buku

Cerita Cincin Raja “Dan inipun akan berlalu”

Post ini viral di whatapps. Saya ingin kongsikan kerana amat bermakna. Walaupun kita raja atau ketua. Semua itu pasti akan berlalu pergi.

Cerita cincin raja

Cerita Cincin Seorang Raja

Seorang raja meminta tukang emasnya yg sudah tua utk menuliskan sesuatu di cincinnya.
Raja itu berpesan,

“Tuliskanlah sesuatu kepada beta yang dapat kamu simpulkan daripada seluruh pengalaman dan perjalanan hidupmu, supaya beta pun boleh mengambil pengajaran daripadanya”.

Berbulan-bulan si tukang emas yg tua itu membuat cincin yg dikehendaki sang raja, tetapi yg sulitnya adalah apa yg patut ditulis di cincin emas yg kecil itu.

Akhirnya setelah lama berfikir panjang, si tukang emas itu pun menyerahkan cincinnya pada sang raja.
Dengan tersenyum, sang raja membaca tulisan kecil di cincin itu.
Bunyinya,

“THIS TOO, WILL PASS”

(DAN YANG INIPUN AKAN BERLALU).
Awalnya sang raja tidak terlalu mengerti dgn apa yg tertulis di cincin itu.
Suatu hari, tatkala sang raja sedang gundah menghadapi masalah yg berat,

dia membaca tulisan di cincin itu dan dia menjadi kembali tenang,
“Dan inipun akan berlalu.”
Dan tatkala sang raja sedang gembira ber-senang2 dan memperoleh berbagai nikmat, dia secara tak sengaja membaca tulisan di cincin itu, segera dia menjadi rendah hati kembali kerana dia mengerti nikmat yg dikecap itu tidak akan kekal lama.
_____
Benar.
Ketika kita punya masalah besar atau sedang dalam keadaan terlalu gembira, ingatlah kalimat ini,
“Dan ini pun akan berlalu.”
Kalimat ini, kalau direnungkan dgn dalam akan menghantarkan kita pada keseimbangan hidup yg kita kecapi sekarang.
Tiada satupun yg kekal.
Jadi, ketika kita punya masalah, jangan terlalu bersedih.
Dan ketika kita dalam kesenangan, nikmatilah ia dgn sederhana.
Ingatlah….
Apapun yg kita hadapi saat ini, semuanya akan berlalu.
Janganlah menunggu tua baru bertaubat, kerana kematian menjemput tidak mengenal waktu.
Janganlah menunggu kaya baru memberi, tapi memberilah maka kamu akan semakin

kaya…
Janganlah menunggu orang share baru kita baca renungan ini, tapi sharelah renungan ini, jika ia baik dan bermanfaat kepada semua

teman kita supaya boleh menjadi pengajaran bagi mereka yang

menerimanya…

Jangan Lupa Klik Sini
Chao Peng kini adalah seperti selebriti kerana telah muncul dalam pelbagai majalah online di dunia.
Apa yang menarik tentang burger king menyarung castom Mc Donald. Ini berlaku di ketika perayaan Halloween
Kalau di Sarawak amalan suap menyuap suami isteri dimulakan semasa persandingan. Kini barulah saya faham
Kedai gunting lelaki milik orang bumiputra dan Melayu sedikit. Hampir tidak ada.  Itu yang saya

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: