News

Betul ke Dr. Hj. Sapiee Bin As Subki Al Banjari pernah berkhidmat di Jabatan Mufti Johor

Siapa Dr. Hj. Sapiee Bin As Subki Al Banjari?

Pihak Surau Desaguru ada menjemput seorang individu yang mengelar dirinya Dr. Hj. Sapiee Bin As Subki Al Banjari.  Kami telah diperkenalkan oleh seorang rakan yang juga adalah ahli Jawatankuasa Surau di Samarahan. Jadi dipendekkan ceritanya, kami pun menjemput beliau ke Surau untuk berceramah sempena Maulidur rasul pada 15 Januari 2013 lalu.  Kami tidak mensyaki apa-apa kerana kami bersangka baik saja. Kisah bermula bila kami menjemput beliau berceramah di Surau kami. Dia diperkenalkan oleh seorang kawan dari Samarahan. Menurut beliau individu ini berceramah bab solat di Surau mereka.

Dibawah adalah SMS yang saya terima. Walaupun dalam SMS ini tidak ada dinyatakan beliau adalah Ketua Penolong Pengarah Jabatan  Mufti Johor tetapi dalam ceramah beliau pada 15.1.2014 dimana  ramai saksi yang mendengar beliau mendakwa bahawa beliau pernah bertugas di pejabat Mufti Johor sehingga 2010.

 

 

Semasa sesi – Ceramah beliau pada 15.1.2014.  

Note: Ceramah yang beliau sampaikan adalah tentang kesempurnaan Solat, pada saya tidak ada apa yang salah. Beliau memang pandai bercakap dan banyak pitch line yang menyebabkan kami ketawa sehingga crem urat perut.  Macam tengok Maharaja lawak Mega.

 

 

Individu yang mendakwa pernah pernah berkhidmat di Jabatan Mufti Johor

Beberapa hari selepas itu ada seorang jemaah kami memberitahu bahawa kawan beliau yang juga sepupu kepada individu di atas menyatakan bahawa beliau tidak mahu komen siapa individu ini.  Beliau yang berasal dari Kabong, Betong dikatakan telah tidak diterima oleh mereka untuk berceramah di Kabong.  Menurut maklumat tersebut juga mereka juga telah memeriksa di Pejabat Mufti Johor bahawa beliau tidak pernah bertugas di pejabat Mufti Johor atau menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah.  Seorang Jemaah kami Saudara Zaidi Tuah juga secara kebetulan telah ke Kabong dan bertanya kepada imam di Masjid Kabong. Memang sah apa yang dinyatakan di atas bahawa individi ini tidak diterima di Kabong.

Atas rasa ingin tahu tinggi maka saya telah menghantar email ke jabatan Mufti Johor.  Saya juga telah menghantar email kepada Pejabat Mufti Sarawak email kepada mufti sendiri dan beberapa Ustaz yang saya kenali seperti Ustaz Mual, Ustaz Sanani (Majlis Agama Islam Sarawak) untuk semakan status individu ini.  Mungkin mereka sibuk tidak ada masa nak jawap email atau email tidak masuk.

Berdasarkan maklumat tersebut saya telah diminta oleh Pengerusi Surau supaya membuat siasatan.  Saya telah menghantar email kepada Pejabat Mufti Johor.  Saya terkejut bila menerima email ini.   Pihak kami telah membuat semakan di Pejabat Mufti Johor bahawa individu ini tidak pernah berkhidmat di Jabatan Mufti Johor sebagai Ketua Penolong Pengarah. Ini adalah jawapan kepada email yang kami hantar ke Pejabat Mufti Johor.

 

Adakah kami tidak Periksa Status sebelum ceramah?

 

Ini mungkin kelemahan saya.    Kita bersangka baik saja.  Saya merasa tidak adalah orang nak buat-buat cerita untuk berdakwah. Lebih-lebih lagi kalau Ustaz.  Al- Azhar pulak tu. Adoi.

 

Ada beberapa kemuskilan yang saya diberi gambaran oleh Allah sebelum jemputan ini.

  1.  Saya telah membuat semakan Google dan dapati tidak ada pop up nama dia. Mungkin dia guna nama lain. Rasa muskil saya telah ada pada masa itu.  Tidak patut orang yang dikatakan popular di Johor tidak ada dalam search google.  Nah.. post ini adalah post pertama kalau ia akan pop-up di google.
  2.  Dr. Azhar salah seorang warga Desaguru dan penceramah mingguan kami juga menyatakan bahawa beliau tidak pernah dengar nama penceramah ini.  Saya tidak faham hint yang diberi oleh beliau.  Wow pada masa itu saya bersangka baik sahaja.
  3. Pada hari ceramah saya telefon lagi sahabat saya yang bagi nama beliau untuk berceramah dan minta confirm status beliau. Dia kata surau mereka pun panggil beliau  mengajar di surau mereka setiap minggu.

 

Susulan dari itu saya telah menghantar email ke Jabatan Mufti Johor.  Ini adalah email yanga saya terima.  Saya bagi person yang perlu dihubungi dan telefon sekali dibawah.  Sekiranya anda tidak percaya anda boleh telefon sendiri.

 

 

 

 

Ini adalah jawapan kepada pertanyaan kami. Ya Allah ada juga manusia yang sanggup membohongi dalam kerja kerja dakwah macam ni.  Saya bukan nak membuat aib kepada individu ini tetapi untuk kebaikan semua.  Supaya nama itu ada masuk dalam Google.

Ya. Allah Ampunkan kami

Jangan Lupa Klik Sini
Sembahyang adalah tiang agama. Sembahyang mencegah perbuatan keji dan mungkar. Saya pernah ditanya oleh kawan
​Sampaikan salam buat semua Salam terakhir salam teristimewa Kepada kau yang tersayang Pada teman yang
Berapa pemimpin BN dari semenanjung dan Pembangkang yang hadir di masjid negeri.
Saya ingin kongsikan koleksi ucapan Takziah yang diucapkan oleh pemimpin Sarawak dan Malaysia di wall

One Response

  1. Hamba Allah

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: