buku

BAGAIMANA MENGATASI KESEMPITAN HIDUP.

Permasalahan hidup memang tak dapat dijangkakan. Kehidupan seseorang akan berubah mengikut putaran waktu. Ada orang yang kaya dengan serta merta, ada orang yang tiba-tiba jatuh miskin.

Jika kita menghadapi masalah ekonomi dalam hidup, sebenarnya di sebalik apa yang berlaku, Allah SWT telah menentukan rezeki seseorang dalam hidupnya.

Oleh kerana itu jika kita menghadapi kesulitan rezeki, maka langkah bijak yang perlu dilakukan oleh seorang hamba Allah yang beriman adalah:

1. Berusaha dan Bekerja dengan sekuat tenaga.
Sudah merupakan sunnatullah seseorang yang ingin mendapatkan rezeki Allah SWT harus bekerja keras..

2. Taqwa kepada Allah SWT.
Banyak orang melalaikan perkara ini, kerana kesempitan hidup yang dialaminya. Dia mengabaikan perintah-perintah Allah SWT dengan meninggalkan ibadah, kerana tidak sabar menunggu datangnya pertolongan Allah SWT.

3. Tawakkal kepada Allah SWT.
Allah berfirman dalam Al-Qur’an Surah At-Talaq, ayat 3:

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Dia akan mencukupi (keperluan)nya. ” (QS. Ath Thalaq : 3)

Maksud ayat di atas adalah barangsiapa yang menyerahkan segala urusannya kepada Allah SWT, nescaya Dia akan mencukupi apa yang dia inginkan,” ( Imam Al Qurthubi dalam dalam Al Jami’ Ahkamul Qur’an, 8/106).

4. Syukur kepada Allah SWT.
Syukur adalah jalan lain yang Allah SWT berikan kepada kaum mukminin dalam menghadapi kesulitan rezeki.

Oleh kerana itu dengan cara bersyukur In shaa Allah akan mudah urusan rezeki yang Allah SWT bahagikan kepada kita.

5. Berinfaq (sedekah ) kerana Allah SWT.

6. Menjaga Silaturahim antara sesama manusia.
Dalam hal ini Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa yang berkeinginan untuk dibentangkan rezeki baginya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah menyambung silaturahmi. “ (HR. Bukhori Muslim)

7. Memperbanyakkan Doa kepada Allah SWT.
Allah memberikan senjata yang ampuh bagi muslimin berupa doa. Dengan berdoa seorang muslim In shaa Allah akan mendapatkan apa yang dia inginkan.

Rasulullah SAW mengajak kita agar berdoa tatkala kita menghadapi kesulitan rezeki dalam hadisnya: “Ya Allah aku meminta kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” (HR. Ibnu Majah dan yang selainnya).

Ya Allah jadikan segala ujian yang Engkau timpakan kepada kami sebagai nikmat yang kami wajib terima. Jangan Engkau jadikan ujian tersebut bala kepada kami. Mudah-Mudahan kami mampu menghadapi segala ujian yang Engkau timpakan kepada kami. Aamiinn Yaa Robbal ‘Aalamiin !!!!!

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Dato SBY..
Serendah..

Jangan Lupa Klik Sini
Intipati Kuliah Subuh Ustaz Halim Nasir al Hafiz di Masjid Husnul Khatimah, Kg Semerah Padi.
Apa yang menarik tentang burger king menyarung castom Mc Donald. Ini berlaku di ketika perayaan Halloween
Kalau di Sarawak amalan suap menyuap suami isteri dimulakan semasa persandingan. Kini barulah saya faham
Kedai gunting lelaki milik orang bumiputra dan Melayu sedikit. Hampir tidak ada.  Itu yang saya

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: