Husnul Khatimah: Tanda – tanda dan Cara Mendapatkannya

Intipati Kuliah Subuh
Ustaz Halim Nasir al Hafiz

di Masjid Husnul Khatimah,

Kg Semerah Padi.

17 Disember 2017 {Ahad)
✏ Tajuk : 

Husnul Khatimah: Tanda – tanda dan Cara Mendapatkannya.
Muqaddimah : 

4 Ayat akhir daripada Surah Al Fajr. Empat ayat tersebut memfokus kepada tanda – tanda tentang kematian yg husnul khatimah.
Al-Fajr 89:27
يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ
_(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!”_
Al-Fajr 89:28
ٱرْجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
_”Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !”_
Al-Fajr 89:29
فَٱدْخُلِى فِى عِبَٰدِى
_”Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia”._
Al-Fajr 89:30
وَٱدْخُلِى جَنَّتِى
_”Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! “_
Tingkat nafsu* : Mutmainnah. Dalam ayat ini Allah sebut dgn “jiwa yg tenang” dan marilah kembali menghadap Allah dalam keadaan Allah redha dgn individu tersebut dan hamba itu juga redha terhadap Allah.
Khatimah bermaksud sudah habis. 
Husnul Khatimah bermaksud penghabisan hidup yg baik.
Allah telah beri peluang sama rata sepanjang hidup kita utk buat yg terbaik dalam hidup seseorang.

 Kasihnya Allah ialah Allah ampun dosa besar dan hapuskan dosa yg kecil juga. 

Tanda Husnul Khatimah pada diri seseorang ialah: 
 1.  Dia benci dosa besar dan akan sulam kehidupannya dengan amalan yg baik.* Begitu juga individu tersebut akan buat amal soleh yg berterusan hingga mati / akhir hayat.
2.Tanda husnul khatimah ialah org di sekeliling yg tidak sedar akan kematiannya. Kemudian diikuti dengan bau yg amat harum mengiringi jenazahnya.
Akhir kalam bagi golongan husnul khatimah ialah melafazkan La’ illa ha hi Allah. Ribuan malaikat mendampingi di hujung kakinya.  Begitu juga malaikat membawa kain kafan dari syurga khas untuk golongan husnul khatimah.⭐
a.  Untuk itu kita perlu rajin berzikir La’ illa ha’ hi Allah (100kali sehari) sebagai cara mendapatkan kematian husnul khatimah dan pasti akan peroleh syurga sebagai ganjaran.

Pesan Nabi, jangan tinggal zikir; mesti juga faham makna zikir.
Kita juga perlu pesan anak – anak utk sentiasa mendampingi kita pada saat kita hampir kepada kematian.

Anak – anak perlu talqinkan kita, iaitu mengajar syahadah ketika kita hampir mati. Jangan jauh dari orang yg sedang nazak.

b.  Berpeluh dahinya. Kenapa ? Dahi berpeluh kerana dia malu dengan Allah waktu individu itu mati. Dia mengira amalnya yg terlalu sikit berbanding nikmat hidup; yg Allah beri. Itu sebab jenazah berpeluh.
c.  Orang yg mati di jalan dakwah Mati ketika menyampaikan ceramah agama. Kategori ini termasuk juga org yg mati ketika menuntut ilmu.
Sahabat bertanya kpd Nabi, mati syahid jika hanya merujuk dlm peperangan maka berapa sahajakah yg mati syahid. Maka Nabi bersabda, syahid itu termasuk mereka yg mati ketika menyampaikan ilmu dan mati ketika menuntut ilmu.
d. Mati bersalin juga mati husnul khatimah.
e. Mati dijangkiti penyakit taun.
f.  Mati jatuh bangunan tinggi.
g. Mati mlm Jumaat atau hari Jumaat.
? Kesimpulan

Yang pasti kita akan berhadapan dengan kematian. Maka kita mesti usaha  utk dapatkan husnul khatimah iaitu kematian yang menjanjikan syurga dan kekal selamanya.
Yang susah ialah jiwa yg sempit iaitu tiada kesedaran yg mana kematian suul khatimah.
Moga bermanfaat.

Wassalam
A@A

Jangan Lupa Klik Sini
Intipati Kuliah Subuh Ustaz Halim Nasir al Hafiz di Masjid Husnul Khatimah, Kg Semerah Padi.
Intipati Kuliah Subuh Ustaz Halim Nasir al Hafiz di Masjid Husnul Khatimah, Kg Semerah Padi.
Intipati Kuliah Subuh Ustaz Halim Nasir al Hafiz di Masjid Husnul Khatimah, Kg Semerah Padi.
Apa yang menarik tentang burger king menyarung castom Mc Donald. Ini berlaku di ketika perayaan Halloween

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: