Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim

Penetapan Bidah Daripada Ustaz Khalidi

Isu ini saya dapat dari group whatapps Taskirah. Perkongsian ini adalah semata-mata tidak mahu apa yang di share oleh Ustaz Khalidi hilang begitu sahaja dalam whatapps group. Pasti ada hikmahnya kita membaca ini.

[9:27am, 18/06/2016] ‪

Sheh Abu Abdullah… Alhamdulillah syukur…. Dalam isu penetapan bid’ah itu sendiripun para ulama berikhtilaf….

Jumhur ulama menerima pembahagian bid’ah kepada 2:

  1. Hasanah dan
  2. Sayyi’ah….

Sebahagian kecil ulama menetapkan bid’ah hanya satu iaitu sesat!!!

Namun begitu….

Ulama telah ijmak pada bid’ah sayyi’ah yang wajib ditolak.

 

[10:04am, 18/06/2016] ‪

Hidup kita akan harmoni andaikata kita sama-sama menjaga ‘sempadan’ dlm meraikan ikhtilaf kedua-dua Manhaj ☝dengan mengelakkan diri daripada mengepos (share) isu2 yg ‘menyeberangi’ manhaj dalam forum yg mempunyai korum yg individu2 yg terdapat kedua2 manhaj dalam forum tersebut….

Wallahu a’lam

[10:07am, 18/06/2016]

Untuk tujuan ‘dakwah’ kpd manhaj masing2 eloklah dibukak grup lain sbg forum utk berbincang isu2 ikhtilaf antara dua manhaj tersebut

[10:09am, 18/06/2016]

Jgn ‘disesakkan’ grup awam dgn isu2 tersebut kerana boleh mengelirukan mereka dan sudah semestinya mencetusksn pro n con yg natijahnya sedikit sebanyak menjejaskan imej ‘agamawan’…

Wallahu a’lam bi al-sawab

[11:08am, 18/06/2016] ‪

Semua kita belajar daripada kedua2 sumber itu:

1. Belajar terus daripada keduanya digelar sbg Mujtahid (ada beberapa tingkatan:

  • Mujtahid Mutlaq Mustaqil,
  • Mujtahid Mutlaq Ghayr Mustaqil,
  • Muhtahid Tarjih dan
  • Mujtahid Fatwa

2. Belajar melalui kefahaman ulama dipanggil Muqallid/ Muttabi’;

Daripada Dua dalil utama Al-Quran dan Al-Hadith para telah menetapkan beberapa dalil lain spt:

  • Ijma’,
  • Qiyas,
  • Maslahah Mursalah,
  • Istihsan,
  • Fatwa Sahabiy,
  • Amal Ahlu Madinah,
  • Bara’ah Asliyyah dll

[11:11am, 18/06/2016] ‪

Alhamdulillah syukur….akhir semuanya kembali kpd Al-Quran dan Al-Hadis;

samada secara berdalil secara khusus atau secara umum;

  • dalil mantuq atau dalil mafhum;
  • mafhum muwafaqah atau
  • mafhum mukhalafah dll

lagi pendalilan yg dibicara secara panjang lebar dlm Disiplin Usul al-Fiqh

[12:07pm, 18/06/2016]

Utk makluman semua (sbg info bg mereka belum berjinak dgn Ilmu Usul al-Fiqh)

…ia adalah satu ilmu yg membincangkan tentang dalil2 syarak;

contohnya:

kalau Baginda Nabi SAW mengarahkan sesuatu….

Apakah status arahan tersebut…

  • Wajib atau
  • sunat atau
  • harus;

begitu juga jika Baginda Nabi SAW melarang melakukan sesuatu….

Adakah larangan itu

  • Haram,
  • Makruh Tahrim atau
  • Makruh Tanzih!

Dan adakah larangan itu meliputi semua atau hanya sebahagiannya sahaja (kerana ada dalil lain yg mengkhususkan dalil larangan tersebut)….. Dan agik yg lain

[12:14pm, 18/06/2016]

Mungkin ada yang bertanyak juak (bertanya juga) apa itu dalil mantuq dan dalil mafhum;

contoh:

Baginda Nabi SAW bersabda

“Sesiapa yg dapat satu rakaat bersama Imam dalam solat Jumaat,

maka orang itu dikira mendapat jumaat”;

Dalil Mantuq ialah dalil yg boleh difaham terus daripada teks hadis iaitu

“sapa serakaat ngan imam maka dptlah nya jumaat”

(tambah satu rakaat agik lepas salam imam);

Dalil Mafhum:

“sapa yg sik dpt serakaat bersama imam (nya join jumaat imam waktu tahiyyat akhir), maka nya sik dpt jumaat”….

Jadi apalah yg perlu dipolah urg ya…

Ulama berijtihad:

Orang ya sik (tidak) dpt jumaat, maka wajib kerjakan 4 rakaat selepas salam imam (jadi solat zohor) –

Niat jemat (jumaat) kerja zohor kata ulama
[12:18pm, 18/06/2016]

Byk agik isu2 lain yg sgt nenarik dlm perbahasan disiplin usul al-fiqh tok….klk kita pdh sikit2 lam tok utk info umum kita supaya kita tauk bagaimana para ulama mengistanbatkan (mengeluarkan) sesuatu hukum darpada dalil2 syarak

Tn Telefon ustaz Khalidi

Ustaz Haji Khalidi Hj Ibrahim, JAIS Sarawak.
Telefon Nomber:‪+60 13-809 4271‬

Jangan Lupa Klik Sini
Post ini banyak yang diviralkan di whatapps pada 20.6.2016 lalu. Ia mengelirukan kita yang biasa-biasa

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: