Kisah Pemandu Bujang Salahkan Bapa

Perjalananku ke KL Sentral rasa macam lama kerana jalan jem di kota raya ini. Penerbangan balik ke Kuching ada dalam 3 jam lagi.

Aku mengambil keputusan guna khidmat texi Excab. Tunggu dalam 15 minit di lobi Hotel Royal. First time tinggal sini. Monorail dekat je. Tapi hujan jadi mudah ambil texi. Keadaan hotel penuh dengan orang dari timur tengah.

Pemandu Texi buka cerita

Memang aku suka layan pemandu texi kat KL ni. Aku mula dengan cerita politik. Memang best cerita brother pemandu ni. Seleng bahasa cina dia memang pekat juga. Tapi bahasa Melayunya fasih.

Habis Che Deet di sebut. Cerita kegagalan proton. Cerita kejayaan produa. Cerita 13′ Mei katanya usaha menjatuhkan Tuanku Abdul Rahman. Cerita era Mahathir ramai pemimpin yang beliau tidak sebulu. Semua orang tidak betul katanya. Dengar macam apa yang kita boleh baca dalam majalah dan akhbar aliran bukan pro kerajaaan.

Layan je. Lepastu  PM sekarang pun dia balun sama saja. Aku senyum sahaja.

Jawapanku mudah.

Selagi negara masih aman. Boleh beli susu anak. Okeylah.

Cerita makanan di KL ni mahal.

Dia buka cerita makan di KL mahal. Ikan mahal. Ayam mahal. Nasi campur biasa-biasadah Rm9.

Terkeluar cerita bapanya. Macam cerita Hj Bahil je. Aku layan dia cerita dia marah bapanya kerana layan dia macam budak,walaupun sudah mencecah 50an.

Cerita tentang bapanya kedekut nak beli makanan. Sembunyi ayam dalam nasi.Letak sayur nak cover nasi. Lawak juga lah cerita dia.

Cis kasi malu saja

Katanya.

Bapa dia ada bisnus pakaian. Dia kata dia tidak mahu teruskan kerana bapanya banyak bisang, telinga tidak tahan. Apa yang boleh disimpulkan bapa dia tidak percayakan dia.

Dia masih bujang dan tidak ada bini dan anak pun dia nak salahkan bapanya. Ini yang aku rasa ada yang tidak betul dengan driver ni.

Layan. Kesihan aku dengar cerita dia. Macamlah teruk sangatlah bapa dia.

Rasa tidak puas hati menebal dalam diri pemandu ini. Aku dapat rasakan tidak ada ketenangan dalam jiwa dia.

Sakit dalaman yang hampir parah kalau dia tidak boleh tenangkan diri.

Aku tanya lu sayang sama lu punya bapa. Sayang memang sayang tapi ini telinga tidak tahan. Lu dengar saja.

Jangan ambil hati. Orang tu memang macam tu lah. Aku cuba menenangkan dia.

Rasionalkan perbuatan bapa dia tu penting supaya dia boleh sedikit berfikir secara positif.

Tangan sentiasa menunjuk kepada orang lain saja salah. Sendiri tidak kah dia tahu. Satu jari tunjuk empat jari tunjuk balik kepada diri sendiri.

Kalaulah dapatku ceritakan apa yang berlaku adalah qada dan qadar dari Allah. Manalah dia faham.

Aku juga tidak tahu bagaimana nak bantu brother ni.

Cuma mampu berdoa agar Allah memberi hidayah kepada beliau supaya di boleh tenang jiwa.

Kalau lah dia tahu ini cuma ujian dunia saja. Konsep ni kalau diterangkan pun manalah dia faham.

Manalah dia faham berserah kepada Allah. Berdoa kepada Allah. Tanpa perantaraan. Doa sendiri dalam solat.

Berdoa sambil merintih bercakap dengan yang maha kuasa untuk membantu.

Pemandu texi bermasalah

Jiwa pandu texi tadi nampak kosong dan kesunyian. Hatinya sakit. Bukan bapa saja disalahnya. Habis saudaranya pun dia salahkan. Kegagalan dia dalam hidup diletakkan kesalah kepada orang lain.

Adakah anda ada cerita begini. Ini lumrah kehidupan.

Jangan Lupa Klik Sini
Limbang adalah bandar dikelilingi oleh Brunei Darulsalam. Bandar Limbang berkembang maju. Perubahan ketara kepada orang
S E K A D A R    R E N U N G A N
Bulan puasa telah tiba. Ramai yang mencari-cari dimana nak mengeluarkan sumbangan. Saya tertarik nak buat
Nak cari hotel untuk solat di Sibu. Kalau ada tinggal di Hotel sebaiknya anda tinggal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

%d bloggers like this: