Kisah dan Tauladan – Sahabat yang Soleh (Catatan Cikgu Zul)

Saya ingin petih kisah dikongsikan oleh Cikgu Zul dalam catatannya di Facebook miliknya. Kisah dan tauladan ini perlu dikongsikan dengan semua.

Kita biasanya mula berkenalan dan berkawan dengan seseorang bermula dengan pelbagai keadaan dan cara.

Ada bermula di sekolah, tempat kerja, rumah kenduri, food court, padang bola, gym muaythai, aktiviti memancing, pusat2 rekreasi dll.

Kadang2 berkenalan di pusat2 hiburan, pusat karaoke, panggung wayang/ciniplex dsb.

Mula berkenalan:

Saya berkenalan dengan sahabat ini bermula di Surau Telekom, Jln Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching sejak awal abad ke-21 millinium ke-3.

Beliau seorang kakitangan keselamatan Malaysia Airport Berhad dan selalu singgah bersolat jemaah maghrib dalam perjalanan ke tempat kerjanya jika beliau bertugas shif malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Waktu itu jemaah hanya dalam 7/8 orang sahaja, sekarang tak tahulah sbb lama tak bersolat di sana.

Selepas itu saya beralih solat berjemaah di Surau Desa Guru yang lama hingga sekarang yang dah dibina baru, Surau Darul Mu’allimin.

Seingat saya mungkin 95% saya berjumpa dengan beliau adalah di surau.

Selebihnya mungkin di majlis2 kenduri kendara, majlis2 tahlil dan majlis2 zikir marhaban.

Beliau juga berjaya mendidik kedua2 anak lelakinya supaya istiqomah bersolat jemaah di surau.

Waktu subuh hari2 biasa anaknya sudah sedia memakai uniform sekolah dtg berjemaah!

Beliau seorang yang sangat mudah mesra, sentiasa senyum dan lemah lembut tutur katanya.

Tidak pernah bergosip2an, bercerita yang tak baik dsb. Ketika bersalam selepas solat beliau akan menggenggam erat tangan saya serta memaut ibu jari saya.

Kadang2 ditegur oleh jemaah lain

“……lain nar juak salam ktak duak tuk!…”.

Tidak obsess dengan YNWA atau GGMU atau GUNNERS atau BLUES.

Jika tidak bertugas beliau selalu datang awal ke surau dengan tongkat kayu berkepala bulatnya, berjubah dan berkopiah ala Oman.

Oleh kerana surau itu tidak mempunyai muazzin tetap maka beliaulah yang selalunya mengkumandangkan azan.

Sejak PKP bermula hampir setiap waktu dapat didengar alunan azannya.

Alhamdulillah…… sejak Imam Nabil Mohd Nabil Mohammad lantikan jkuasa surau mendapat surat izin polis utk pulang ke kampungnya di Sarikei, saya berpeluang mengisi kuota jemaah ke-4 utk solat berjemaah dan solat terawih di surau.

Maka berjumpalah kembali saya dengan sahabat ini yang dah 2 bulan bulan hanya mendengar alunan azannya shj.

Beliau selalu datang awal dan membaca al-Quran sementara menunggu masuk waktu. Tiga empat hari lepas beliau selalu ke tandas surau.

Kadang2 sebelum azan dan ada ketikanya selepas beliau azan.

Subuh semalam masa saya sampai saya dengar org lain yang azan.

Bila masuk ke surau saya lihat hanya ada 2 org jemaah. Dalamlm hati saya fikir mungkin sahabat ini tak datang sbb perut meragam.

Selesai solat sunat qabliyyah saya nampak sahabat ini masuk dari pintu kiri surau, dari tandas sambil menepuk2 perutnya dan terus iqamah.

Selesai solat ketika kami masih berwirid beliau terus berdoa dan keluar.

Biasanya beliaulah yang akhir keluar kerana memastikan semua suis kipas, ekon dan lampu dah ditutup.

Waktu zohor juga org lain yang azan dan berjemaahlah kami berdua shj.

Dalam hati saya fikir mungkin sahabat saya bertugas.

Sampai di rumah saya dengar handpone saya berbunyi beberapa kali tapi saya tak menjawab sbb selepas solat saya biasa membaca tiga empat helai al-Quran.

Jika mula pegang handpone maka tak baca Quran lah saya!

Selepas itu barulah saya mengambil hp. Saya lihat ada banyak missed call dan mesej wsapp.

Bila saya baca mesej ada yang bertanya, ada yang minta pencerahan dan ada yang memaklumkan.

Allahuakbar….. rupa2nya sahabat saya baru saja pergi buat selama2nya menghadap Allah Maha Pencipta.

Aku terkedu kehilangan kata!!!

Catatan Cikgu Zul.

https://www.facebook.com/mohdzulkurnainhasan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge