TazkirahUstaz Zulhaidi

Dunia Ini Hanya Hiasan Mata Yang Bijak Tak Terpedaya

Setengah ulama mengatakan, “Wahai sekalian manusia,berhati-hatilah,takutlah kepada Allah,jangan terpaut oleh angan-angan yg indah-indah sehingga lupa ajal. Jangan kau buru dunia. Ia adalah pengkhianat dan menipu belaka. Dengan bijaknya ia menipu dan memfitnahmu. Ia bermanis-manis kepada pelamarnya bagai pengantin yang dihias. Mata memandanginya,hati jatuh cinta dan jiwa menangung rindu padanya. Betapa banyak yg rindu padanya dibunuhnya,yg menginginkannya dihina. Pandanglah ia dengan mata hakikat. Bangunlah dari tidur mu!! Sedarlah dari kelalaianmu!! Sebelum dikatakan, “si fulan sangat menderita.”

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Dan “Kitab-kitab Amal” juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:” Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

“TANPA ILMU PASTI LAYU,TANPA TARBIYAH PASTI REBAH”.

Ustaz Zulhaidi
28 Oktober 2015 Rabu
15 Muharram 1437Hُ

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ustaz Zulhadi
15 Muharram 1437H
Renungan Sejenak

Wajib orang mukmin menyintai ulama dan orang-orang soleh. Mengikuti nasihat mereka,menjauhi amal buruk dan menjadikan syaitan sebagai musuh. Allah Swt berfirman :

إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُوا۟ حِزْبَهُۥ لِيَكُونُوا۟ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ

Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

Musuhilah dia dengan taat kepada Allah. Jangan mentaati dengan berbuat maksiat. Takutlah darinya dalam segala keadaan,perilaku dan aqidahmu. Apabila berbuat sesuatu telitilah barangkali riak. Mohonlah perlindungan kepada tuhanmu. Rasulullah SAW membaca ayat ini :

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِى مُسْتَقِيمًا فَٱتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِۦ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Semoga tazkirah kali ini dapat membuat kita terus istiqamah hingga kemenangan. Dan ingatlah syaitan adalah musuh yg amat licik, waspada lah…..

“TANPA ILMU PASTI LAYU,TANPA TARBIYAH PASTI REBAH”.

Ustaz Zulhaidi
29 Oktober 2015 Khamis
16 Muharram 1437H
Lajnah Tarbiyah

Kasut yang pertama memijak bumi bila kita berjalan di atasnya. Kasut umpama diri kita. Kalau kita tidur kita buka. Kalau kita mandi kita tidak pakai. Diri kita nanya hidup sementara di dunia ini. Semua kemanisan dunia akan kita tinggalkan. Semua yang kita sayang akan kita tinggalkan.

Fahamilah kawan-kawan dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Berbakti dan beramal di kehidupan dunia. Bekalan amal di dunia dan rahmat Allah akan membawa kita ke.syurganya. Itu maktlamat sebenar kehidupan ini.

Jangan Lupa Klik Sini
Hanya kepada Allah sahaja kita mohon pertolongan dan menjauhi dari kekafiran dan kefakiran. Harta yang
Akhir zaman kini, ramai manusia yang selesa dengan pelukan dunia. Mereka seakan terpesona dan jatuh
ُKemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW  bersabda : " Suatu hari Isa bin maryam melihat

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: