buku

Coretan Kemerdekaan Dalam MH2517

Walaupun usia semakin lanjut. Setiap tahun kita menyambut kemerdekaan. Adakah kita benar faham apa ertinya kemerdekaan.

Kemerdekaan

Subuh pagi tadi mendengar perkongsian sahabat saya En Azahari Omar yang berada dibumi Turki ketika rampasan kuasa pada bulan Julai 2016.

Setelah beliau ceritakan pengalaman menarik dan menakutkan ketika berada dibumi Turki. Tidak dapat menghubungi keluarga di Malaysia selama 4 hari.

Melihat sendiri bagaimana bekas tembakan dicermin hotel tempat persidangan. 

Rakyat Turki keluar dijalan-jalan menyelamatkan negara mereka daripada dikuasai oleh tentera. Ramai imam dan alim ulam turut keluar memberi sokongan kepada kerajaan mereka.

Turki dari pemerintahan tentera dan kuku besi ke pemerintahan demokrasi telah mengajar mereka erti kemerdekaan.

Sanggupkah kita mengadai erti kemerdekaan ini. Generasi muda adakah mereka mengerti erti kemerdekaan.

Sanggupkah kita dijajah dalam bentuk penjajah lalaf baru. Kuasa bukan dalam tangan kita.Orang lain yang menentukan semua perkara. 

Ayuh.Rakyat Malaysia bersatulah. Jangan biarkan negera kita tergugat. Jangan cepat melatah. Jangan cepat percaya tanpa bukti nyata. Apa yang lojik tidak semestinya benar.Apa yang baik tidak semestinya kita puas.Perpaduan kaum adalah tunjang kekuatan Malaysia.

Sebagai anak Sarawak. Kami tidak kata kami bangsa Sarawak. Kami Bangsa Malaysia.

Coretan Merdeka kepada Mantan PM DALAM MH2517 

Kami bangga menjadi bangsa Malaysia. Kami tidak kata kami bangsa Sarawak. Mungkin kami juga layak guna bangsa Sarawak. Sebab kami telah merdeka lama sebelum penubuhan Malaysia. Kami telah diiktiraf sebelum Malaysia.

TANPA MALAYSIA. KEADAAN KAMI MUNGKIN TIDAK SEBAIK  SEKARANG. 

Pemimpin kami seperti TUN ABDUL RAHMAN YAKUB bijak memikirkan percaturan kepentingan negara dengan hanya meminta 5% dari royalti minyak dari pelantar laut milik Sarawak. Kami tahu Malaysia perlukan wang untuk membina negara ini seperti sekarang. Kami sanggup kerana kami tidak ada pilihan. Kami nak Malaysia kuat.

Ada PM yang perihatin kepada kami dan tidak ada PM yang seperihatin sebelum PM yang kamu belasah teruk sekali. Kami sedih kenapa PM yang perihatin ini kamu belasah kiri, kanan dan depan belakang. Fitnah dari luar dan dalam seperti makan roti canai. Kalau tidak sedap kamu tidak makan. Tak makan tak apa.Mungkin ada yang lain kata ia sedap.

Biarlah demokerasi yang menentukannya. Kamu kata sayang Malaysia. Kami juga sayang Malaysia.Jangan kucar kacirkan negara ini. Cukuplah. 

Dulu kamu jadi PM kamu kata kami telah kaya. Tapi kamu tidak lihat ke sendiri keadaan jalan diluar bandar kami. Kamu tidak lihat sendiri kawasan luar bandar kami tidak ada kemudahan letrik dan air. Ini kamu kata kaya.

Kesihan. Kamu bina Putrajaya tapi kamu lupa jalanraya kami. 

Terimakasih. Je…lah kamu negarawanku. Hormat masih ada dihati ini mengenang jasamu.

Selamat Hari Merdeka. Keluhan.

Jangan Lupa Klik Sini
Tips untuk menjadi pelajar yang berjaya 1. Kita mesti percaya bahawa kita pada asalnya berjaya
Intipati Kuliah Subuh Ustaz Halim Nasir al Hafiz di Masjid Husnul Khatimah, Kg Semerah Padi.
Apa yang menarik tentang burger king menyarung castom Mc Donald. Ini berlaku di ketika perayaan Halloween
Kalau di Sarawak amalan suap menyuap suami isteri dimulakan semasa persandingan. Kini barulah saya faham

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: