Buku Terbaru Prof. Muhd Kamil Ibrahim
Buku terbaru Prof. Kamil Ibrahim, bertajuk Anekot Madinah, Benar, DIA Maha Mendengar telah diterbitkan pada tahun 2013. Buku ini mengandungi 346 muka surat. Terdapat 35 bab semuanya. Buku kulit keras ini tebal lebih kurang seinci memang padat dengan ilmu dan motivasi.
Saya baru saja beli buku ini, memang tidak sabar nak baca. Makna Anekot Madinah memang satu tajuk yang meyebabkan kita berfikir apa maksudnya.
Pendapat Pembaca Buku Anekot Madinah
Buku Anekot Madinah Prof Muhd Kamil Ibrahim (Prof MKI) pasti akan menjadi insirasi kepada insan yang berusaha untuk menjadi lebih baik dengan amalan solat berjemaah, puasa sunat, bersedekah, bangun malam, bersangka baik dan segala kebaikan yang diperkukuhkan dengan Al-Quran dan hadis.
Azlina Ibrahim
Pendidik
______________________________
Prof MKI, sudah melabur pada 3 perkara yang dijanjikan iaitu
- Ilmu bermanufaat – melalui kata-kata kepada jemaah Haji dan Umrah.
- Memberi bekalan anak-anak bekalan agar menjadi anak yang soleh dan solehah dan boleh mendoakan kedua-dua ibubapa.
- Sedekah dan amal Jariah
Ia ibarat perniagaan yang tidak pernah rugi. Buku ini akan menambah perasaan cinta kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S. A.W
Noor Azma Mohd Khassim
Universiti Al-Quran Ak- Karim wa Al Ulum
Al- Islamiyyah
Sudan.
__________________________
Satu coretan tentang ziarah mereka di Kota Madinah, yang menjanjikan ketenangan. Perbuatan harian penulis mencerminkan muhasabah buat diri saya. Prof MKI, menhulurkan sebuah manual praktikal kepada pembelajaran teori pendidikan Islam.
Nik Nurfariha Mohamed Zalami
Pelajar Perubatan
Mesir
Assalamulaikum.
Semuga semua kerjabuat tua/puan sekalian di Rahmati & di Berkati Allah