ceritazakat

Kisah Seorang Hamba Miskin Tapi Dermawan

Saya terbaca satu post dari Tuan Abdul Razak Abdul Rahim dalam group whatapp. Nak kongsikan di sini. Kisah seorang hamba yang luarbiasa.

Bila baca kita rasa malu. Belum mampu kita menjadi seperti dia.

Ini adalah umat dahulu yang meletakkan akhirat nombor satu dalam kehidupan berbanding dengan dunia yang sementara ini.

CARA KREATIF BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN

image

Suatu hari, Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan.
Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.
Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya…. “Adakah anjing ini kepunyaan kamu?” Jawab lelaki itu: “Bukan.” “Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?” Dia menjawab: “Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan.”
Umar bertanya lagi…..

“Kamu hamba atau merdeka?” “Hamba milik seorang Bani Asim.” Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata: “Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu.”
Lelaki itu berkata…..

“Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini.”
Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut. Beliau bertanya: “Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?”

Dia berkata:

“Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, namun aku kedekut kepada NYA ”

“Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain”

-Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani-

Jangan Lupa Klik Sini
Saya ingin kongsikan kisah penderma kreatif kepada pembaca blog ini. Kisah ini mungkin menjadi dorongan
Perkongsian saya hari ini adalah benda simple yang mungkin tidak di share oleh orang lain
Serapi Garden yang terletak di jalan Satok memberi pilihan yang menarik kepada pengemar makan-makan di
Mana perginya negeri melayu Sarawak yang hilang. Hari ini mendengar ceramah Datu Sanib Said tentang

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: