Kebakaran Hotel Tabung Haji Di Mekah

Saya teringat pada tahun 2012 hotel penginapan kami di Mekah mengalami kebakaran kecil.  Saya sempat ambil sedikit video. Saya baru sempat proses video tersebut dan nak kongsikan di sini.

Kejadian berlaku memang tidak dirancang, berdasarkan maklumat pihak berkenaan ia adalah berpunca dari puntung rokok terbakar di dalam tong sampah.

Kebakaran kecil ini telah memberi satu kenangan bagi saya, pada masa itu saya dan isteri baru balik dari solat subuh di Masjidil haram.  Kami tidak dibenarkan masuk ke dalam hotel.  Petugas tabung haji telah bertindak dengan baik membawa kami ke hotel bersebelahan untuk menunggu keadaan pulih.  Memang di sini nampak mereka memang tenang dalam menghadapi saat getir macam ini.

Peristiwa ini berlaku dalam masa kami akan berangkat ke arafah dalam beberapa hari.  Pada saya ini telah memberi latihan kepada kami jemaah haji untuk beratur dan bersabar.  Saya berpendapat ini adalah latihan yang Allah berikan kepada kami jemaah Malaysia untuk kami bersedia sebelum ke Arafah.

 

Jangan Lupa Klik Sini
Perkongsian saya hari ini adalah benda simple yang mungkin tidak di share oleh orang lain
Soalan; adakah harus kita melakukan korban untuk orang lain khususnya yang telah mati? Adakah sampai
​IRSYAD AL-FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI 12: ANJURAN UNTUK TIDAK MEMOTONG KUKU DAN RAMBUT BAGI

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: