Jangan malas dan suka memberi alasan

Sifat malas memang adalah virus kepada pelajar. Sifat malas boleh membawa bencana kepada kehidupan masa kini dan akan datang.

Gambar di atas menunjukan pelajar yang malas. Malas mungkin penat atau tidak tahu nak buat kerja rumah.

KUCHING: Mahasiswa dan mahasiswi institusi pengajian tinggi (IPT) hendaklah jangan bersikap malas dan jangan suka memberi alasan. Golongan pelajar ini adalah golongan yang berpotensi besar menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim ketika merasmikan Majlis Penutupan Seminar Hari Malaysia di Politeknik Kuching baru-baru ini.

“Pelbagai sektor dalam kerajaan akan diterajui oleh pucuk kepimpinan yang baharu daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi pada masa sekarang.

“Justeru, mereka (mahasiswa) harus memupuk perasaan sentiasa bersedia dalam menghadapi apa juga kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan serta tidak mengamalkan sikap malas dan suka memberi alasan,” katanya.

Razali berkata, aktiviti serta program berunsur pendidikan dan ilmu harus dijadikan amalan yang berterusan dan tidak hanya dianjurkan pada waktu tertentu sahaja dalam usaha menarik penglibatan mahasiswa untuk menyertainya.

“Program sebegini hendaklah diadakan secara berterusan dalam usaha kita membantu golongan mahasiswa untuk menjadi seorang yang lebih berkeyakinan serta rajin memajukan diri dalam aspek pendidikan.

“Selain itu, program ini juga bertujuan mengekalkan nilai budaya masyarakat Malaysia agar tidak terhakis serta memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara serta nilai-nilai murni dalam mempersiapkan diri mencapai hasrat Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan peserta seminar sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang berlaku di negara kita di samping membantu mengekalkan kemakmuran dan keamanan sejagat.

“Kita harus jadikan peristiwa 13 Mei dan pergolakan yang berlaku di Lahad Datu yang lalu sebagai teladan dan iktibar agar ia tidak akan berulang pada masa akan datang.

“Sebagai masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, elakkan sifat perkauman yang hanya akan mendatangkan perbalahan sesama kita,” katanya.

Seminar anjuran bersama Biro Tatanegara dan Politeknik Kuching tersebut dihadiri hampir 100 mahasiswa dari Politeknik Kuching, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan

Petikan: Utusan Borneo

Jangan Lupa Klik Sini
​Maaf kalau post minggu ini adalah berkaitan politik dan penulisan ini dalam bahasa Sarawak. Saya
​Sampaikan salam buat semua Salam terakhir salam teristimewa Kepada kau yang tersayang Pada teman yang
Berapa pemimpin BN dari semenanjung dan Pembangkang yang hadir di masjid negeri.
Saya ingin kongsikan koleksi ucapan Takziah yang diucapkan oleh pemimpin Sarawak dan Malaysia di wall

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: