. Pihak Bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan jari budak comel tersebut.

Jari sangkut dalam lubang kerusi plastik

dipetik cerita dan image: dayakdaily.com 

#5 Kecurian Kerusi Plastik di Kota Baharu

Kisah dipetik dari utusan tentang kecurian kerusi plastik sebanyak 60 biji di sebuah kedai makan di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu. Seorang pemilik kedai makan yang bernama FA Nasi Air di Wakaf Bharu dekat sini kerugian hampir lebih RM300 apabila sebanyak 28 biji kerusi plastiknya dicuri kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Berdasarkan video yang di ambil ditempat kejadian dan  tular di media sosial video pencuri yang terdiri daripada  dua lelaki yang menunggang motosikal   mencuri kerusi plastik di sebuah kedai makan di Jalan Long Yunus, Kota Bharu.

 

#6 Ketahanan Kerusi Milik Saidina Group

Viral video

Jika anda mencari kerusi plastik boleh cuba di sini

#7 Atas Pizza Ada Kerusi Plastik

Ada mungkin tidak terfikir satu set kerusi plastik boleh diletakkan di atas Pizza. Ini berlaku dirangkaian restoran Kanada Boston Pizza telah mula menambah kerusi bercetak 3D untuk mengelilingi pizza kerusi plastik kecil dan meja di atas pizza. Mereka memanggilnya Patio Pizza Set.

Image: cerita dan image dipetik dari designboom.com

DI beberapa bahagian di kanada pada Julai 2018 telah mendapati ada   kerusi dan meja pizza plastik.  Kerusi Plastik tersebut telah dicetak 3D menggunakan bahan-bahan selamat di makan dan inisiatif ini adalah kali kedua  pizza boston dan agensi pengiklanan john st. bekerjasama pada kempen menghasilkan pizza yang lucu. Sebelum ini mereka membuat kotak yang berubah menjadi dulang untuk membolehkan anda menikmati makanan di tempat tidur.

“Musim patio adalah masalah besar bagi Kanada,” kata pengarah kanan pelanggan pemasaran Adrian Fuoco. “Ini semua tentang mewujudkan sesuatu yang menyeronokkan yang merupakan sebahagian daripada inisiatif musim utama. Pada akhirnya, kami mendapati satu cara untuk menyatukan dua perkara yang kami sukai – patio dan pizza. “

Dia menyatakan jika mereka  tidak berada di zon penghantaran tetapi mempunyai akses kepada pencetak 3D, anda boleh membuat kerusi pizza kecil anda sendiri.

Rujukan:

Al-Hinai, Nasr, Mahmood Al Kindi, and Ahm Shamsuzzoha. 2018. An ergonomic student chair design and engineering for classroom environment. Vol. 7.

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: