PENGHAYATAN SYAWAL  Ustaz Husaini Hamdan

Intipati Khutbah Jumaat pada 15 Julai 2016 oleh YBhg Ustaz Husaini Hamdan di Masjid Darul Hana, Jalan Patingan Kuching.

1. Amaran keras dari Rasulullah saw ke atas mereka yang melewati Ramadhan tanpa keampunan dan rahmat dari Allah swt.
Dari Abu Hurairah r.a., beliau menceritakan,
*أن رسول الله صلى الله عليه و سلم رقي المنبر فقال : آمين آمين آمين فقيل له  يارسول الله ما كنت تصنع هذا ؟ ! فقال : قال لي جبريل : أرغم الله أنف عبد أو بعد دخل رمضان فلم يغفر له فقلت : آمين ثم قال : رغم أنف عبد أو بعد أدرك و الديه أو أحدهما لم يدخله الجنة فقلت : آمين ثم قال : رغم أنف عبد أو بعد ذكرت عنده فلم يصل عليك فقلت : آمين*
Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam naik mimbar lalu beliau mengucapkan, ‘Aamiin … aamiin … aamiin.’ Para sahabat bertanya, 

‘Kenapa engkau berkata demikian, wahai Rasulullah?’

Kemudian, beliau bersabda,

‘Baru saja Jibril berkata kepadaku, 

‘Allah melaknat seorang hamba yang melewati Ramadan tanpa mendapatkan ampunan,’ maka kukatakan, ‘Aamiin.’

Kemudian, Jibril berkata lagi,

‘Allah melaknat seorang hamba yang mengetahui kedua orang tuanya masih hidup, namun itu tidak membuatnya masuk Jannah (karena tidak berbakti kepada mereka berdua),’ maka aku berkata, ‘Aamiin.’ 

Kemudian, Jibril berkata lagi, ‘Allah melaknat seorang hamba yang tidak bersalawat ketika disebut namamu,’ maka kukatakan, ‘Aamiin.’
Maka dari itu:

Istaqamahkan amalan-amalan mulia Ramadhan hingga Syawal dan bulan- bulan yang lainnya hingga bertemu kembali Ramadhan dan hingga akhir hayat kita.

Contohnya bersedekah, berpuasa sunat, solat berjemaah, membaca Al Quran, solat tahajud, menjaga mulut & mata  dan lain-lain lagi ibadah.
2.Mengamalkan doa-doa yang baik  dan selalu memohon keampunan daripada Allah swt. Contoh doa  tarawih:
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anna Yaa Kariim

(Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku Yang Maha Mulia).
3. Hari Raya biasanya disambut sebulan oleh orang kita, maka berziarahlah memohon kemaafan dan hubungkan silaturrahimdengan saudara mara dan rakan-rakan kita.
Yang paling penting Mohonlah kemaafan daripada ibubapa selagi mereka masih hidup kerana redha dan murka  Allah bergantung kepada mereka:
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, 

“Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.

(Hadis Riwayat Hakim)
Mohonlah maaf daripada orang tua seboleh- bolehnya dilakukan setiap hari.
Kerana merekalah jua yang paling patut kita berbuat baik:
Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w.:
“Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.

(Hadis Riwayat Tirmizi)
4.Berpuasa enam hari di bulan Syawal kerana pahalanya menyamai setahun.
Abu Ayyub Al-Ansari r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
*مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ*

( رواه مسلم)
Maksudnya: 

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

[Sahih Muslim hadis no: 1164].
Dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
?Semoga pengkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua dan moga kita dapat bertemu Ramadhan lagi & dipermudahkan beristiqomah. 

Aamiin…
Wassalam

ARAR

Jangan Lupa Klik Sini
Intipati Kuliah Maghrib oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Roslan Mohamad di Surau Darul Muallimin, Desa
* ? *BEDAH KITAB ZIARAH KE ALAM BARZAKH : Sekilas Tentang Awal Kematian & Larangan
INTIPATI KULIAH MAGHRIB OLEH AL FADHIL USTAZ ABDUL HAKIM ABDUL SATAR DI SURAU MULLIMIN DESA
Dunia dan seisinya sering kali kita dengar bila ceramah dimasjid dan surau. Hidup di dunia

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: