Catatan Sdra ARAR

Alam Barkhzah USTAZ ROSLAN HAMID DI SURAU MUALLIMIN DESA GURU

INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ROSLAN HAMID DI SURAU MUALLIMIN DESA GURU, KUCHING. (6/1/17).
Kalau sesiapa yg tidak ada amalan kebaikan maka dia akan keseorangan di akhirat. 

Hadits dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
*كُلُّ عَمَلٍ لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ*
*“Setiap amalan yang padanya tidak ada urusan kami, maka amalan itu tertolak”.*

[HR. Bukhari dan Muslim]
?Pahala yang berterusan dan tidak terputus walaupun sudah mati: 

Sedekah (amal jariah), ilmu yg bermanfaat dan doa anak yang soleh.
Disebutkan di dalam hadits shahih dari Abi Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahwasanya *Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:*
*إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ*
*“Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah segala amalannya, kecuali dari tiga perkara: shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shaleh yang mendoakannya”.*

[HR. Muslim, Abu Dawud dan Nasa’i]
?Roh orang mukmin di letak dlm berkas yang sangat cantik utk dibawa oleh para malaikat dengan menggunakan burung berwarna hijau utk ditunjukkan syurga (belum masuk lagi syurga).
?Para Syuhada minta mereka dihidupkan dan dimatikan sekali lagi dalam keadaan syahid. Mereka ini setiap hari roh mereka berjalan-jalan di Pintu Syurga.
☝?Tanpa Rahmat Allah swt, kita tidak akan dapat masuk Syurga walau dengan banyak manapun ibadahnya.
?☝?Utk dapat Rahmat Allah swt kita MESTI IKHLAS dalam berIBADAH.
?Anak2 yg meninggal sebelum BALIGH akan menunggu ibu bapa mereka di Syurga termasuk anak2 dari golongan bukan Islam (Mereka dijadikan pelayan di Syurga). Anak2 ini juga akan memberi air dari syurga kepada ibu bapa merka di Padang Masyar.
?Sebelum masuk Syurga ada satu lagi TITIAN…dan untuk mereka2 yg berhutang….Ahli2 syurga dengan izin Allah akan menghalalkan hutang mereka ini bagi membolehkan mereka masuk ke syurga. 
?☝?Titian Sirat amat GELAP. Hanya AMALAN DI DUNIA YANG DITERIMA ALLAH SWT akan menyuluh mereka yg menyeberangi Titian Sirat ini.
?Apabila meninggal anak Adam, roh yg baru dapat berkomunikasi dengan roh2 yang terdahulu. Ada yg bertanya hal keluarga mereka dsb…
?Ketika di barzakh roh kita akan berbentuk burung hijau yang akan terbang dan hinggap di pohon-pohon syurga.
?Kenapa Sujud Solat 2 kali sedang yang lain sekali dalam sesuatu rakaat? 
:Firman Allah swt:*
*” منها خلقناكم و فيها نعيدكم و منها نخرجكم مرة أخرى”*
*” Kami menciptakan kamu dari tanah, dan dari tanah kami akan mengembalikan kamu dan dari sana kami akan membangkitkan kalian.”*

(Surah Thaha: 55)
Ulama ada menyatakan bahawa ketika  *sujud pertama* kemudian mengangkat kepala agar kita ingat dari sanalah Allah menciptakan kita, kemudian *duduk antara dua sujud* adalah umpama kita berada di dunia fana ini, *kembali sujud untuk yang ke dua*kalinya agar kita ingat bahawa asal kita dari tanah, dan dari tanah itulah kita nanti akan dibangkitkan.
?Kalau kita tiada anak, ambillah anak angkat. Bentuklah anak  supaya menjadi anak soleh. In shaa mereka akan dapat doa daripada anak (angkat) yg soleh ini di akhirat nanti. 
☝?Pada masa ini, ada orang bukan Islam yg ambil anak yg tak sah taraf sebagai anak angkat mereka.
⚠Jangan biarkan anak yg tidak sah taraf diangkat oleh yg bukan Islam. Itu yang penting…… *Penting Sangat-Sangat.*
??? *Kisah Umat Nabi Muhammad Yang Terakhir Masuk Syurga.*
Dengan amalan yg sedikit orang yang terakhir masuk syurga…
? *Bagaimana nasib orang yang terakhir masuk syurga?*

Ibnu Mas’ud berkata, *Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,*
*إِنِّى لأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً الْجَنَّةَ رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ حَبْوًا فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى. فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ – قَالَ – فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلأَى فَيَقُولُ اللَّهُ لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا أَوْ إِنَّ لَكَ عَشَرَةَ أَمْثَالِ الدُّنْيَا – قَالَ – فَيَقُولُ أَتَسْخَرُ بِى – أَوْ أَتَضْحَكُ بِى – وَأَنْتَ الْمَلِكُ » قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ. قَالَ فَكَانَ يُقَالُ ذَاكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً*
*“Sesungguhnya aku tahu siapa orang yang paling terakhir dikeluarkan dari neraka dan paling terakhir masuk ke surga. Yaitu seorang laki-laki yang keluar dari neraka dengan merangkak.*
Kemudian Allah berfirman kepadanya, *“Pergilah engkau, masuklah engkau ke surga.”*
Ia pun mendatangi syurga, tetapi ia membayangkan bahwa surga itu telah penuh.

Ia kembali dan berkata, *“Wahai Rabbku, aku mendatangi surga tetapi sepertinya telah penuh.”*
Allah berfirman kepadanya, *“Pergilah engkau dan masuklah surga.”*
Ia pun mendatangi syurga, tetapi ia masih membayangkan bahawa surga itu telah penuh.
Kemudian ia kembali dan berkata, *“Wahai Rabbku, aku mendatangi surga tetapi sepertinya telah penuh.”*
Allah berfirman kepadanya, *“Pergilah engkau dan masuklah syurga, karena untukmu syurga seperti dunia dan sepuluh kali lipat darinya.”*
Orang tersebut berkata, *“Apakah Engkau memperolok-olokku atau menertawakanku, sedangkan Engkau adalah Raja Segala Raja?”*
Ibnu Mas’ud berkata, *“Aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tertawa sampai tampak gigi geraham beliau. Kemudian beliau bersabda, “Itulah penghuni syurga yang paling rendah derajatnya.”* 

HR. Bukhari no. 6571, 7511 dan Muslim no. 186).
Hadits di atas menunjukkan bahwa manusia biasa melanggar janji. Oleh karena itu, lelaki tersebut tercengang karena melihat janji Rabbnya. Ia merasa bahwasanya ia akan diremehkan atau diberi sesuatu yang remeh. Padahal *Allah tidak mungkin mengingkari janjinya.*
*إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ*
*“Sesungguhnya Allah tidaklah mengingkari janjinya.”*

(QS. Ali Imran: 9). 
*Jika Allah berjanji, pasti ditepati.*
Hadits di atas juga menunjukkan bahawa *kedudukan penduduk surga yang paling rendah akan mendapatkan kenikmatan 10 kali lipat dari kenikmatan dunia.*

Sungguh nikmat yang luar biasa.?
Hadits di atas juga menunjukkan pelajaran bahawa jika *orang beriman yang masih memiliki iman walaupun kecil, ketika masuk neraka, tidak akan kekal di dalamnya. Berbeda dengan keyakinan sebagian kalangan yang meyakini bahwa jika ada yang masuk neraka tak boleh keluar-keluar lagi darinya.*
Semoga Allah memasukkan kita ke dalam syurga dengan mudah dan terselamat dari siksaan neraka. Aamiin
Moga bermanfaat.

ARAR

Jangan Lupa Klik Sini
Intipati Kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Awang Kushyairi bin Awang Sapri di Surau Darul
Intipati Kuliah Maghrib oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan Mohamad di Surau Darul Muallimin, Desa
* ? *BEDAH KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH : Sekilas Tentang Awal Kematian & Larangan
INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ABDUL HAKIM ABDUL SATAR DI SURAU MULLIMIN DESA

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: