Nawaitu Khatam Al Quran Dan Rezeki

Menjelang tibanya malam ramadhan , kita diingatkan agar berniat utk berpuasa sebulan di bulan ramadhan . Selain berniat utk puasa , sertailah juga keazaman utk menghatamkan al Quran  sepanjang ramadhan.

Agak ganjil bagi seorang muslim yg memasuki madarasah ramadhan yg mana di dalamnya dimuliakan Al Quran , namun di dalamnya kita memisahkan diri dari al Quran tanpa menghidupkan bacaan al quran .

Mudah- mudahan kejayaan berpuasa 30 hari ramadhan juga diiringi kejayaan menghatamkan  30 juzuk al Quran . Semoga kita meraikan ramadhan dengan kemenangan berpuasa dan kemenangan khatam al Quran..

KESAN AL QURAN

Secara unumnya ramai menerima  bahawa suara manusia boleh memberi kesan kepada pendengarnya. Jika suara bernada sedih maka sedihlah pendengarnya, jika suara bernada gembira maka gembiralah si pendengarnya.

Bahasa arab mempunyai tarikan tersendiri , satu penyelidikkan menyatakan bahawa jika bahasa arab dialunkan dalam bentuk lagu boleh memberi kesan kepada jiwa ke tahap 30%  tetapi.     Al Quran jika dibaca boleh memberi kesan sehingga 70% . Kajian ini menunjukkan bahawa Al Quran memberi kesan kepada jiwa pendengar dan pembacanya.

Pernah berlaku seorang pendakwah islam membaca beberapa ayat bahasa arab di hadapan seorang paderi yg tidak mengentahui bahasa al quran , selepas itu pendakwah islam membaca permulaan surah Maryam , selesai membaca , pendakwah bertanya kepada paderi apa pendapatnya tentang 2 potongan ayat  yang dibaca . Amatlah mengejutkan , paderi berkata adapun bacaan kamu yg pertama (karangan bahasa arab) ia adalah kalam kamu tetapi bacaan kamu yg ke 2 ia bukan kalam kamu kerana hati ku merasa bergetar bila mendengarnya.

Itulah Al Quran yg Allah SWT sebutkan namanya

ATURAN REZEKI

Pengertian rezeki ialah sesuatu yg dapat diambil manfaat daripadanya. Oleh itu , rezeki tidak terhad kepada harta sahaja, bahkan segala sesuatu yang dapat memberi manfaat dikira sebagai rezeki.

Secara umym rezeki itu diperolehi manusia dengan 2 cara:

1. Rezeki itu dtg tanpa diusahakan , ia datang sendiri dengan kasih sayang Allah SWT seperti , oksigen yg dihirup, cahaya matahari, angin, hujan dsb.
2. Rezeki itu diperolehi dgn jln usaha seperti Mempunyai Rumah, kereta dan keperluan hidup yg lain.

Dlm mencari rejeki , islam telah menetapkan aturan-aturan  yg mesti diikuti . Seorang muslim mesti mencari & nengambil rejeki yang halal,  benda yang haram atau cara haram tidak dibenarkan dlm islam. Justeru , Islam memerintahkan supaya mencari rezeki yg halal.

Semoga ada manfatnya…

Dato’ SBY…
Serendah..

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge