Dato SBY. Serendah..Tazkirah

Cahaya dihari Kiamat

Cahaya dihari kiamat berlainan dengan apa yang kita boleh gambarkan pada fikiran.

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari. 

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
“Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yangketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.”

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. 

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

” Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama “Huraisy” berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : “Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari? “Huraisy pun menjawab, “Aku mahu mencari lima orang.
 Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.

“Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.”

Dato SBY..
Serendah..

Jangan Lupa Klik Sini
Intipati Kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Awang Kushyairi bin Awang Sapri di Surau Darul
Intipati Kuliah Maghrib oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan Mohamad di Surau Darul Muallimin, Desa
* ? *BEDAH KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH : Sekilas Tentang Awal Kematian & Larangan
INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ABDUL HAKIM ABDUL SATAR DI SURAU MULLIMIN DESA

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: