Dato SBY. Serendah..Tazkirah

JALAN KE SYURGA BERMULA DI RUMAH

Rumah adalah antara nikmat Allah terbesar.Allah sendiri mengingatkan:”Allah menjadikan rumah-rumah sebagai tempat bertenang untuk kamu.”( al-Nahl 16:80)
Namun tidak semua merasakan begitu.Sebaliknya ramai yang mengeluh.Walhal orang yang tidak bersyukur jiwanya sempit.Maka dia akan merasakan sempitnya kehidupan. Duit yang banyak dirasakan tidak cukup-cukup.Dikelilingi kemudahan pun masih dirasakan payah.Apa lagi rumahnya yang luas pun pasti dirasakan sempit.Luas-sempit atau selesa-rimasnya sesebuah rumah bukan hanya berkaitan keadaan fizikalnya.Sering kali hal ini berkaitan selesa atau rimasnya si penghuni rumah dengan Allah.Orang yang bersyukur pasti merasakan rumahnya luas walaupun rumahnya tidaklah sebesar mana.
Jiwanya luas.Maka luaslah dirasakan kehidupannya.” Alhamdulillah, saya ada rumah.”

Rumah yang hakiki bukanlah dibina dengan kuantiti harta tetapi dengan kualiti jiwa.Itulah tempat yang terbaik yang kita rindu untuk berada di dalamnya.

Rumah kita di dunia hanya tempat persinggahan untuk sementara. Namun bagi orang beriman,ada”syurga yang disegerakan” yang mesti dinikmatinya sebelum menikmati syurga yang kekal abadi di akhirat nanti.Ertinya,jalan menuju syurga disana bermula dari sini.Rumah kita di dunia inilah seharusnya menjadi tempat kita menjana semangat,membina ibadat dan membangunkan ketakwaan bagi mendapat syurga hakiki.

Orang yang bersyukur pasti merasakan rumahnya luas walaupun rumahnya tidaklah sebesar mana.Jiwanya luas.Maka luaslah dirasakan kehidupannya.
“Alhamdulillah, saya ada rumah.”

Wallahu A’lam
Semoga bermanfaat 𣀮..

Dato SBY..
Serendah..

Jangan Lupa Klik Sini
Intipati Kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Awang Kushyairi bin Awang Sapri di Surau Darul
Intipati Kuliah Maghrib oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan Mohamad di Surau Darul Muallimin, Desa
* ? *BEDAH KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH : Sekilas Tentang Awal Kematian & Larangan
INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ABDUL HAKIM ABDUL SATAR DI SURAU MULLIMIN DESA

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: