Dato SBY. Serendah..Tazkirah

Enam Golongan Termasuk Di Dalam Golongan Memutuskan Silaturahim.

Terdapat 6 jenis golongan yang termasuk dikalangan penghasut dan memutuskan silatuirahim :

1. Ibu bapa yang mencampuri urusan perkahwinan anak-anaknya. Ibu bapa yang membenci menatu dan menyuruh anaknya memutuskan ikatan perkahwinan (bercerai). Sanggup menghasut dan memfitnah menantunya . Jika menantunya melakukan sesuatu perkara yang tidak syarak sepatutnya sebagai orang tua memberi nasihat dahulu sekiranya perkara tersebut tidak berhasil barulah jalan terakhir mengusulkan perceraian.

2. Rakan sepejabat yang menghasut pegawai atasan untuk memfitnah dan menimbulkan kebencian supaya rakannya tidak mendapat kenaikan pangkat atau gaji. Golongan ini sentiasa memiliki perasaan hasad dengki ini tidak merasai takut dengan azab Allah.

3. Dalam hidup berpoligami sering kita dengan isteri pertama membenci isteri kedua dan membuka rahsia suaminya dan membuat tuduhan kepada madunya dengan harapan untuk mendapat simpati daripada orang lain.

4. Pemimpin politik sering menyerang peribadi pemimpin lain (berbeza fahaman politik) dan menghasut rakyat supaya membenci musuh politiknya dengan tujuan untuk mendapat pengaruh dan sokongan murahan.

5. Permusuhan dan pulau memulau sesama jiran tetangga atau sekampung kerana berbeza pendapat.Perbezaan ini perlu di atasi supaya dapat mengujudkan ikatan persaudaraan Islam .

6. Perselisihan sesama adik- beradik kerana pembahagiaan harta pusaka peninggalan orang tua. Tidak mahu bertolak ansur hingga mengakibatkan terputus dan terungkai ikatan silaturahim dan kasih sayang di antara ahli keluarga.

Semoga ada manfaatnya…

Dato SBY..
Serendah..

Jangan Lupa Klik Sini
Intipati Kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Awang Kushyairi bin Awang Sapri di Surau Darul
Intipati Kuliah Maghrib oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan Mohamad di Surau Darul Muallimin, Desa
* ? *BEDAH KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH : Sekilas Tentang Awal Kematian & Larangan
INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ABDUL HAKIM ABDUL SATAR DI SURAU MULLIMIN DESA

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: