Info agamatauladan dan pengajaran

Nabi Muhammad s.a.w Tokoh Hijrah Sepanjang Zaman

Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda NABI Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda NABI Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺyang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku

Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺyang sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yg berbuat jahat padanya

Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺyang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺyang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda NABI
Muhammad ﷺyang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda NABIMuhammad ﷺyang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah

Assalamualaika ya habiballah


Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Sohibul Azman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah

اللهم صل على محمد وآل محمد

❤️ s a l a m  M a ‘  a l  H i j r a h ❤️

Jangan Lupa Klik Sini
Saya ingin kongsikan kisah penderma kreatif kepada pembaca blog ini. Kisah ini mungkin menjadi dorongan
Adoi kisah ini viral di whatapps. Saya kongsikan kepada yang tidak berpeluang membaca. Kisah menarik.
Sifat di bawahadalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah
Post ini adalah post untuk meningatkan supaya tidak membuka aib iab orang lain. Ada beberapa

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: