Info Pendidikan

Belajar Matematik Sambil Menyanyi

Matematik adalah pelajaran yang selalu membosankan semasa kita di ajar di Sekolah pada masa lalu.  Kini terdapat keadah belajar metematik yang menyeronokkan.  Keadah ini boleh di saksikan dalam youtube iaitu melalui  kasdim belajar matematik sambil menyanyi.    Jika kita kreatifkan diri kita sendiri mudah lah anak murid kita belajar dengan seronok. Matematik adalah satu matepelajaran yang sukar dan rumit, tapi perkara ini dapat diatasi sekiranya guru memainkan peranan yang luar dari kebiasaan.

Kaedah yang boleh di guna pakai oleh guru-guru matematik di sekolah rendah adalah melalui kaedah atau teknik nyanyian dengan nyanyian murid akan lebih seronok dan minat untuk mempelajari matematik di bawah merupakan beberapa kaedah nyanyian yang telah di hasilkan bagi membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai.

Menghafal Formula Matematik menggunakan keadah Kasdim

Boleh ini dibuat? Persoalannya sudahkah kita mencuba. Menghafal formula-formula matematik menggunakan formula KASDIM atau nama penuhnya Kaedah Ahsahri dalam Inovasi Matematik.

KASDIM merupakan suatu kaedah pembelajaran dan pengajaran pelajar secara menyanyi untuk menghafal formula-formula matematik dan menyelesaikan masalah pengiraan. Kaedah KASDIM ini sesuai untuk pelajar sekolah rendah tahap satu dan dua.

Penemuan formula mengira sambil menyanyi `KASDIM’ ini hasil cetusan idea Ahsahri Kasdi, guru di Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. Beliau juga turut dinobatkan pemenang ke-3 Guru Inovatif Sekolah Rendah sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2000.

Matlamat Utama Pengenalan KASDIM ialah adalah

  1. untuk memudahkan dan menguatkan daya ingatan pelajar mengenai asas matematik dan
  2. hafalan sifir.

Idea menghasilkan formula KASDIM

Idea menghasilkan formula tersebut tercetus apabila menyedari tentang kelemahan pelajar untuk mengingati fakta dan asas-asas matematik terutama sekali pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolahnya.Sehingga kini sebanyak 13 buah lagu formula matematik ciptaan beliau di muatkan dalam buku panduan `Belajar Matematik Sambil Bernyanyi’ untuk pelajar darjah empat hingga enam, kumpulan pelajar lemah dan yang tidak menghafal sifir.

Antara judul lagu yang terdapat dalam buku panduan tersebut termasuklah

  1. Mari Mengeja,
  2. Pak We Pak Wa La Ga Wa,
  3. Rumah Nombor,
  4. Bundar,
  5. Tolak Tambah,
  6. Kotak,
  7. Oh La La,
  8. Pecahan,
  9. Diskaun,
  10. Untung Rugi
  11. dan banyak lagi.

Pengenalan KASDIM dalam proses pembelajaran mula dilaksanakan sejak tahun 1997 – yang diragui keberkesanannya. Bagaimanapun, formula mengira sambil menyanyi terbukti berjaya apabila keputusan subjek matematik dalam peperiksaan UPSR sekolahnya meningkat secara mendadak dari 69 peratus pada tahun 1997 kepada 98 peratus pada tahun 2000. Jika dibandingkan keputusan peperiksaan UPSR sebelum 1997 keputusannya adalah di tahap sederhana iaitu 55 peratus.

Mengimbas kembali kali pertama formula tersebut diperkenalkan pada tahun 1997 iaitu dua bulan sebelum peperiksaan UPSR dijalankan merupakan jalan terakhir melengkapkan pelajar sebelum ke dewan peperiksaan.

Ternyata usahanya tidak sia-sia kerana peratusan pelajar lulus peperiksaan dalam subjek matematik meningkat dari tahun pertama ia diperkenalkan iaitu pada tahun 1997 hinggalah sekarang.Setiap kali sesi matematik, beliau akan menggunakan set induksi iaitu mengambil masa lima minit pada awal waktu pembelajaran dengan mendengarkan lagu formula matematik yang hendak diajar kepada pelajar.

Dengan ini, pelajar akan lebih jelas mengenai sesuatu bab sebelum diberi latihan untuk dijawab sendiri. Selain di bilik darjah, kelab matematik juga turut mempraktikkan formula KASDIM sebagai modul pembelajaran bagi aktiviti kelab tersebut.

Sehingga kini, formula KASDIM sudahpun diperkenalkan di sekolah-sekolah di Johor, Perak, Pahang dan Selangor.

BUNDARKAN

 

TAMBAH DAN TOLAK

 

MASA

 

 

Jangan Lupa Klik Sini
Salam, saya terfikir bagaimana boleh kita membuat matematik tanpa menggunakan Kalkulator dengan cara pantas. Apa
Saya nak kongsi satu post yang saya baca dari laman web yang saya tulis dibawah
S E K A D A R    R E N U N G A N
Adoi kisah ini viral di whatapps. Saya kongsikan kepada yang tidak berpeluang membaca. Kisah menarik.

One Response

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: