7 Kisah dan Teladan semua cikgu nak kongsi

Cacatan ini adalah catatan seorang sahabat saya bernama Pak Ngah. Pakar motivasi pelajar. Kompilasi kisah dan tauladan. Cerita No 7, ramai yang suka dan belum pernah baca di mana-mana.

KOLEKSI CATATAN PAK NGAH

1. Kisah seorang profesor

Seorang profesor falsafah berdiri di hadapan kelas dengan beberapa benda di atas meja di hadapannya.

Apabila kelas bermula, tanpa bersuara beliau telah mengambil sebuah balang kosong yang besar dan mula memasukkan batu-batu yang lebih kurang berdiameter 2 inci.

Kemudian beliau bertanya kepada semua pelajar, “Adakah balang ini sudah penuh?” Semua pelajar mengeyakan.

Kemudian, profesor tersebut mengambil satu kotak yang berisi batu kerikil bersaiz kecil dan memasukkanya ke dalam balang tadi sambil menggoncang perlahan.

Sudah tantu batu kerikil kecil tadi mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah batu-batu besar tadi.

Kemudian beliau bertanya lagi kepada semua pelajar, “Adakah balang ini sudah penuh?” Semua pelajar mengeyakan.

Kemudian profesor mengambil lagi sebuah bungkusan yang berisi pasir dan memasukkan pasir ke dalam balang sambil menggoncang perlahan-lahan.

Sama seperti batu kerikil yang kecil tadi, pasir akan mengisi celah-celah batu besar dan kerikil.

Kemudian beliau bertanya sekali lagi kepada semua pelajar, “Adakah balang ini sudah penuh?”

Semua pelajar dengan sebulat suara mengatakan, “Ya.” Profesor memberi penjelasan, “Sekarang saya mahu awak semua mengandaikan balang yang besar sebagai kehidupan kamu.

Batu besar merupakan perkara yang terpenting dalam hidup seperti keluarga, pasangan, kesihatan, anak-anak – sekiranya perkara-perkara lain hilang tetapi perkara penting ini masih ada kehidupan kamu masih lagi bermakna.

Batu kerikil pula merupakan perkara kedua terpenting seperti kerjaya, rumah, kereta, dan sebagainya.

Manakala, pasir merupakan perkara-perkara kecil yang lain dalam hidup kamu.

” Kemudian beliau menambah,

“ Sekiranya kamu memasukkan pasir terlebih dahulu, maka tiada ruang untuk batu kerikil dan batu besar.

Samalah seperti dalam kehidupan ini.

Sekiranya kamu menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara-perkara yang kecil, kamu tidak akan ada ruang untuk perkara-perkara yang penting kepada kamu.

Ambil perhatian kepada perkara-perkara yang kritikal untuk kebahagiaan. Layanlah dan bermainlah dengan anak-anak.

Bawa pasangan keluar dan bersiar-siar kerana kita sentiasa masih ada masa untuk pergi bekerja, membersihkan rumah, mengadakan jamuan ataupun membaiki barang-barang yang rosak.

“Sebagai rumusan, ambil berat batu besar terlebih dahulu – perkara yang amat diperlukan dan kemudian batu kerikil.

Berikan keutamaan kepada yang utama kerana yang selainnya hanyalah pasir.”

2. Cerita Jangan mudah membuat persepsi.

Seorang lelaki berusia 24 tahun melihat keluar dari tingkap kereta api yang sedang meluncur menjerit,

“Ayah, cuba lihat pokok-pokok sedang bergerak ke belakang kita!”

Ayahnya hanya tersenyum dan sepasang orang muda yang duduk berhampiran melihat sikap kebudak-budakan lelaki yang sudah berusia 24 tahun itu dengan penuh kasihan.

“Ayah, lihat awan-awan sedang berlari bersama-sama kita,” jeritnya lagi,

Pasangan tadi tidak dapat menahan diri lalu berkata kepada bapa lelaki tersebut,

“Mengapakah encik tidak membawa anak ini pergi berjumpa doktor pakar?”

Ayah kepada lelaki itu hanya tersenyum sambil berkata.

“Sudah dan kami baru sahaja balik dari hospital.

Anak saya ini buta sejak lahir dan baharu sahaja mendapat sepasang matanya pada hari ini.”

Pasangan tadi terdiam.Moral daripada kisah ini :Jangan mudah membuat persepsi awal sebelum mengetahui sejarah hidup orang lain.

3. Tempat yang betul dan pada masa yang betul

Seekor ibu unta dan anaknya sedang berbaring di bawah sepohon pokok.

Tiba-tiba anak unta bertanya kepada ibunya,

“Ibu, mengapakah kita mempunyai bonggol?

”Ibu unta pun menjawab,

“Kita merupakan haiwan gurun sebab itulah kita ada bonggol untuk menyimpan air agar kita dapat hidup walaupun dengan sedikit air.

”Anak unta berfikir sejenak lalu berkata,

“Ok…mengapakah kita memiliki kaki yang panjang dan tapak kaki yang bulat?” Ibu unta menjawab, “ Ini bertujuan untukmemudahkan kita berjala

n di padang pasir.”

Anak unta diam.

Selepas beberapa ketika anak unta terus bertanya,

“ Mengapakah bulu mata kita panjang dan kadang-kadang menghalang pandangan kita.

”Ibunya membalas,

“Bulu mata kita yang panjang ini untuk mengelak mata kita dimasuki debu pasir apabila ditiup angin?”

Anak unta terus berfikir dan kemudian berkata,

“Ohh, begitu. Bonggol untuk menyimpan air ketika di gurun, kaki panjang memudahkan untuk berjalan di gurun dan bulu-bulu mata yang panjang ini untuk mengelak daripada debu pasir, tetapi mengapakah kita berada di dalam zoo?”

Moral daripada kisah ini :

Kemahiran dan kebolehan hanya akan berguna sekiranya kita berada di tempat yang betul dan pada masa yang betul.

Semua makhluk telah dibekali dengan kemahiran dan kebolehan masing-masing untuk hidup. Jika tidak digunakan dengan betul itulah pembaziran yang sebenarnya. Bersyukurlah dengan kemahiran dan kebolehan yang kita ada.

4. Ibuku buta sebelah mata.

Aku benci akan ibuku.

Dia amat memalukanku.

Kerjanya sebagai tukang masak untuk semua murid dan guru untuk menyara keluarga.

Pada suatu hari ketika masih di sekolah rendah, ibuku datang menjengukku.

Aku berasa amat malu.

Sanggup dia memperlakukan aku begitu?

Aku tidak mempedulikannya dan menunjukkan rasa benci dan terus berlari keluar.

Hari berikutnya, salah seorang daripada rakan sekelasku berkata,

“Eee, ibumu hanya ada sebelah mata!”

Aku seakan-akan mahu membunuh diri kerana malu.

Aku juga berharap agar ibuku hilang dari hidupku. Pada hari itu aku memarahi ibuku dan berkata,

“Ibu hanya menjadikan aku bahan ketawa, bukankah lebih elok ibu mati?”

Ibuku langsung tidak membalas.

Aku sedikit pun tidak berfikir tentang apa yang telah aku lafazkan akibat daripada kemarahan yang teramat.

Aku tidak berfikir pun tentang perasaannya.

Aku mahu keluar dari rumah dan tidak akan peduli dengannya.

Jadi, aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya aku telah berpeluang belajar ke luar negara.

Kemudian, aku berkahwin. Beberapa tahun kemudian, aku membeli sebuah rumah dan ketika itu aku telah mempunyai 3 orang anak.

Aku bahagia dengan kehidupan berkeluargaku yang selesa. Suatu hari, ibuku telah datang menziarahiku.

Dia telah tidak melihat aku selama beberapa tahun dan tidak pernah juga bertemu dengan cucu-cucunya.

Ketika ibuku berdiri di hadapan pintu rumahku, anak-anakku telah mentertawakannya dan aku telah menengkingnya kerana datang tanpa dijemput.

Aku menjerit,

“Mengapakah ibu berani datang ke rumah aku dan menakutkan anak-anakku!

Pergi dari sini! Sekarang!

Dengan perlahan ibuku membalas,

“Oh, maafkan aku. Aku telah tersalah rumah.”

Ibuku berlalu dan terus hilang daripada pandanganku.

Satu hari, aku menerima sepucuk surat tentang majlis ‘reunion’.

Aku berbohong dengan isteriku bahawa aku ada urusan perniagaan.

Selepas majlis tersebut, aku telah pergi ke rumah tua ibuku sekadar untuk tahu sahaja.

Jiran-jiranku memberitahu bahawa ibu telah meninggal dunia. Aku langsung tidak berasa sedih.

Mereka memberi sepucuk surat kepadaku sebagaimana pesan ibuku kepada mereka.

Aku membacanya :“Anakku yang tersayang,Setiap masa ibu sentiasa memikir akan kamu.

Ibu minta maaf kerana telah pergi ke rumahmu dan menakutkan anak-anakmu.

Ibu amat gembira apabila mendengar kamu dapat hadir ke majlis ‘reunion’, tetapi ibu tidak mampu malahan untuk bangun dari katil pun ibu tak larat walaupun ibu rindu untuk bertemu dengan kamu.

Ibu minta maaf kerana sering memalukanmu ketika sedari kecil sehingga dewasa.

Anakku, ketahuilah…Sebelum ibu pergi untuk selama-lamanya, ibu ingin menjelaskan harga perasaan malumu terhadap ibu.

Ketika kamu masih kecil, kamu telah terlibat dalam kemalangan dan sebelah matamu telah buta.

Sebagai seorang ibu, ibu tidak mampu melihat anak ibu membesar dengan hanya sebelah mata.

Jadi, ibu telah berikan sebelah mata ibu kepada kamu.

Selama ini ibu hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu kamu tersalah sangka bahawa ibu ini mengungkit tentang pemberian itu.

Walau apapun, ibu bangga anakku kerana kamu dapat melihat seluruh dunia untuk ibu dengan mata itu.

Usah kamu khuatir,

ibu telah memaafkanmu kerana ibu masih mahu kamu juga bahagia di akhirat nanti.Seluruh kasih sayang untukmu, Ibumu.

Seorang lelaki berjalan melalui sebuah khemah gajah dan mendapati gajah-gajah tidak diletakkan di dalam kandang dan hanya ditambat dengan seutas tali di kaki-kaki mereka untuk mengelakkan mereka daripada melarikan diri.

5. Kisah Seekor Gajah dan penjaga

Ketika lelaki itu melihat kepada gajah-gajah di situ, dia semakin keliru mengapa gajah-gajah itu tidak menggunakan kekuatan mereka memutuskan tali dan melarikan diri dari situ.

Perkara ini amat mudah untuk mereka lakukan tetapi mereka tidak mencuba untuk lari.

Perasaan teruja dan keinginan ingin tahu yang tinggi, lelaki itu pun bertanya kepada jurulatih haiwan yang ada di situ tentang sebab gajah-gajah hanya tetap berdiri dan tidak berusaha untuk melarikan diri. Jurulatih itu menjawab;“Ketika gajah-gajah itu masih muda dan kecil lagi, kami menggunakan tali yang sama untuk mengikat mereka dan kekuatan tali itu sudah cukup kuat untuk menambat mereka .

Setelah dewasa mereka tetap menganggap dan percaya mereka tetap tidak dapat melarikan diri.

Mereka percaya sepenuhnya bahawa tali itu tetap dapat menambat mereka, sebab itulah mereka tidak sekali-kali mencuba untuk bebas.”

Hanya satu alasan mengapa gajah-gajah tidak mahu membebaskan diri dan lari dari khemah disebabkan kepercayaan yang mengatakan untuk melarikan diri suatu yang mustahil.

Moral daripada kisah ini :Apa sahaja kegagalan yang kita lalui sebenarnya bukanlah merupakan satu yang kekal.

Kita perlu ada kepercayaan diri dalam usaha untuk berjaya.

Jangan jadikan kepercayaan negatif yang berterusan dan pengalaman silam meletakkan kita terhenti pada satu tahap sahaja.

Rungkaikan semuanya dan katakanlah

“ANDA BOLEH MELAKUKANNYA.”

6. Kisah 4 orang pelajar kolej

Pada suatu malam, 4 orang pelajar kolej telah pergi berpesta sehingga lewat malam.

Mereka tidak menelaah untuk ujian yang dijadualkan pada keesokan harinya.

Pada sebelah pagi berikutnya, mereka telah merencanakan satu rancangan.

Mereka telah melumurkan diri dengan minyak gris dan tanah seolah-olah nampak kotor.

Kemudian, mereka pergi bertemu dengan dekan dan mengatakan mereka telah pergi ke majlis perkahwinan pada malam tadi dan ketika dalam perjalanan balik tayar kereta telah meletup.

Keadaan ini telah menyebabkan mereka terpaksa menolak kereta tersebut sepanjang perjalanan balik.

Jadi, mereka tidak bersedia untuk menduduki ujian tersebut. Dekan berfikir seketika dan menyatakan mereka boleh menduduki semula ujian tersebut selepas 3 hari.

Mereka berterima kasih kepada dekan dan menyatakan mereka akan bersedia pada masa tersebut.

Pada hari ketiga, mereka telah hadir lebih awal daripada dekan.

Dekan menyatakan mereka perlu menduduki ujian itu dalam kelas yang berasingan disebabkan itu adalah Ujian Bersyarat Khas.

Mereka bersetuju kerana mereka telah cukup bersedia dalam tempoh 3 hari yang diberikan.

Peliknya, ujian tersebut hanya mengandungi 2 soalan dengan nilai 100 markah :

1) Nama Anda? __________ (1 markah)

2) Tayar yang manakah yang meletup? __________ (99 markah)

Pilihan Jawapan –

(A) Kiri depan

(B) Kanan depan

(C) Kiri belakang

(D) Kanan belakang

Moral daripada kisah ini:

Bertanggungjawab atau anda akan belajar tentang satu pengajaran.

Bukan suatu perkara yang mudah untuk memperdaya mereka yang berpengetahuan dan berpengalaman.

7. Kejadian Rompakan Sebuah Bank

Dalam satu kejadian rompakan di sebuah bank di Amerika Syarikat, salah seorang perompak menjerit kepada semua yang berada di dalam bank.

“Jangan bergerak.

Wang ini milik orang dan bank.

Nyawa kamu milik kamu.

”Semua yang di dalam bank meniarap dengan senyap. Ini dikenali sebagai ‘Konsep Penukaran Minda.

’Apabila seorang wanita meniarap di atas sebuah meja agak kurang sopan, perompak tersebut menjerit ke arahnya dan berkata,

“Tolong bersopan sedikit! Ini ialah rompakan bukan merogol!.” Ini pula dikenali sebagai “Bertindak Profesional.”

Fokuslah kepada tujuan untuk apa anda dilatih.

Apabila semua perompak telah kembali ke tempat persembunyian mereka, seorang perompak yang paling muda berkelayakan Sarjana Pengurusan

Perniagaan telah memberitahu ketua mereka yang paling tua (hanya tamat Darjah 6 sekolah rendah),

“Boss, mari kita kira jumlah wang yang berjaya kita rompak.”Ketua perompak membalas dan berkata,

“Kamu seorang yang bodoh. Duit ini terlalu banyak dan kita memerlukan masa yang lama untuk mengiranya.

Malam ini, berita di TV akan menyatakan jumlah yang telah berjaya kita rompak!”

Keadaan ini di kenali sebagai

“Pengalaman.”

Sekarang ini, pengalaman lebih penting daripada sijil-sijil kelayakan!

Selepas semua perompak meninggalkan bank, pengurus bank telah membaritahu penyelia bank untuk memanggil cepat-cepat polis, tetapi penyelia berkata,

Tunggu, cuba kita keluarkan USD10 juta dari bank untuk kita sendiri dan tambahkan USD70 juta yang telah hilang dari bank.”

Ini dikatakan sebagai Menyelam Sambil Minum.

Mengubah suatu situasi musibah menjadi peluang baik kepada diri.

Penyelia berkata lagi, Alangkah elok sekiranya ada rompakan setiap bulan.

”Pemikiran sebegini dikatakan sebagai Membunuh Kebosanan.

Kebahagiaan Peribadi lebih penting daripada kerjaya diri.

Keesokan harinya, berita TV telah melaporkan bahawa sebanyak USD100 juta telah dirompak dari bank.

Perompak mengira dan mengira dan terus mengira tetapi mereka hanya dapat menira sebanyak USD20 juta.

Pengurus bank telah telah mengambil USD80 juta dalam sekelip mata. Keadaan ini menunjukkan bahawa berpendidikan tinggi lebih baik daripada menjadi seorang perompak!

Keadaan ini dibaratkan sebagai Ilmu Pengetahuan lebih berharga daripada emas yang banyak!Pengurus bank tersenyum dan gembira disebabkan kehilangan di pasaran saham telah diselesaikan oleh kes rompakan.

Hal ini, dipanggil sebagai merampas peluang dan berani mengambil risiko.

Persoalannya : Siapakah perompak yang sebenarnya?

Kisah ini dipetik dari FB Pak Ngah, SMK (A) Matang..

Share

Comments

View 6 more comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge