Dato SBY. Serendah..

Kelebihan para penghafal Al-Quran

Al Quran merupakan Kalamullah yang di turun kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk membawa kesejahteraan kepada umatnya di dunia dan juga di akhirat. Banyak  kelebihan  bagi orang yang membaca Al Quran. Begitu juga bagi orang yang menghafaz Al Quran, Allah akan memberi 2 ganjaran iaitu ganjaran di dunia dan di akhirat.

Ganjaran di dunia

Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)

Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

A’lam
Semoga bermanfaat ..

Dato SBY..
Serendah..

Jangan Lupa Klik Sini
Dunia dan seisinya sering kali kita dengar bila ceramah dimasjid dan surau. Hidup di dunia
JADILAH HAMBA ALLAH YG BERTAQWA Istiqomah amat terkait dengan MUJAHADAH. Apa itu mujahadah? Menahan diri
Kewajiban Solat dan kehidupan dunia memang suatu yang seiring. Tidak dapat dipisahkan. Sahabat saya kongsi
1# TAQWA Sahabat sekalian, sebagai muslim kita perlu bijak meletakkan diri kita di dalam mencari

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: