Dato SBY. Serendah..Tazkirah

BERDOA AGAR DIKURNIAKAN MATA YANG SEMPURNA.

Mata kurniaan Allah adalah rahmat yang jelas kepada hambanya.

Sahabat2 ku..
Berdoalah kepada Allah agar dikurniakan mata yang sempurna. Bermohonlah kepada Allah agar dikurniakan :

1) Mata yang dapat melihat dengan jelas akan
perkara-perkara yang hak.

2) Mata yang dapat membedakan antara kebenaran dan kebatilan.

3) Mata yang dapat mengalirkan airmata kerana bersyukur dengan nik’mat Tuhan
dan takut dengan azab dan kemurkaan Allah.

4) Mata yang suka membaca Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah SAW.

5) Mata yang dapat memimpin tuannya untuk menunaikan Ibadah.

6) Mata yang dapat membantu tuannya untuk menuntut ilmu Allah.

7) Mata yang sering melihat dan mengagungkan kebesaran Allah.

8) Mata yang takut melihat perkara-perkara yang dilarang Allah.

Semoga dengan itu, Allah SWT akan mengurniakan kepada kita semua mata yang patuh dan ta’at kepada Allah SWT, Aamiin.

Wallahu’alam.

Dato SBY..
Serendah..

Jangan Lupa Klik Sini
Intipati Kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Awang Kushyairi bin Awang Sapri di Surau Darul
Intipati Kuliah Maghrib oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan Mohamad di Surau Darul Muallimin, Desa
* ? *BEDAH KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH : Sekilas Tentang Awal Kematian & Larangan
INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ABDUL HAKIM ABDUL SATAR DI SURAU MULLIMIN DESA

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: