info perniagaan

Abang Sado Pelaris Jualan Pirate Coffee

Sampai jadi viral di internet Kopi Abang Sado sedap. Saya pun cuba mencari berita ini.  Al-maklum saya peminat kopi. Kopi yang dimaksudkan adalah kopi jenama tempatan dinamakan PIRATE COFFEE atau Kopi Lanun. Terdapat dua media sosial yang digunakan iaitu

iconosquare.com

facebook.com

Dikatakan baru seminggu berniaga sambutan adalah diluar dugaan daripada penduduk di Batu Pahat dan Kluang, Johor. Tarikan utama mereka adalah Abang Sado buat kopi.

Berani juga anak muda ini menjalankan perniagaan minuman kopi ini.  Berita yang saya baca di internet tentang kopi jenama tempatan Pirate Coffee Harga kopi Pirate Coffee RM4 sahaja. Kopi sedap ini ada di Kluang dan Batu pahat Johor saja.

Rungutan yang dibaca di internet adalah masa menunggu nak dapatkan kopi adalah lama juga sehingga satu jam. Tapi mereka tidak kira sejam ke dua jam tunggu tetapi mereka kata adalah berbaloi. Sampai lenguh kaki beratur menunggu nak dapatkan kopi.  Kalau bagi kerusi kasi orang duduk kan lebih baik. Menggunakan sistem nombor juga adalah langkah yang baikuntuk mengatasi masalah ini. Sekadar cadangan.

Antara perasa yang digemari ramai adalah Ekspresso,Hazelnut, Black Coffee dgn Rasberry chocolate. Ini adalah alternatif kepada mereka yang tidak mampu nak munum kopi di starbuck. Kalaulah dah sedap bolehlah buka di Kuching. Kalau di Kuching sekarang gilakan Ais Krim Gula Apong DP. Mereka sanggup beratur.

Potensi gerai kopi ini memang sangat bagus.

Peluang Perniagaan PIRATE COFFEE

Kepada yang ingin menceburi perniagaan sebegini cuma dibuka kepada mereka yang beada di Batu Pahat, Kluang dan sekitar Johor sahaja.  Belum ada lagi ke luar Johor.  Mungkin anda boleh hubungi mereka melalui laman FB di bawah.

PIRATE COFFEE ingin membuka peluang kepada mereka yang memerlukan kerja dan berminat untuk menjadi sebahagian dari PIRATE COFFEE members. Kriteria yang mereka perlukan adalah seperti berikut:

  1. -Lelaki
  2. -Jujur/amanah
  3. -Rajin
  4. -Bersih/kemas
  5. -Cekap dan pantas
  6. -Punctual
  7. -Ceria
  8. -Bersemangat & bersungguh2
  9. -Murah dengan senyuman
  10. -Minat

Lokasi perniagaan cuma di Kluang dan Parit Raja

Jika anda berminat dan mempunyai kriteria seperti berikut sila tinggalkan nombor telefon di ruang komen. di facebook mereka 

 

Jangan Lupa Klik Sini
Kes-kes pecah cermin kereta atau cermin kereta terkena batu dan pecah sering berlaku.  Jika ada
Instagram telah menjadi alat pemasaran yang kuat untuk jenama yang berterusan meningkatkan kesedaran jenama. Ia
Serapi Garden yang terletak di jalan Satok memberi pilihan yang menarik kepada pengemar makan-makan di
Jimmy Choo bukan lagi satu nama yang asing untuk Malaysia mahupun peminat kasut di mana-mana

19 Comments

  1. nor fhadzilah azali
    • Hairie bin zulkanain
      • admin
  2. khy
  3. Solahuddin
    • admin
  4. dik siti
    • admin
  5. Nurul izzati
    • admin
  6. Jonifar
    • admin
  7. jonifar
    • admin
  8. HAIRUL HAMID
  9. mamat
  10. Tnam anggur
  11. Fredrick
  12. nabihah

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: