info kembarainfo perniagaan

Mi Kolok Hj Salleh Bulan Ramadhan

Hari ini hari yang bertuah sebab Hj Salleh sendiri yang masak. Saya nak update tentang ramadhan ini. Kalau nak makan mi Kolok Hj Salleh di Kuching.

image

Nak Order mi Kolok di bulan puasa ini bermula jam 3 petang. Jam 2 biasanya sudah buka.

Kolok Hj Salleh Sepinang Sari Kuching

Kopi O power di Sepinang Sari. Kopi O di sini memang kegemaran saya. Banyak kedai Melayu di Kuching yang saya rasa kopi O tapi kopi O di sini antara yang terkau dan cukup rasa kopi.

Milo tarik juga terbaik dengan rasa milo yang cukup. Bukan apa anak suka minum milo tarik di kedai Hj Salleh ini.

 

MAKAN MI KOLOK KENA BERATUR TUNGGU MEJA

Malangnya nak makan mi Kolok Hj Salleh anda kena beratur tunggu meja kerana waktu puncak meja tidak cukup.

 

Sabar saja. Nak tunggu makanan juga anda kena sabar. Baca dulu newspaper yang anda boleh beli di sebelah kedai ini sahaja.

Habis satu surat Khabar Utusan Sarawak baru mi kolok sampai. Standard tu.

Tak apa berbaloi..

 

JARANG -JARANG JUMPA HJ SALLEH MASAK.

Hari ini masa makan mi Kolok Hj Salleh jumpa sendiri Hj Salleh masak. Anak di pergi India katanya. Bercuti. Wow tokey bercuti.

Gambar pandangan belakang saja ya. Maklum tokey sibuk sik ada masa nak bergambar.

 

 

Jangan Lupa Klik Sini
Kes-kes pecah cermin kereta atau cermin kereta terkena batu dan pecah sering berlaku.  Jika ada
Instagram telah menjadi alat pemasaran yang kuat untuk jenama yang berterusan meningkatkan kesedaran jenama. Ia
Serapi Garden yang terletak di jalan Satok memberi pilihan yang menarik kepada pengemar makan-makan di
Jimmy Choo bukan lagi satu nama yang asing untuk Malaysia mahupun peminat kasut di mana-mana

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: