Bila Covid19 akan berhenti

Soalan hari ini, yang sering kita tertanya-tanya;

Covid 19 akan berhenti sebagaimana ia bermula. Pemisahan mereka yang terkena jangkitan perlu dilakukan. Kuarantin telah di sarankan oleh baginda Rasullurah sejak dari dulu lagi bila berlaku wabak sebegini.

Berikut adalah artikel berkaitan covid19

Sampai bila Covid19 ini akan berterusan?

Jawapan;

  1. Pertamanya, jawapan saya ini bukan untuk menakut-nakutkan. Saya sendiri pun tak dapat kepastian sepenuhnya. Ini daripada pembacaan saya sahaja.
  2. Keduanya, kita sekarang dah masuk ke fasa “mitigation phase”. Mitigate bermaksud make things less severe. Maksudnya, spread Covid19 ni dah terlalu berleluasa dan sukar dikawal, apa yang kita boleh buat sekarang ialah damage control. Sebelum mitigation phase ialah containment phase.
  3. Walaubagaimanapun, saranan untuk social distancing, self isolate, kerja drp rumah dan cuti sekolah semuanya mesti dipatuhi utk kurangkan kadar jangkitan.
  4. Kita takuti jangkitan ini akan sampai kepada orang-orang yang vulnerable seperti warga emas, bayi, pesakit kronik, penyakit peparu, dan pesakit kanser.
  5. Kalau Covid19 ni jangkiti mereka, ditakuti akan serious dan mungkin bawa kematian.
  6. Kes positive Covid19 terkini ialah lebih 218,220 sedunia ketika ini.
  7. Semalam sahaja disahkan 475 kematian di Itali dan 147 kematian di Iran. Di Spain ada 105 kematian, dan di France ada 89 kematian (gambar 8 ). Ini satu jumlah yang sangat banyak dalam satu hari.
  8. Graf jumlah kes dan jumlah kematian juga meningkat secara mendadak. Rujuk rajah 6 & 7. Graf ni yang terkini hari ini.
  9. Ok, sekarang jom tengok graf rajah 1. Ini yang merisaukan. (Saya harap ini tak berlaku)
  10. Kita sekarang baru masuk ke bulan ke-2 pertarungan dengan Covid19 ni.
  11. Kerap juga saya dengar-dengar daripada beberapa rakan, pasal “Covid19 Second Wave”.
  12. Apa maksud Second-Wave ni? Begini, ada satu benda yang kita kena faham tentang “trend/budaya” pandemik ni.
  13. 1918 Spanish Flu yang telah membunuh hampir 50 juta manusia, sebenarnya ada 3 waves (rujuk gambar 3). First wave pada spring 1918 (sekitar March), banyak kematian.
  14. Tetapi, little that they know, pada Fall 1918 (sekitar September), second wave Spanish Flu ni hit harder, dan telah korbankan lebih ramai daripada first wave 6 bulan sebelumnya. Hampir 4 kali ganda jumlah kematian pada second wave ni compare drp first wave. Lihat gambar 4 utk memahami.
  15. Ini yang kita sangat takuti. Kenapa?
  16. Seperti China yang dilaporkan tiada lagi kes baru Covid19, jadi semua orang sekarang dah bebas keluar pergi kemana-mana sahaja tanpa lagi ada social distancing, contact precaution etc, ditakuti sekiranya masih lagi ada Covid19 yang masih tak keluar drp incubation period, akan bawa kes-kes dan jangkitan baru.
  17. Ini yany cuba ditunjukkan dalam graf 1. Bila social distancing, social isolation, contact precautions semua lifted, second wave akan bermula.
  18. Second wave (harapnya tiada) sekiranya ada, akan lebih teruk dan lebih lama. Spanish Flu ada 3 waves dan ambil masa 10-11 bulan utk total eradication.
  19. Jadi, ada menjangkakan pandemik Covid19 ni boleh mencecah 10-12 bulan. Harapnya, ini tidak berlaku. Walaubagaimanapun, kita sama-sama doakan yang terbaik untuk semua. Saya harap kita dapat patuhi setiap arahan dan saranan daripada doktor, kementerian dan pihak bertanggungjawab.
  20. Rujuk gambar-gambar yang saya sertakan ini utk lebih memahami. Kalau ada soalan, boleh tanya.

Sekian.
Dr Shaiful Aizad
19/3/20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge