Apa hukum berwuduk tanpa berpakaian

Berwuduk adalah syarat utama sah sembahyang bagi orang Islam.

Berwuduk tanpa pakaian dikatakan adalah sah tetapi sebagai manusia yang menghormati penciptanya alangkah baiknya kalau kita dapat mengelakkannya.

Video Ustaz  Abdul Somad

Maksud:

wudhu’ ialah adalah perbuatan yang dilakukan dengan mengenakan air pada anggota-anggota tertentu.

Manakala al-Budur al-Tali`ah Syarh Risalah al-Jami`ahm/s 123 menyatakan wudhu’ adalah membersihkan anggota badan tertentu dengan asas sekali dimulakan dengan niat, kemudian membasuh muka, selepas itu membasuh kedua-dua belah tangan, penting sekali menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

Berwuduk tanpa pakaian sering kali menyebabkan kekeliruan dimana selepas mandi dan membersihkan badan sebelum mandi.

Perhatian:

Adalah disunatkan menutup aurat apabila mandi menurut kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah, m/s 120. Mengambil wuduk sambil menutup aurat tidak dinyatakan sama ada wajib atau sunat.

Adakah berbogel semasa wuduk sah atau tidak. Sekiranya berwuduk ketika mandi dalam keadaan tidak menutup aurat tidak menjadi masalah dimana wuduk tetap sah. Apa yang penting adalah semasa mandi dalam keadaan bogel tidak dilakukan ditempat awam.

Rasulullah bersabda yang diriwayatkan oleh Muslim

“Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita.”

Imam Syafie pula apabila seorang berada dalam keadaan bersendirian di tempat sunyi adalah dengan menutup aurat. Oleh itu lebih baik menghundari daripada berbogel dalam keadaan bersendiran.

Walaubagaimanpun, menurut Kitab Mughni Muhtaj, m/s 185 dimana jika niat seseorang nak mandi atau menyejuk badan maka dibenarkan untuk tidak menutup aurat dengan syarat menutup aurat.

wuduk solat tanpa baju

Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769) yang bermaksud: 

Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?”

Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.”

Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?”

Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.”

Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, jika berada dalam keadaan sendirian?”

Nabi menjawab: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”.

Maksudnya: “Malu itu sebahagian daripada Iman.”

Hadis Riwayat Bukhari (no. 24)

Maksudnya: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”

Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: