ceritaInfo agamaMadinah

Allah memberati apa yang terdaya dipikulnya

​Allah SWT berfirman:
لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا  ؕ  لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ  ؕ  رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِيْنَاۤ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ  رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖ  ۚ  وَاعْفُ عَنَّا  ؕ  وَاغْفِرْ لَنَا  ؕ  وَارْحَمْنَا  ؕ  اَنْتَ مَوْلٰٮنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.”

(QS. Al-Baqarah: Ayat 286)

Bila membaca ayat ini saya berada di dalam masjid Nabawi. Post ini ditulis setelah saya pulang dari hotel.

Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya

Ayat ini yang saya nak ceritakan. Kita kena sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmatnya.

Allah tahu apa yang kita mampu. Tahap mana yang kita mampu hadapi ujiannya.

Anak demam pun ujian bukan saja untuk anak tapi juga untuk ibubapa.

Anak sakit mungkin Allah nak kita dekat dengannya. Adakah kita solat tahajut meminta dari Allah. Semak diary kehidupan. Adakah kita bersedekah pada hari itu.

Ayat ini diausuli dengan 

Maafkan kesalahan kami

Ini bukan saja-saja, Allah letak kesinambungan ayat.

Allah minta kita memohon ampun kesalahan yang dilakukan oleh kita. Sama ada kita tahu atau tidak.

Kesalahan kecil yang kita tidak nampak. Kencing berdiri, kencing terpercik ke seluar. Seluar digunakan buat solat.

Ada sahabat nabi yang diberi hempitan kubur kerana kencing tak basuh.

Tip kena berdehim lepas kencing. mencangkung duduk supaya lawas.

Jangan Lupa Klik Sini
?Kata ulama, bacalah al-Quran sebanyak mana kita makan. ?Jika kita makan sarapan pagi, tengahari dan
* ? *BEDAH KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH : Sekilas Tentang Awal Kematian & Larangan
INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ABDUL HAKIM ABDUL SATAR DI SURAU MULLIMIN DESA
Dunia dan seisinya sering kali kita dengar bila ceramah dimasjid dan surau. Hidup di dunia

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: