Doa Bulan Ramadhan [sebelum berbuka]

Ya Allah…YaRahman….Ya Rahim

Dalam dakapan Ramadan yang suci ini, Dengan rasa rendah diri,Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kepada mu ya Allah, Semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya Alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini utk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan tadbirmu.

Ya Allah..,,Tadbirkanlah yang baik2 utk diri kami, janganlah kau menguji kami pada apa tidak mampu kami lalui.. bukakanlah pintu2 rahmatMu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul jalil…

Sejahterakan kami dengan kesihatan yang baik…supaya dengannya kami dapat beribadah kpd Mu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu byk dosa kepada Mu Ya Allah….

Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat kepada Mu bila ditimpa sakit, kami lupa kepada Mu Ketika senang, kami ingat kepadd Mu bila datang kesusahan.

Kami lupa kepadamu disaat kami gembira, kami ingat kepada Mu Ketika sedih dan kecewa. Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu Ketika usia sudah tua.. jesteru ya Allah ampunlah semua dosa kami…

berilah kekuatan kpd kami melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu Ya Allah….

Ya allah… Ya Rahman…Ya Rahim

Ampunlah Dosa kedua-dua ibubapa kami….setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami…

kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu Ya Allah…

Ya Rahman….pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami…

Kau gantikanlan dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu Ya Allah.. sesungguhnay Pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya.

Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan… Jesteru kurniakanlah kepada kedua ibu bapa kami tempat yang istemewa di syurgaMu ya Allah…

Ya Allah…

Kami juga memohon keampunan utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru@ kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami menuju barzakhMu.

maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik2…dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…..

Ya Allah Ya Aziz…

Kurniakan kpd kami jiwa yang tenang dan tenteram… hiasilah hati kami dengan sifat berintegriti, syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah, bertanggungjawab.. kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid Ya Rahman… Ya Rahim..

Jika ada dikalangan kami mereka diuji dengan kesusahan, maka Kau permudahkan urusan mereka, jika ada dikalangan kami yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kpd mereka, jika ada kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikan hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka

Kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami.. Jika dikalangan kami mereka yang derhaka kpd ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau  ampunlah mereka, jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti…sesungguhnya Engkaulah Tuhan yan Maha Mendengar dan Mengasihi.

Ya Allah Ya Malikal Mulk… Ya Razak.. Ya Fattahu ya ‘Alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgn Mu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami drp golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.

Ya allah..

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami,

Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan .. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan Kembali utk selama-lamanya..

jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sbg ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, sesungguhnya kami ingin Kembali kepada Mu dgn jiwa yang tenang…

Ya allah Ya Zal jalali Wal Ikram… 

Ya Allah janganlah kau jadikan Ramadan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadan yang akan datang.

Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sbg puasa yang Kau Rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha dan kasih sayangmu ya Allah… jadikanlah Ramadhan ini sbg penghapus dosa2 kami…

Ya Allah.. temukanlah kami dgn Lailatul qadr… pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam al Qadr… Ya Allah … terimalah amalan kami… teimalah taubat kami…ampunkanlah segala dosa kami…

amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya…

Aamiin..Aamiin …Aamiin Ya Rabbal’ aaalamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge