info perniagaan

Nasi Lemak Antarabangsa di Kuching

Update baru. Nasi Lemak Antarabangsa telah dibuka. Saya juga telah duduk makan Nasi Lemak Antarabangsa Kuching di Matang Metrocity Kuching.

Nasi Lemak Antarbangsa kampung Baru Kuala Lumpur kini telah di buka di Kuching pada 7 November 2015. Lokasi adalah di belakang Mcdonald Matang. Semalam saya melalui jalan tersebut dan terlihat signboard Kedai Nasi Lemak Antarabangsa.

Nasi Lemak Antarbangsa adalah restoran francais makanan Melayu yang terkenal di Kuala Lumpur.  Mereka yang tinggal di Kuala Lumpur pasti tahu Nasi Lemak Antarabangsa. Kini ia akan dibuka di Kuching.

Sejarah

Pada tahun 1973  Puan Normi Tandoh iaitu pengasas Nasi Lemak Antarbangsa telah membuka gerai Nasi lemak di kampung Baru. Nama Nasi Lemak Antara bangsa ini diambil sempena seorang juruterbang Mas gemar membawa Nasi Lemak beliau keluar negara. Pada tahun 90an sebuah akhbar Harian Metro telah menyiarkan keenakan Nasi Lemak Antarabangsa ini.

google map Nasi Lemak Antarabangsa

Menu

  • Nasi lemak Biasa (Di hidang bersama Sambal, Kacang,Ikan Bilis, timun dan telur)
  • Nasi lemak paru goreng
  • Nasi lemak sambal kerang
  • Nasi lemak sambal sotong
  • Nasi lemak sambal udang petai
  • Nasi lemak ayam goreng berempah
  • Nasi lemak rendah ayam
  • Nasi lemak ayam masak merah
  • Nasi lemak rendang daging

Apa yang menarik adalah offer yang ditawarkan Rm5 apa yang dapat adalah nasik Lemak + Ayam berempah + air teh atau kopi peng. Ini dah bagus. Sambalnya sedap. Pelanggan memang ramai.

Menu Star Nasi Lemak Antarabangsa

Tahukah anda nasi lemak antarabangsa ini ada juga menawarkan franchise stall macam dibawah.

Jangan Lupa Klik Sini
Kes-kes pecah cermin kereta atau cermin kereta terkena batu dan pecah sering berlaku.  Jika ada
Instagram telah menjadi alat pemasaran yang kuat untuk jenama yang berterusan meningkatkan kesedaran jenama. Ia
Serapi Garden yang terletak di jalan Satok memberi pilihan yang menarik kepada pengemar makan-makan di
Jimmy Choo bukan lagi satu nama yang asing untuk Malaysia mahupun peminat kasut di mana-mana

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: