Memanfaatkan Ramadhan Dan Al Quran Meningkatkan Ketaqwaan-Ustaz Awang Kushyairi bin Awang Sapri

Intipati Kuliah Subuh oleh Al Fadhil Ustaz Awang Kushyairi bin Awang Sapri di Surau Darul Muallimin, Desa Guru, Kuching (11 Jun 2017)
🌙 Sesungguhnya ilmu itu adalah nur (cahaya) dan nur Allah tidak akan masuk ke dalam hati yg bermaksiat.

🌙 Golongan awal yg akan dihisab oleh Allah ialah mereka yang mati syahid, golongan agamawan dan golongan dermawan. Walaupun seseorang itu mati dalam keadaan syahid pun, ia belum pasti akan masuk syurga sekiranya niat perjuangan mereka bukan kerana Allah, begitu juga dengan agamawan dan dermawan. Sekiranya apa yg dilakukan kerana penghargaan dan pujian manusia, bukan kerana Allah, maka golongan ini juga akan diseret ke neraka.
🌙 Ambil keberkatan Ramadhan. Apabila datang Ramadhan, dibuka seluas-luasnya pintu syurga, ditutup seluas-luasnya pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. Hadis ini menjadi motivasi dan dorongan utk kita menambah amalan- amalan ibadah kita.
🌙 Ramadhan ini tegaskan hati kita untuk beramal sebab ganjarannya berlipat kali ganda. Solat 5 waktu, Jumaat kpd Jumaat yg lain, Ramadhan kepada Ramadhan yang berikutnya, menghapuskan dosa2( yang terdahulu selagi mana tidak dilakukan dosa2 besar. 
🌙 Suatu ketika Rasulullah berkhutbah, para sahabat bertanya kenapa baginda mengatakan aamiin sebanyak 3 kali sewaktu menaiki mimbar. Rasulullah berkata, Jibril datang dan berkata kepadaku. 

Pada tangga yang pertama, Jibril berkata, “Celakalah seorang hamba, apabila datang dan berakhirnya ramadhan, dia tidak mendapat pengampunan dari Allah, maka aku pun mengatakan Aamiin”.

Pada tangga kedua, malaikat Jibril mengatakan, “Celakalah seorang hamba, apabila ada kedua ibu-bapa atau salah seorang daripafa keduanya, tetapi dengan keduanya tidak memasukkannya ke dalam syurga, maka aku mengatakan Aamiin”. 

Pada tangga ketiga, Jibril mengatakan kepadaku, “Celakalah seorang hamba, apabila disebut namamu, tetapi tidak berselawat kepadamu, maka aku mengatakan Aamiin” (Imam Bukhari dalam kitab adab mufrad, diriwayatkan oleh Jabir r.a)

🌙 Kita tak tahu bagaimana bentuk kehidupan kita selepas daripada saat ini, adakah kita akan ditarik nikmat kesihatan oleh Allah swt atau ditarik nikmat-nikmat yang lain? Maka janganlah kita lalai dan selesa dengan kehidupan yang kita ada.

🌙 Kalau kita ada ibu dan ayah, berkhidmatlah kepada mereka selagi mereka masih hidup. Uwais Al Qarni seorang yang hebat hingga Rasulullah saw menyuruh para sahabat untuk memohon doa daripada Uwais. Beliau adalah insan yang paling tabah berkhidmat dengan ibunya dan sentiasa mendoakan ibunya.
🌙 Bulan Ramadhan ini bacalah Al Quran. Bacalah terjemahannya, bacalah tafsirnya. Al Quran itu penyembuh dan terdapat banyak *mutiara* dalamnya.

Allah akan campakkan akhlak yg tinggi dan sifat2 baik yg lain kepada kita jika kita sering baca Al Quran.
🌙 Dalam diri kita ini, nilai atau akhlak itu yg penting dan bukannya paras rupa kita.
🌙 Rasulullah saw tinggalkan Al Quran dan Sunnahnya utk kita sebagai panduan kehidupan. Al Quran akan memberi syafaat kepada kita pada satu masa kelak. Pada saat kita nazak, kita akan keseorangan walaupun ramai yg melawat kita. Maka seringlah rapat dengan Al Quran.
🌙 Andaikata Ramadhan ini Ramadhan terakhir kita, gunakan kehidupan kita ini untuk amalan-amalan kebaikan. Semoga kita diganjarkan dengan kebaikan oleh Allah swt, sebab kebaikan mungkin berupa kesihatan, berupa kebahgiaan dan sebagainya.
🌙 Semoga Ramadhan memangkinkan diri kita utk bertambah baik. Semoga kita dipertajamkam lagi ilmu agama. Semoga juga kita digolongkan dalam golongan yg dipayungi di padang masyar kelak. 

Aamiin
Moga bermanfaat.

Salam Ramadhan

ARAR & AKAS
✨✨✨✨✨✨✨✨✨
*#Jom Imarahkan Masjid Ramadhan Ini#*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

reverse phone lookupTattoo DesignsSEO
%d bloggers like this: