Teknologi

Kereta Google Bergerak Sendiri

Kereta Google bergerak sendiri. Larry page Bos Google telah lama mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mencipta kereta yang boleh berfikir dan bergerak sendiri.  Apakah mereka menggunakan teknologi dari Hummingbird yang boleh belajar dari pengguna yang menggunakan kereta. Dalam beberapa ujian di lakukan oleh Google telah mengumpul maklumat tentang keadaan kawasan dan arah perjalanan yang dilalui oleh kereta tersebut. kalau kita saksikan video di bawah kita kan tahu apa yang saya maksudkan.

Matlamat Google adalah untuk membuat kereta yang mampu dipandu dengan cara dikawal oleh automasi  sepenuhnya.   Projek Google ini dikatakan mampu untuk  meningkatkan keselamatan jalan raya.  Adalah dianggarkan seramai  setiap tahun 1.2 juta orang mati di seluruh dunia dalam kemalanganyang berkaitan dengan trafik.   Lebih 90% daripada mereka yang kemalangan adalah disebabkan oleh kesilapan manusia.   Kalau ada yang tidak tahu memandu maka ini adalah jawapan kepada masalah anda kerana ia akan membantu ramai orang yang tidak boleh memandu.  

KERETA GOOGLE KERETA MASA DEPAN

Kereta canggih zaman moden ini telah di ilamkan oleh Larry Page.  Dia adalah Pengasas Google.com. Google kini  sedang membangunkan prototaip kenderaan yang telah direka dari peringkat mula hingga sepenuhnya untuk memandu sendiri dengan hanya menolak butang.  Kereta ini  akan membawa anda di mana anda mahu pergi.    Google sebenarnya akan menggunakan Kereta Google untuk menguji perisian mereka.  Ia mampu belajar untuk merealisasikan teknologi ini kepada umum.

Google melahirkan kereta Masa depan yang boleh berhenti apabila ada halangan.  Cuba bayangkan pemandu dan penumpang boleh buat kerja lain apabila kereta bergerak.  Seorang ibu dalam video di bawah menyatakan bahawa beliau kini boleh membantu anak buat kerjarumah ketika dalam kereta.

 

Jangan Lupa Klik Sini
Kita sering dengan keluhan ibubapa tidak dapat kawal anak berkaitan dengan penggunaan telefon bimbit. Artikel
Apa juga bisnes anda kalau tidak dapat dicari di Google anda telah hilang sumber pendapatan
Sebuah company dari  California yang dipanggil Zipline mempunyai rancangan praktikal untuk menggunakan drone untuk tujuan kebaikan.
Instagram adalah aplikasi yang berkesan untuk memasarkan produk anda. Instagram antara tempat yang terkenal kepada

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: