Hotel Berdekatan Masjid Di Sibu

Nak cari hotel untuk solat di Sibu. Kalau ada tinggal di Hotel sebaiknya anda tinggal di RH Hotel atau Zuhra Hotel (Budget hotel).

Masjid lama Sibu terletak betul-betul dalam 30 meter dari RH Hotel. RH hotel ini nampak baru. Cuma TV dalam bilik masih TV lama. Channel TV di Sibu ini banyak bahasa manderin. Maklumlah Cina town Sarawak.  Karpet pun tidak selesa tapi bersih. Sukar nak gambarkan. Bersih memang bersih. 

Zurha Hotel memang hotel lama. Lama dah tidak tinggal di sini. Satu2 hotel milik usahawan Melayu. Datuk Wan Abdul Hamid. Kesihan tengok keadaan dalam hotel. Kalaulah boleh dia baiki bilik era 80 an ke era baru ni. Alangkah baik.

Saya telah buat post tentang

  1. Hotel Berdekatan masjid di Kuching
  2. Hotel Berdekatan masjid di Miri 

 

MASJID LAMA SIBU SEJARAH HITAM SIBU

Masjid ini adalah masjid yang meninggalkan kesan sejarah yang sukar dilupakan oleh warga sibu. Mereka sayangkan masjid lama ini.

 

Banyak kisah yang berlaku berkaitan dengan sejarah tentang Masjid ini. Antaranya apa yang dipaparkan dalam buku Mat Rimau tulisan Rudi Affendi.

MatRimau rakan rosli dobhi

Buku ini ditulis oleh sahabat saya Rudi Affendi. Beliau juga menulis buku tentang Rosli Dhobi. Buku ini berkisar tentang sejarah Mat Rimau atau nama sebenarnya Abang Ahmad Abang Hj Abu bakar yang di lahirkan pada 22 Februari 1925 di Sibu , Sarawak. Beliau adalah perjuang yang sama berjuang dengan Rosli Dhobi. Beliau pernah dipenjara oleh Inggeris di Singapura. Apa yang menarik dalam buku ini adalah tentang perjuangan beliau bersama Rukun 13. Saya ingin memetik satu cerita dalam buku ini yang mungkin tidak diketahui oleh orang Melayu Sarawak. Ia berkisar tentang gelagat orang Cina setelah pihak British mengambil alih sarawak dari Jepun.

Nak baca lanjut di sini. Buku Mat Rimau Sibu

 

Masjid Lama Sibu Solat Trawikh di Sibu 2016

Masjid ini kini dipenuhi oleh jemaah Tabliq  yang beribadah di sini. Masjid ini meninggalkan kesan sejarah seperti peristiwa pada tahun 1940an dimana orang Melayu berkumpul untuk menyerang bandar. Kisah diceritakan dalam buku mat Rimau yang saya pernah ceritakan dalam blog saya. Klik sini.

Nak baca lanjut di sini. Buku Mat Rimau Sibu

Rosli Dobhi semestinya pernah solat di Masjid ini.  Beberapa catatan saya tentang Rosli Dhoby di nukilkan dalam post lama saya.  Baca tentang Rosli Dhoby sibu.

 

MASJID JAMEK SIBU Atau MASJID AN- NUR SIBU

 

Masjid Jamek Sibu ini adalah masjid terbesar di Sibu.Kalau ada tinggal di hotel RH jarak adalah dalam lingkungan 1km dari hotel. Option jalan kaki atau naik teksi. Jalan kaki waktu subuh kalau ada teman okey juga. Ingat subuh di sini setengah jam awal dari waktu KL. Option yang ada adalah naik teksi. Ini bukan KL. Teksi sini mula dari Rm9. Dekat pun sama. Biasa kena dalam Rm 13 dari Tanah Mas Hotel. Tanah Mas Hotel adalah satu satu hotel di sibu yang ada VCD dalam bilik  dan kupon minum pagi boleh bawa malam. Tambah sikit Rm.

Bulan ramadhan ini anda akan mendengar bacaan ayat Quran dari Imam 2 Imran dari kemboja. Imam yang pernah mengimami solat Tawarikh Surau Desaguru 2015.  Kami merindui kemerduan suara Ustaz Imran.

Rugi orang sibu kalau tidak solat di sini.

 

Bulan puasa bukanlah bulan untuk bersuka ria tapi adalah bulan untuk beribadah kepada Allah. Walaupun jauh anda duduk di Hotel mana pun perkhidmatan Texi ada. Sibu walaupun bandar yang kecil tapi texinya cukup. Penting anda kena telefon texi.

 

Masjid ini dari RH hotel adalah dalam jarak 1 kilometer. Kalau dari Pramount Hotel perjalanan berjalan kaki adalah dalam 800 meter.

Masjid An Nur yang cantik di Sibu

 

BOLEH TINGGAL DIMANA-MANA HOTEL

Bisa saja.

Bagaimana cara mudah ke masjid di atas.

Jawapannya adalah dengan Teksi.

Perkhidmatan teksi di Sibu agak mudah. Anda boleh telefon  nomber dibawah ini

Perkhidmatan Teksi Di Sibu

no telefon texi sibu

1. Sibu Taxi Owners Association

Tel: 084-32 0773
2. Persatuan Pemilik Teksi Bumiputera Sibu

Tel : 084-311286

3. Stesen Teksi Bahagian Sibu,

Tel : 084-313384

 

Texi Melayu – 013-8950883 (Bapa Ali)-

Uber dapat untung tidak ada di sibu

 

 

Kisah dikongsi oleh saudara Aziz B Wahab  apabila beliau tertinggal beg dalam texi di Sibu.

July 18, 2015 ·

 pemandu texi sibu pemandu texi sibus

Uniknya Sarawak. Bersama Saudara Ting, anak kepada pemandu teksi di Bandar Sibu yang telah menjumpai, menyimpan dan mengembalikan bag saya yang tertinggal di Perhentian Bas / Teksi Sibu pada 27 / 6 / 15. Anak beliau telah berusaha untuk mencari saya dan akhirnya mendapat maklumat saya di dalam komputer riba saya yg tertinggal dan akhirnya menghubungi saya di sekolah. Saudara Ting telah menyerah bag tersebut kpd saya pada 15/7/15 semasa saya singgah di bandar Sibu ketika dlm perjalanan utk balik beraya di Matu. Terima kasih Saudara Ting, khususnya bapa beliau. Tahniah kerana telah membuktikan bahawa pemandu teksi di Sarawak khususnya bandar Sibu sentiasa mengamalkan sikap profesional & tanggungjawab yg tinggi. Semoga keluarga anda sentiasa bahagia dan murah rezeki.

 

Jangan Lupa Klik Sini
Anda sedang mencari hotel mana berdekatan dengan Masjid  di Kuching. Anda berada di website yang
S E K A D A R    R E N U N G A N
Bulan puasa telah tiba. Ramai yang mencari-cari dimana nak mengeluarkan sumbangan. Saya tertarik nak buat
Hari ini hari yang bertuah sebab Hj Salleh sendiri yang masak. Saya nak update tentang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: